🍁57

3.7K 222 25
                                    

A/N

Dengarlah lagu yang sis sediakan di ruangan atas. Sis dapat idea pun sebab asyik dengar lagu tu😂

Rayyan merenung Khaira tajam. Sejak pulang dari hospital, Khaira hanya diam membisu. Selalunya dia akan melawan balik perbuatan Rayyan tetapi kali ini tidak.

Dia menikus ketakutan. Mungkin kesan tamparan oleh Rayyan sebentar tadi membuatkan Khaira tidak mampu berkata apa-apa.

"Khaira, kenapa kau suka buat sesuatu ikut kepala kau aje? Susah sangat ke nak dengar cakap aku? Aku ni suami kau, Khaira. Tolong hormat aku sebagai suami kau." ujar Rayyan tenang.

Khaira masih juga berdiam diri. Kepalanya tertunduk memandang lantai.

"kenapa diam? Selalu kau balas balik apa yang aku cakap. Tak ada mulut nak bercakap? Atau dah bisu?" tambah Rayyan. Dia tidak puas hati apabila Khaira berdiam diri.

Namun, terbit rasa serba salah apabila Khaira nampak takut. Khaira yang dia kenal bukan jenis yang cepat mengalah. Kalau berperang mulut dengannya, Khaira tak pernah kalah.

"Khaira Hafnan binti Khairuddin! Kau dengar tak suami kau bercakap ni?" Rayyan hampir naik angin.

Khaira bangun perlahan-lahan dan mendekati suaminya. Tangannya memegang erat lengan kekar Rayyan namun wajahnya masih ditundukkan ke bawah.

"Abang, saya minta maaf." pintanya tersebik-sebik. Air mata mula mengalir ke pipi membuatkan Rayyan terkejut.

Sekejap!

Betulkah wanita yang berada di hadapannya itu adalah Khaira? Rayyan sendiri sudah tidak mengenali isterinya sendiri.

Abang? Saya? Sejak bila?

"Khaira? Kau okay tak ni? Takkan la sebab aku tampar kau tadi kau jadi mereng macam ni? Buang tabiat ke apa?" Rayyan memandang wajah Khaira.

"Saya minta maaf. Saya derhaka pada abang." Khaira terus memeluk Rayyan. Wajahnya disembamkan ke dada bidang lelaki itu.

"Salah aku juga tak kenal perangai isteri sendiri. Sudahlah, jangan nangis. Aku tak marah dah." Kepala Khaira yang dilapisi tudung bawal diusap lembut.

Memang salah dialah, tahu melamar saja. Kelam kabut sangat nak kahwin tapi tak kenal perangai isteri.

Sekarang barulah dia faham, Khaira jenis manja bila dia kena marah. Lepas dimarahi, Khaira akan berubah menjadi gadis yang manja, lemah lembut tapi sekejap saja. Bila mood dia dah okay, datang balik perangai menghanat dia.

"Takkanlah aku nak kena marah kau hari-hari baru kau nak jadi manja macam ni. Alahai isteri aku ni." gumam Rayyan sambil ketawa kecil.

Entah bagaimana dia harus mendidik isterinya yang keras kepala itu menjadi seorang isteri yang baik, patuh pada arahan suami. Dia hanya mampu membimbing sambil berserah kepada Takdir.

Dia tahu di dalam kekerasan sikap isterinya, masih ada sifat lemah lembut.

                             •••••••

Tiba hari yang Adam harap tidak akan pernah wujud. Hari pernikahannya dengan Syalili.

Dia berdiri di hadapan cermin memandang tubuhnya yang berpakaian baju melayu berwarna putih. Ada masa lebih kurang satu jam lagi sebelum majlis akad nikah bermula.

Matanya memandang susuk tubuh isterinya yang baru keluar dari bilik mandi. Tasneem nampak sangat cantik memakai jubah putih yang dihadiahkan oleh Adam sebulan yang lalu. Shawl kelabu terlilit elok di kepala. Wajahnya tiada secalit solekan pun namun Tasneem masih wanita paling cantik di mata Adam.

Tasneem tersenyum apabila dia menyedari Adam sedang memandangnya melalui pantulan cermin meja solek. Dia perlahan-lahan menghampiri suaminya.

