🍁 L a p a n b e l a s

4.6K 311 4
                                    

Khaira tidak berhenti menangis di hadapan wad kecemasan.

Tasneem rebah di atas jalan raya betul-betul depan matanya. Tubuh Tasneem berlumuran darah dan kereta yang telah melanggarnya terus reverse dan pergi meninggalkan kawasan kemalangan itu.

Beberapa minit kemudian, Dato Khalif, Puan Aisya dan Ibubapa Adam sampai ke hospital.

Mereka menerpa ke arah Khaira.

"Khaira! Mana Tasneem?! Apa yang terjadi pada Tasneem?!" soal Puan Aisya cemas.

Hampir saja dia pengsan setelah mendapat panggilan telefon daripada Khaira sebentar tadi.

"macam mana Tasneem boleh kena langgar? Kamu berdua buat apa kat sana?" Datin Syahida pula menyoal Khaira.

Dia juga risau dengan keadaan bakal menantunya.

"Kami rancang nak pergi lunch, so kami tunggu grab dekat bus stop. Khaira tengah cakap telefon dengan mama, tiba-tiba Tasneem bangun dan tolong sorang makcik buta melintas jalan."

"Dia tak sedar ada sebuah kereta datang laju ke arah dia, dia terus tolak makcik tu ke bahu jalan dan Tasneem .." suara Khaira bergetar. Sebak untuk menceritakan apa yang berlaku.

Dia trauma melihat Tasneem dilanggar dan melayang ke atas jalan raya.

Sekali lagi Puan Aisya hampir pengsan. Dia tak sanggup kehilangan satu-satunya anak perempuannya.

"sabarlah, Puan Aisya. Kita sama-sama berdoa untuk Tasneem ya." Datin Syahida cuba menenangkan Puan Aisya.

"jadi mana pemandu tu? Kenapa tak nampak muka dia kat sini pun?" soal Dato' Khalif dingin. Dia ingin bersemuka dengan pemandu yang telah melanggar anak kesayangannya itu.

Khaira menggelengkan kepalanya.

"lepas dia langgar Tasneem, dia terus pergi dari situ." jelas Khaira tertunduk memandang lantai.

"Jadinya ini kira kes langgar lari?! Siapa si tak guna tu! Dah langgar orang tapi tak nak bertanggungjawab!" Dato' Azlan berang.

"Adam dah tahu?" soal Datin Syahida.

"belum. Khaira tak sempat call dia." jawab Khaira.

Tanpa bercakap apa-apa, Datin Syahida terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi anak lelakinya.
















Adam tiba-tiba rasa gelisah. Namun, dia tetap meneruskan perbentangan di dalam bilik mesyuarat bersama beberapa ahli lembaga pengarah yang hadir.

Setelah beberapa minit menghentikan perbentangan buat seketika untuk memberi masa kepada lembaga pengarah membuat penilaian ke atas projek yang dibentangkan tadi, Adam balik ke tempatnya semula.

Air mineral yang tersedia dicapai dan diteguk laju untuk menghilangkan rasa dahaga.

"kau okay tak, Adam?" soal Rayyan hairan melihat sahabatnya yang seperti risau akan sesuatu.

"entahlah, Rayyan. Aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang berlaku." jawab Adam sambil melepaskan satu keluhan berat.

Tiba-tiba telefon bimbit Adam berbunyi.

Mama

"Assalamualaikum, Mama" Adam berdiri dan keluar dari bilik mesyuarat agar perbualannya tidak mengganggu ahli lembaga pengarah yang lain.

"Waalaikumussalam. Adam ada di mana?"

Suara serak Datin Syahida membuat hati Adam bertambah risau.

"Adam tengah meeting dengan lembaga pengarah. Mungkin dalam 15 minit lagi meeting akan disambung semula. Kenapa mama? Mama menangis ke? Ada sesuatu yang berlaku?"

Di dalam hatinya dia berharap agar tiada apa-apa yang berlaku.

"boleh tak Adam datang ke hospital? Tasneem kemalangan."

PRAKK!

Telefon terlepas dari tangan Adam. Rayyan yang baru muncul terus berlari ke arah Adam.

"Adam! Kau okay tak ni? Kenapa? Apa yang jadi?" soal Rayyan kelam kabut. Telefon bimbit Adam yang jatuh ke lantai diambilnya.

"Tasneem kemalangan. Boleh tak kau gantikan aku untuk buat perbentangan tu?" pinta Adam.

"kemalangan? Okay, kau pergilah. Aku akan handle perbentangan kedua tu. Hati-hati drive, jangan laju sangat." pesan Rayyan sambil menepuk bahu Adam.

Adam menggangguk faham.











                               ••••••••

Setelah satu jam menunggu di depan wad kecemasan, akhirnya seorang doktor lelaki keluar.

"Doktor! Macam mana dengan anak saya? Dia okay kan?" Puan Aisya menerpa ke arah doktor itu dengan cemas.

Mereka semua ternanti-nantikan penjelasan dari doktor tersebut.

"Cik Tasneem dah semakin stabil. Mujur dia segera dibawa ke hospital, seandainya terlambat sedikit tadi kemungkinan keadaan Cik Tasneem akan bertambah kritikal. Alhamdulillah, tiada apa-apa kecederaan yang serius cuma.."

Mereka semua semakin risau apabila Doktor itu menghentikan kata-katanya buat seketika.

Cermin matanya dibetulkan dan satu keluhan berat dilepaskan.

"Cuma apa, doktor?" Dato' Khalif mencelah.

"Cik Tasneem dalam keadaan koma, kami tak pasti bila dia akan sedar dan kakinya lumpuh. Tapi, jangan risau kerana itu hanya sementara. Bila dia dah sedar nanti, dia akan jalani terapi." sambung doktor tersebut.

Kedengaran bunyi sesuatu jatuh ke atas lantai.

Mereka semua menoleh memandang ke belakang.

Beg Adam terlepas ke lantai.

"L--lumpuh?!"







A/N

Okay guys, jangan lupa jalankan tanggungjawab anda semua. Vote dan comment ya sayang

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now