🍁80

4.4K 213 13
                                    

"Alysa! Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak?!" Adam bengang. Dia tidak menyangka Alysa sanggup berkomplot dengan Syalili.

"Saya terpaksa, Tuan. Cik Syalili ugut saya , kalau saya tak ikut apa dia cakap, keluarga saya dalam bahayaㅡ aarghh!!" Alysa tiba-tiba menjerit apabila ada sebuah lori pasir hampir bertembung dengan kereta yang dipandunya dan dia cuba mengelak.

"Alysa!!"

Namun, kereta yang dipandu oleh Alysa tiba-tiba saja hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Alysa yang terhantuk pada stereng kereta sudah tidak sedarkan diri manakala Adam yang mengalami kecederaan kecil pada kepalanya sedaya upaya cuba untuk keluar dari kereta itu.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket dan nombor kecemasan didial untuk memaklumkan tentang kemalangan itu.

Kepalanya berpinar akibat terhentak pada dashboard sebentar tadi.

"Humaira? Humaira! Aku kena telefon Humaira." jarinya ligat menekan nombor telefon isterinya.

Lama dia menunggu agar panggilan itu dijawab dan akhirkan panggilan diangkat.

"Sayangㅡ"

"Adam. Humaira dikejarkan ke hospital."

"Syafiq? Kau? Macam mana telefon Humaira boleh ada pada kau?"

"Datang ajelah, bodoh! Aku akan jelaskan pada kau nanti." Panggilan itu terus dimatikan.

"Syafiq? Syafiq!! Apa yang dah jadi pada Humaira? Adani?!" Adam cemas. Dia gagahkan diri untuk menahab teksi yang lalu lalang sementara ramai orang sudah berkumpul di kawasan kemalangan.

Dia sempat memandang Alysa yang belum sedarkan diri. Dia terpaksa tinggalkan Alysa. Isteri dan anaknya lebih penting.

Sebuah teksi berhenti dan Adam terus masuk ke dalam teksi tersebut.

"Encik nak ke mana?" soal pemandu teksi tersebut.

"Saya nak ke hospital. Tolong cepat sikit ya, Pakcik." beritahu Adam.




                             •••••••

Rayyan memerhatikan tingkah laku isterinya yang tak senang duduk dari tadi.

"Kenapa ni, Khaira? Abang tengok awak gelisah je dari tadi. Perut awak sakit ke?" soal Rayyan.

"Tak. Saya risau. Macam ada sesuatu yang berlakulah, abang." beritahu Khaira.

"risau tentang apa?"

"Tasneem. Patut ke saya telefon dia?" wajah Rayyan dipandang.

"Terpulanglah kalau itu yang boleh buatkan awak tenang." ujar Rayyan.

Khaira terus mencapai telefon bimbitnya dan dia mendial nombor telefon Tasneem.

"Hello, Ryana. Ada apa Ryana telefon abang ni?" Tiba-tiba saja telefonnya berbunyi.

"Abang, boleh tak abang dengan Kak Khaira balik sekejap?"

"Balik? Untuk apa abang dengan kakak nak balik? Papa kan tak suka abang dengan kakak." kata Rayyan masih berkecil hati.

"bukan Papa yang suruh, tapi Ryana. Papa kena strok. Sekarang dia terbaring je atas katil. Abang dengan Kak Khaira tak nak balik melawat Papa ke?"

"Strok?! Baiklah, abang balik sekarang." Panggilan terus dimatikan.

"Kenapa, abang?" soal Khaira. Dia yang mahu menghubungi Tasneem sebentar tadi terus membatalkan niatnya apabila dia terdengar perbualan Rayyan.

"Papa kena strok. Dia dah berapa hari terlantar atas katil." beritahu Rayyan.

"Apa? Jadi, abang nak balik melawat Papa?"

"Kita balik ya, sayang? Sekejap je. Okay?" pujuk Rayyan.

"Baiklah abang. Khaira masuk kemaskan pakaian dulu." Khaira bangun dari sofa.

