🍁68

4.2K 219 18
                                    

Datin Syahida menguak daun pintu bilik Adam. Wajah menantu kesayangannya dipandang sayu. Bukan tujuannya untuk memisahkan pasangan itu , dia cuma mahu Adam rasa erti kehilangan.

Dia tak sanggup melihat Tasneem dilayan sebegitu rupa.

"Sayang" Datin Syahida melabuhkan punggung di sebelah Tasneem yang sedang termenung jauh. Bahu Tasneem disentuh lembut.

"Ya, Mama." Tasneem memandang Datin Syahida.

"Maafkan Mama. Mama tak berniat mahu pisahkan Humaira dengan Adam. Humaira tahu kan kenapa Mama buat macam tu?"

"Abang Adam tak buat apa-apa pun pada Maira. Salah Maira sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri." Tasneem masih juga mahu membela Adam.

"Adam sepatutnya bersyukur dapat isteri sebaik Humaira. Dia perlu fikir keadaan Humaira sekarang. Jujur dengan Mama, dah berapa lama dia bersikap macam tu dengan Humaira?" Anak mata Tasneem dipandang.

Lidahnya kelu. Tasneem tidak mampu jujur tentang perubahan sikap Adam. Dia risau jika dia tidak dapat kembali pada Adam lagi.

"Tasneem Humaira, kenapa diam? Bagitahu Mama dah berapa lama Adam layan Humaira dingin. Kenapa? Humaira takut Mama tak benarkan Humaira pulang ke rumah Adam?" soal Datin Syahida cuba mendesak.

"Sejak Abang Adam demam tempoh hari. Tapi, Maira tak kisah. Maira cuba fikir positif, mungkin Abang Adam ada masalah di pejabatㅡ"

"Kalau dia ada masalah di pejabat, tak bermakna Humaira perlu jadi tempat dia melepaskan tekanan. Am I right? Humaira, Mama kenal Adam. Dia anak Mama. Adam takkan campur urusan kerja dengan dengan hal peribadi." ujar Datin Syahida.

Tasneem terdiam lalu menunduk ke lantai.

"Sayang, Mama boleh benarkan kamu pulang ke rumah Adam tapi bukan sekarang. Ahad nanti Mama suruh dia datang ambil Humaira. Mama nak tengok, apa yang Syalili tu boleh buat untuk dia." Datin Syahida terus bangun dan beredar dari bilik itu.

Tasneem mengeluh. Baru dua jam berlalu, sekarang dia terlalu rindukan suaminya.





                               •••••••

Syalili memerhatikan Adam yang terbaring di atas sofa seperti mayat hidup.

Keadaannya tak terurus. Diajak makan pun dia tak mahu. Fikirannya melayang memikirkan isterinya.

"Abang, Sya ada belikan makanan. Jom kita lunch sama-sama. Dari semalam abang belum makan, kan?" Syalili masih memujuk Adam.

"Awak makanlah. Saya tak lapar." itu saja jawapan yang diberikan.

"Abang! Boleh tak dengar cakap Sya kali ni je? Nanti Kak Humaira baliklah tu. Kalau dia isteri yang baik, dia akan balikㅡ"

"DIAM!! Awak tak layak cakap macam tu pada Humaira." bentak Adam. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Syalili.

Telefon bimbit Adam tiba-tiba berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia melihat nombor yang tak dikenali.

"Hello?"

"Assalamualaikum, Abang. Ini Humaira."

Adam terduduk setelah mendengar suara Tasneem. Bibirnya menguntum senyuman.

"Sayang, abang rindu Humaira. Balik pada Abang, sayang. Abang tak boleh hidup tanpa Humaira." Hatinya semakin sebak.

"Maira pun rindukan Abang. Abang sudah makan?"

"Abang nak Humaira."

"Mama cakap, esok Mama suruh abang datang ambil Maira."

"Humaira dah tak nak jumpa abang ke, sayang?" sayu suaranya.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now