🍁48

3.8K 216 14
                                    


Tasneem cepat-cepat membuka pintu rumah apabila kedengaran kereta Adam diluar rumah.

Adam mematikan enjin kereta. Dia melangkah keluar dari perut kereta sambil tersenyum lebar.

Hatinya tenang tatkala melihat senyuman isteri kesayangannya yang setia menyambut kepulangannya setiap hari.

Adakah wanita kesayangannya itu akan terus setia menyambutnya di muka pintu sambil tersenyum walaupun rumah banglo mewah ini bertukar menjadi sebuah rumah papan yang kecil kelak?

Masihkan wanita itu mahu bersamanya walaupun dia sudah tidak punya apa-apa?

Mahukah wanita itu bersusah payah bersamanya, hanya makan nasi dan ulam sahaja? Mahukah dia?

Di dalam fikiran Adam hanya penuh dengan soalan , soalan dan soalan apabila melihat wajah suci isterinya itu.

Kakinya mengatur langkah ke pintu rumah.

"Assalamualaikum, isteri abang." Adam memberi salam lantas dahi Tasneem dikucup lembut.

"Waalaikumussalam, Abang." tangan Adam dicium lalu briefcase di tangan Adam diambilnya.

Adam melabuhkan punggungnya di atas sofa sementara menunggu Tasneem ke dapur mengambilkan minuman buatnya.

"Minumlah, Abang." Segelas air putih diberikan buat suaminya yang sudah penat bekerja.

"Terima kasih, Sayang." ucap Adam sambil tersenyum.

Tasneem duduk menyimpuh di lantai untuk membukakan stokin Adam.

Adam hanya memerhatikan tingkah laku isterinya.

Sudah tiga hari Adam berulang alik dari syarikatnya ke syarikat-syarikat yang pernah bekerjasama dengan JK Holding sebelum ini.

Semuanya masih juga tetap menolak untuk bekerjasama dengan JK Holding semula.

Kesan dari pembatalan kontrak dengan Kashaf Holding, semua syarikat yang terlibat terus menarik diri.

JK Holding bakal gulung tikar. Entah apa silapnya sampaikan semua ini terjadi.

"Abang"

Adam memandang Tasneem yang sudah berada di sebelahnya.

"Ya,sayang?" jawab Adam.

"Abang okay? Abang ada masalah ke?" soal Tasneem lembut.

"Abang okay, tak ada apa-apa masalah pun." Adam mengelus lembut pipi isterinya.

"tapi, Maira rasa macam abang ada masalah. Abang tak nak cerita pada Maira?" sayu suara Tasneem. Dia risau melihat suaminya yang sering termenung sejak beberapa hari ini.

"Abang cuma ada masalah kerja sikit. Jangan risau ya." Kepala Tasneem pula diusapnya.

Dia tidak mahu Tasneem susah hati jika dia dapat tahu tentang apa yang terjadi.

Bayi sulung mereka bakal lahir tak lama lagi, tiba-tiba saja Adam diberi dugaan sebegini rupa.

Adam mengusap perut Tasneem yang semakin membesar. Mahu saja dia menangis memikirkan apa nasib anaknya nanti namun dia perlu kuat demi Tasneem.

"Sayang, seandainya abang dah tak ada apa-apa nanti, Humaira masih mahu sehidup semati dengan abang?" soal Adam. Wajah sayu isterinya dipandang.

Soalan Adam dibalas dengan pelukkan erat.

"Maira janji, Maira akan sentiasa bersama abang sampai akhir hayat. Hanya ajal yang dapat memisahkan kita. Maira tak perlukan harta dan kekayaan , Maira cuma perlukan abang untuk sentiasa berada di samping Maira. Maira cintakan abang." ujar Tasneem.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now