"Abang belum siap lagi?" soal Tasneem. Adam hanya mampu menggeleng tanpa bersuara.

"Biar Maira tolong abang pakaikan sampin ya?" Tasneem mencapai kain sampin yang telah digosoknya semalam.

Matanya fokus pada tangannya yang sedang ligat mengikat kain sampin pada pinggang suaminya.

Adam hanya diam melihat segala tingkah laku isterinya itu. Dia tidak perlu menceraikan Tasneem , dia hanya perlu berkahwin tetapi dengan keadaan Tasneem yang sarat mengandung membuatkan dia rasa dirinya terlalu kejam.

Namun, itu semua kehendak Tasneem sendiri. Adam terpaksa akur. Dia tidak mahu Tasneem menyalahkan diri sendiri jika sesuatu berlaku pada Syalili.

"Okay, dah siap. Eh, butang belum pasang. Sekejap" Butang baju melayu yang tersusun di dalam bekas dikeluarkan dari laci meja solek.

Tasneem mula memasangkan satu per satu butang pada baju melayu yang dipakai Adam. Tangannya terhenti apabila Adam menggenggam erat tangan kecilnya.

"Kenapa, abang?" soal Tasneem. Hatinya bagai ditusuk pisau tajam tatkala dia melihat air mata lelaki yang mengalir di pipi suaminya.

"Kenapa abang menangis?" lembut suaranya bertanya. Ibu jarinya menyeka air mata di pipi Adam.

"Abang cintakan Humaira." Dahi Tasneem dikucup lembut. Tasneem tersenyum.

"Maira pun cintakan abang lebih dari nyawa Maira." tutur Tasneem.

"lebih dari Jungkook?" menyempat pula si Adam.

"Em yang tu tak pasti. 50-50."

Adam menarik muncung panjang membuatkan Tasneem ketawa mengekek.

"Abang ni nak jadi ayah dah pun tapi kuat merajuk. Mestilah Maira cintakan abang lebih daripada Jungkook." ujar Tasneem sambil mencuit hidung Adam. Adam ketawa kecil.

Penyikat rambut dicapai lalu Tasneem merapikan rambut suaminya kemudian songkok hitam disarungkan ke kepala suaminya.

"Terima kasih, isteri syurgaku." Kini bibir Tasneem pula dikucup lembut.

"Sama-sama, abang. Maira harap abang akan bersikap adil pada Maira dan Syalili. Walaupun abang tak cintakan Syalili, layanlah dia sebaiknya sebab dia tetap isteri abang lepas ni. Boleh, abang?" pesan Tasneem sambil menggenggam erat kedua-kedua tangan suaminya.

Adam mengukir senyuman dan mengangguk faham.

"InsyaAllah, sayangku. Bertuah abang dapat isteri sebaik Humaira." tutur Adam.

"Sebab abang pun lelaki yang baik. Jomlah pergi cepat, nanti lambat." ujar Tasneem.

Adam memaut tangan kecil isterinya dan bersama melangkah keluar dari bilik.

             
                                •••••••

Khaira memandang Rayyan yang segak berbaju melayu. Semestinya dia mahu menghadiri majlis pernikahan Adam.

"Tak bersiap lagi ke sayang oi?" soal Rayyan.

"Aku tak nak pergi. Aku malas nak hadap muka perempuan tu." tutur Khaira.

Rayyan bercekak pinggang.

"Khaira, kan Humaira ada sekali di sana? Takkan kau tak nak pergi?"

"Tak nak. Biarlah dia. Kau tak payah pergilah Rayyan, teman aku tengok drama Korea." tangan Rayyan ditarik dan tubuh lelaki itu ditolak ke sofa.

Tanpa sebarang amaran, Khaira duduk di atas pangkuan Rayyan. Kepalanya disandarkan pada dada Rayyan.

"Khaira, aku dah lambatㅡ" kata-kata Rayyan terhenti sebaik Khaira mengangkat muka memandangnya dengan membuat muka comel minta perhatian. Matanya berkedip-kedip.

"Aduh! Inilah yang paling aku lemah. Jangan buat muka macam tu la. Tak boleh jadi ni." Rayyan terus mencempung tubuh Khaira naik ke bilik mereka.

Kau cari pasal, Khaira Hafnan.





Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now