🍁39

4.5K 271 85
                                    

Adam memandang Tasneem yang sudah lena didodoinya. Dia mengeluh kecil. Ini belum anak, kalau anak buat perangai, ibu pun buat perangai. Boleh gila dibuatnya.

Dia merapatkan wajahnya ke wajah Tasneem. Wajah polos isterinya dipandang sayu.

"Abang tak pernah jemu melayan karenah Humaira, cinta abang pada Humaira pun tak pernah berkurang walaupun sedikit." bibir kecil itu dikucup lembut.

"Humaira satu-satunya perempuan yang buat abang tak keruan. Teruskan dengan sikap Humaira yang sekarang, abang tak mahu Humaira berubah. Abang cuma nak Humaira bergantung pada abang. Ya, sayang?" dahi Tasneem pula dikucup. Jarinya bermain dengan anak rambut Tasneem.

Tasneem rasa terganggu dan mengeliat kecil. Adam tersenyum. Comel!





                           •••••••••••

Adam redha mendukung anak koala turun ke dapur. Apa dia boleh buat? Kalau tak dilayan, dia mengamuk tak pasal-pasal pengsan Adam disitu.

Dah la orang tengah morning sickness, boleh pula dia minta dukung.

"Alahai anak koala ni, tak penat ke bergayut kat badan abang?" soal Adam.

Tasneem tersengih.

"Fikir comel ke tersengih macam tu?" hidung Tasneem dicuit.

Tasneem tidak menjawab, pelukannya pada leher Adam dieratkan. Kakinya melingkar di pinggang Adam.

"Abang, Maira nak tengok burn the stage the movie!" rengek Tasneem.

Ah sudah! Dia mula dah. Pagi-pagi lagi dia merengek.

"nanti abang cuba lagi ya?" Tubuh Tasneem diangkatnya didudukkan di atas kaunter dapur.

"duduk sini sekejap, abang nak minum." Adam berjalan ke peti sejuk untuk mengambil minuman.

"Abang! Cepatlah, nanti sold out lagi!" rengeknya lagi sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

"Ya ya, sekejap." Adam meletakkan gelas di dalam sinki lalu dia kembali pada Tasneem.

Pipi Tasneem dicubit.

"kita sarapan dulu ya? Lepas tu abang cuba lagi. Boleh?" pujuk Adam.

Tasneem mengangguk.

"Mak Senah dengan Pak Man dah balik rumah Mama dan Papa. Jom kita masak sama-sama?" cadang Adam.

"Okay!" Tasneem tersenyum.

Manja tu manja juga, tanggungjawab pada suami tak boleh diabaikan.







Setelah selesai bersarapan, Adam duduk bersantai di ruang tamu.

Tasneem?

Ada je tengah rilek atas bantal limited edition dia.

Tak pasal-pasal Adam pun kena follow twitter GSC semata-mata nak tunggu update tentang Burn The Stage The Movie.

"Ada apa-apa update tak , abang?" soal Tasneem sambil jarinya bermain di dada Adam.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن