🍁77

4K 205 10
                                    

Tan Sri Kashaf memerhatikan anak gadisnya yang sedang asyik memandang cermin sambil tersenyum sinis.

"Kau cabar aku, Syafiq? Baiklah. Aku akan tunaikan janji kau." gumamnya sendirian lalu hilaian tawanya kedengaran kuat.

Tan Sri Kashaf risau melihat sikap anaknya kebelakangan ini. Dia risau jika Syalili kembali seperti dahulu. Sejak dia bercerai dengan Adam, dia banyak mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik. Dia seperti pendam sesuatu.

Tiba-tiba telefon Tan Sri Kashaf berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

'Doktor Aidan'

Tan Sri Kashaf menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Doktor Aidan."

"Waalaikumussalam. Tan Sri, boleh Tan Sri datang ke hospital sekejap? Ada hal yang saya perlu bincangkan."

"Baiklah, saya pun ada sesuatu yang nak tanya pada doktor. Saya akan ke sana sekarang." Tan Sri Kashaf mematikan panggilan.

Sempat dia memerhatikan anaknya yang sedang menangis. Dia semakin risau namun dia perlu pergi berjumpa Doktor Aidan demi kebaikan Syalili.

Tan Sri Kashaf turun ke dapur dan mencari pembantu rumahnya.

"Mak Yah, tolong tengok-tengokkan Syalili sekejap. Saya nak keluar." kata Tan Sri Kashaf.

"Baik, Tan Sri." Mak Yah menuruti arahan.




••••••••

Pintu pejabat Doktor Aidan diketuk sebelum dia menjengahkan kepalanya ke dalam pejabat itu.

"Silakan masuk, Tan Sri. Jemput duduk." pelawa Doktor Aidan.

"Terima kasih, Doktor." Tan Sri Kashaf mengambil tempat di hadapan Doktor Aidan.

"Tan Sri, saya nak tanya tentang Cik Syalili. Agak lama dah dia tak datang buat rawatan. Dah tiga kali appoinment dia tak hadir. Mana dia sekarang?" soal Doktor Aidan.

Tan Sri Kashaf terkejut mendengar pertanyaan Doktor Aidan.

"Apa? Syalili tak datang buat rawatan? Sejak bila? Dia bagitahu saya yang dia tak pernah tak hadir temujanji untuk rawatan dia." jelas Tan Sri Kashaf. Dia bertambah risau. Adakah Syalili sudah membohonginya?

"Sudah hampir dua bulan dia tak datang buat rawatan, sebab tu saya tanya Tan Sri. Cik Syalili belum sembuh sepenuhnya. Dia masih dalam pemerhatian. Ianya boleh membahayakan orang sekelilingnya kalau Cik Syalili tak dapatkan rawatan segera." jelas Doktor Aidan.

"Doktor, saya risau. Anak saya baru bercerai sebulan yang lalu. Dulu dia nak sangat dekat suami dia tapi dia tiba-tiba saja minta cerai. Doktor rasa itu satu perkara yang normal ke bagi pesakit macam anak saya tu?" soal Tan Sri Kashaf dengan penuh kerisauan.

"Apa lagi yang Tan Sri curiga tentang Cik Syalili?"

"Dia banyak berdiam diri, berkurung dalam bilik dan tadi saya nampak dia tersenyum sendiri dan cakap sorang-sorang." beritahu Tan Sri Kashaf.

"Dia perlu dapatkan rawatan segera. Saya khuatir jika dia akan cederakan orang sekelilingnya. Cik Syalili dikategorikan sebagai Psycho."

"Psycho? Maksud Doktor, anak saya tu gila?"

"dia tak gila, dia cuma berbahaya. Jangan biarkan dia berdendam dengan orang lain. Tan Sri tahu siapa yang dia berdendam atau ada orang yang pernah sakitkan hati dia?"

"Saya tak pasti, tapi saya risau tentang bekas suami dan madu dia. Hati saya rasa tak tenang sekarang ni. Apa patut saya buat?" Tan Sri Kashaf buntu.

"Pujuk dia untuk dapatkan rawatan. Kalau boleh, jangan benarkan mereka muncul depan dia." jelas Doktor Aidan.