"Tak apa, sayang rehat. Abang pergi kemaskan pakaian." Kepala Khaira diusap perlahan lalu Rayyan masuk ke bilik untuk mengemaskan pakaian yang perlu dibawa.




                                ••••••

Adam berjalan ke meja kaunter pertanyaan.

"Maaf, pesakit bernama Tasneem Humaira ada di wad mana sekarang ni?" soal Adam.

"Sekejap, biar saya periksa." Jururawat tersebut memeriksa rekod kemasukkan pesakit.

"Puan Tasneem Humaira masih lagi di wad kecemasan dan sebentar lagi dia akan dibawa masuk ke bilik pembedahan." beritahu jururawat tersebut.

Hampir saja Adam jatuh terduduk di situ. Hatinya gelisah memikirkan apa yang telah terjadi kepada isterinya.

"Adam!" Syafiq datang mendapatkan Adam.

"Syafiq! Apa yang dah jadi pada Humaira?!" soal Adam cemas.

"Dia kena tikam dengan Syalili. Aku minta maaf, Adam. Ini semua salah aku, kalau aku tak desak dia untuk tunaikan janji dia pasti Humaira tak jadi macam ni." air mata penyesalan mula mengalir di tubir matanya.

"Apa maksud kau?" Adam masih tidak faham apa yang dikatakan oleh adik kembarnya itu.

"Aku dah lama sukakan Humaira dan Syalili pernah janji untuk dapatkan Humairaㅡ"

'B U K K!'

"Kurang ajar!" satu tumbukkan dilepaskan ke wajah Syafiq membuatkan lelaki itu jatuh tersungkur.

"Kau sedar tak Humaira tu isteri aku? Kakak ipar kau!!" herdik Adam yang sudah naik darah.

"Encik! Tolong jangan bergaduh di sini. Ini hospital, tolong hormati pesakit di sini." Jururawat itu cuba meleraikan pergaduhan itu.

"Kalau apa-apa jadi pada Humaira, aku takkan lepas atau maafkan kau!" Adam teruskan pergi meninggalkan Syafiq di situ.

"Ya, betul tu. Jangan maafkan aku. Aku tak layak dimaafkan." gumamnya perlahan.






Adam berlari mendapatkan Datin Syahida yang sedang menggendong Adani.

"Anak babah! Syukur kamu tak apa-apa." Adani diambilnya dan dahi anak kecil itu dikucup lama.

"Adam, kenapa dengan dahi kamu?" soal Datin Syahida melihat kecederaan kecil di dahi anaknya itu.

"Tak ada apa-apalah, Ma. Luka kecil je. Adam risaukan Humaira, Adam tak sanggup kehilangab Humaira." ujar Adam dengan air mata yang sudah mengalir.

"InsyaAllah Humaira baik-baik saja. Kita kena banyak berdoa ya, nak." Datin Syahida cuba memujuk anak sulungnya.

"Ummi, Abah! Maafkan Adam sebab tak jaga Humaira dengan baik. Adam gagal jadi suami yang baik. Adam sepatutnya lindungi Humaira." Adam mula menangis teresak-esak.

"Adam, ini bukan salah Adam. Ini sudah ketentuan takdir. Kita hanya mampu berserah pada Tuhan." Dato' Khalif mengusap belakang menantunya.

"Betul tu, Adam. Ummi dan abah tak salahkan Adam, kami redha dengan ketentuan takdir walaupun agak berat dugaan yang diberi." ujar Puan Aisya.

Seketika kemudian, seorang Doktor lelaki keluar dari bilik pembedahan. Kesemua mereka meluru ke arah doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" soal Adam cemas.

"Kami sudah hentikan pendarahan pada kesan tikaman tersebut. Dia dah melepasi tahap kritikal cuma Puan Humaira mungkin koma buat sementara waktu. Saya tak pasti bila dia akan sedar." jelas Doktor tersebut.

Luluh jantung Adam apabila mendengar penjelasan Doktor. Meskipun isterinya dalam keadaan stabil, dia masih risau. Dia takut kehilangan isterinya.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now