🍁35

4.7K 291 31
                                    

Adam tidak senang duduk melihat tingkah isterinya yang asyik mendiamkan diri sejak bertemu anak tunggal Tan Sri Kashaf tadi.

Muka? Tak payah cakaplah, tiga jumaat lagi habis ditelannya Adam.

Masuk saja kereta Adam ke perkarangan rumah mereka, enjin kereta dimatikan.

Dia sendiri tidak berani hendak menegur isterinya yang nak menyinga itu.

Tasneem keluar dari perut kereta tanpa bersuara.

Apa nasib nak menimpa aku sekejap lagi. Ya Allah, lindungilah aku. Getus hati Adam.

Harap-harap Tasneem tak mengamuk teruk.

Adam memerhatikan Tasneem yang terus memanjat anak tangga pergi ke bilik mereka.

"Selamat pulang , Encik Adam. Kenapa dengan Puan Humaira? Nampak macam tak okay aje?" soal Mak Senah.

Adam mengeluh.

"Entah apalah bala yang nak menimpa saya sekejap lagi, Mak Senah." tanpa membalas pertanyaan Mak Senah, Adam terus menaiki tangga untuk ke bilik mereka.

Mak Senah bingung dan tertanya-tanya. Di hatinya juga tidak putus berdoa agar majikannya itu tidak dibaham Tasneem.


Sampai saja di hadapan pintu bilik,

Bukk!

Sebiji bantal dibaling ke arah Adam  hampir saja mengenai wajah Adam namun sempat ditangkap.

"Sayang .. abang minta maㅡ"

"Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut abang!" Tasneem mencerlung tajam ke dalam anak mata Adam.

"Abang cuma senyum pada dia semula, tak ada niat pun nak bermain mata ke apaㅡ sayang?" Kata-kata Adam terhenti apabila mutiara jernih mula mengalir di pipi Tasneem.

"Saya cakap saya tak nak dengar apa-apa dari mulut abang. Diam!" Tasneem menjeling Adam. Langkahnya untuk masuk ke bilik mandi terhenti.

Adam menarik tangannya.

"Sayang" sayu kedengaran suara Adam dengan wajahnya yang meminta belas kasihan.

Tasneem tidak peduli. Hatinya masih membara.

Hatinya sakit melihat Adam bertentang mata dengan perempuan lain di hadapannya.

"Lepas!" Tangan Adam cuba ditepis namun tangan Adam kuat menggenggam lengan kecilnya.

"Besar sangat ke salah abang pada awak, Humaira?" soal Adam sayu.

"Saya tak suka orang cuba rampas hak saya. Ya, saya tahu Syalili tu jauh lebih cantik dari saya. Abang nak sangat dengan dia, pergilah! Saya tak kisah! Pergi!" jerit Tasneem. Pipinya yang basah lencun dengan air mata langsung tak dihirau.

Adam cuba memeluknya namun dia menolak kuat dada Adam. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Abang hak awak, tak ada sesiapa boleh rampas abang daripada awak melainkan ajal! Abang cuma nak isteri abang, abang tak nak orang lain." tutur Adam penuh kelembutan.

"Tipu! Pergilah pada dia! Tinggalkan saya!"

Tubuh kecil Tasneem ditolak merapat ke dinding. Tangannya dikunci sepenuhnya oleh tangan kekar Adam.

"Tasneem Humaira!" Suara Adam naik seoktaf. Dia hampir saja hilang sabar tetapi dia cuba tahan. Dia tahu Tasneem jadi begini disebabkan pembawakan budak.

Dia cuba memahami keadaan isterinya itu.

Tangisan Tasneem semakin kuat. Dia marah, tapi dia tak mampu lepaskan segalanya pada Adam.

Wajahnya disembamkan pada dada Adam.

"Saya benci abang!" ujarnya dalam tangisan.

Adam memeluk erat tubuh Tasneem. Kepala Tasneem yang masih bertudung diusap lembut. Adam tahu Tasneem tidak maksudkannya. Dia cuba memberikan masa kepada wanita itu untuk bertenang di dalam pelukannya.

"Abang jahat!" dada Adam dipukul. Adam hanya mendiamkan diri membiarkan segala perlakuan Tasneem terhadapnya. Biar dia puas.




                                  •••••

Tasneem turun ke meja makan untuk bersarapan sebelum pergi ke kolej. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke kolej selepas dia kemalangan dan berkahwin.

"Selamat pagi, Puan Humaira. Encik Adam tak turun makan?" soal Mak Senah tercari-cari kelibat Adam.

Tasneem tidak menjawab. Mulutnya sengaja dikunci. Secalit senyuman pun tiada di wajahnya.

Hujung roti bakar digigit. Jam ditangan dibeleknya. Sudah pukul 9 pagi. Kelasnya akan bermula pukul 10 pagi.

"suruh Pak Man hantarkan saya, saya dah lewat." arah Tasneem dengan suara mendatar.

Dia bangun dari kerusi dan mencapai beg sandang lalu dia keluar dari rumah untuk menunggu Pak Man.

Mak Senah menggeleng kepala. Pasti Tasneem masih marahkan Adam.

5 minit selepas Tasneem pergi, Adam pula turun.

Tergesa-gesa dia menuruni anak tangga. Dia sudah lewat.

"Selamat pagi, Encik Adam." ucap Mak Senah.

"Selamat pagi, Mak Senah. Humaira mana? Dia cakap pada saya kelas pukul 10 pagi, dia tunggu saya diluar ke?" soal Adam sambil membutangkan lengan bajunya.

"Puan dah pergi kolej, dia minta Pak Man hantarkan. Katanya dah lewat. Tadi pun roti bakar saja disentuh." jawab Mak Senah sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan Adam.

Adam mengeluh.

"Marah lagilah tu." Adam menggeleng. Fikirkan sudah okay mood dia lepas penat pujuk dia, rupanya masih bersisa kemarahan wanita itu.

"Sabarlah, Encik Adam. Ibu mengandung memang sikapnya berubah-rubah." tutur Mak Senah sambil tersenyum.

Baru saja hujung roti hampir digigit , Adam menekup mulutnya dan berlari ke sinki memuntahkan segala isi perut.

Morning sickness buat comeback.

Mak Senah tersenyum. Macam-macam karenah betul pasangan muda ini. Dihatinya tidak putus berdoa agar rumahtangga pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.





Second update for today❤

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now