•••••••

Khaira menjenguk ke luar ruang tamu mencari kelibat suaminya namun lelaki itu tiada. Mungkin dia sudah pergi bekerja di kebun.

"Macam manalah dia bekerja hari ni agaknya? Dia dah la tak pernah berkebun. Lainlah kalau berkebun tu gunakan laptop, buat pembentangan ke." gumamnya sendirian.

Perutnya diusap perlahan.

"Nak tengok papa buat kerja tak, sayang? Mama rasa mengidam pula tiba-tiba. Mengidam nak cium bau ketiak Papa yang bau rexona tu." Khaira tersengih.

Dia masuk ke dapur dan menyediakan bekal untuk dibawa kepada Rayyan.







Langkahnya terhenti apabila dia melihat Rayyan yang tertidur di bawah pohon besar. Dia nampak kepenatan.

Bajunya sudah dibasahi keringat. Dia bekerja keras untuk menyara isteri dan bakal anak mereka.

Mengalir air mata Khaira melihat suaminya sebegitu. Tidak sedikit pun dia menyesal kerana telah memilih lelaki itu. Biarpun mereka sudah tidak berharta, dia tetap bahagia di samping lelaki itu.

Air matanya dikesat dengan segera lalu dia menghampiri Rayyan yang masih terlena kepenatan.

"Abang, Abang? Bangunlah, dah masuk waktu makan tengahari ni." pipi Rayyan dielus lembut.

Rayyan mencelikkan matanya perlahan-lahan. Dia terkejut melihat isterinya sedang tersenyum di hadapannya.

"Khaira? Buat apa dekat sini? Kenapa tak rehat dekat rumah?" soal Rayyan.

"Saja. Rindu abang. Jom makan sama-sama? Khaira masakkan lauk kegemaran abang. Kari kepala biawakㅡeh! Kari kepala ikan. Abang suka kan?" mangkuk tingkat mula dibuka satu per satu.

"Amboi! Mana dapat kepala biawak? Pergi memburu ke tadi?" sindir Rayyan.

"Untuk abang, bukan setakat kepala biawak, kepala Syalili pun Khaira sanggup cari dan masak." Khaira tersenyum sinis.

Rayyan mati ayat. Sampai kepala Syalili dia melarat.

"Khaira suap eh? Orang kata kalau isteri yang suap lagi sedap apa yang kita makan." ujar Rayyan.

"orang mana yang kata tu?" soal Khaira.

"Abang. Abang kan orang juga. Cepatlah, abang lapar ni." Rayyan mengangakan mulut seluasnya.

"Ya, sabar sayang." Khaira menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.






••••••

Seminggu berlalu, Adam rasa tidak sedap hati. Dia merasakan akan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Tasneem hairan melihat suaminya yang runsing memikirkan sesuatu.

"Abang? Abang fikir apa? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran abang ke?" soal Tasneem lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Entahlah. Abang rasa tak sedap hati. Abang berat hati nak tinggalkan sayang dan anak kita." beritahu Adam.

"Abang janganlah risau sangat, semuanya akan baik-baik saja. Itulah, tak pernah berenggang dengan anak sampai fikir bukan-bukan." ujar Tasneem sambil tersenyum.

"Abang rasa abang tak boleh pergilah." Adam masih rasa gelisah.

"janganlah macam tu. Abang dah lambat. Pergi cepat. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Percayalah." kata Tasneem cuba menenangkan suaminya.

"Baiklah, abang pergi dulu. Jaga diri ya? Kunci semua pintu. Jangan benarkan orang yang tak dikenali masuk rumah." pesan Adam.

"Baiklah, abang." jawab Tasneem.

Setelah kereta Adam hilang dari pandangan, Tasneem masuk ke dalam rumah namun apa yang mengejutkannya apabila dia terdengar Adani menangis dengan kuat.

Tasneem segera berlari naik ke bilik. Dia terkejut melihat seseorang memakai hoodie hitam sedang mendukung Adani dan mengacukan pisau ke arah anak kecil itu.

"Adani!!"

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora