🍁T i g a b e l a s

4.9K 339 4
                                    

Semua pelajar di dalam dewan kuliah tersebut terdiam mendengar amaran yang diberikan oleh lelaki itu.

Tasneem masih kaku. Dia tidak berani untuk menoleh ke belakang. Dia kenal siapa lelaki itu.

Tak sangka, begitu sekali tindakannya semata-mata untuk menyelamatkan Tasneem.

Hati kecil Tasneem tersentuh.

"Encik Adam? Maaflah biar Encik tunggu lama." Encik Afnan menyapa Adam.

Ya, Adam Haikal.

"Eh takpe, tak lama pun." Adam mengukirkan senyuman.

"Khaira, Tasneem? Buat apa lagi tercegat disitu? Cepat pergi duduk di tempat masing-masing. Kelas nak mula dah ni." Arah Encik Afnan.

Tasneem dan Khaira terus pergi ke tempat masing-masing dan mengeluarkan segala peralatan menulis dan buku nota.

Encik Afnan membuka laptop dan mencari bahan untuk mengajar.

"Kelas, harini saya telah menjemput salah seorang Engineer muda yang berjaya meluaskan projeknya ke luar negara untuk berkongsi resepi kejayaannya. Kenalkan, Encik Adam Haikal. Sila berikan kerjasama dan catat ilmu yang diberikan oleh Encik Adam Haikal." jelas Encik Afnan panjang lebar.

"baik." Semua pelajar mula menumpukan perhatian pada sesi motivasi yang akan bermula sebentar lagi.

Adam membetulkan kotak suaranya.

"Assalamualaikum dan selamat berkenalan. Saya Adam Haikal berusia 26 tahun. Saya harap perkongsian ilmu saya dapat membantu kamu semua berjaya dalam apa jua bidang yang kamu minati." tutur Adam dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"kau rasa lelaki ni ke yang selalu datang ambil si Tasneem tu?"

"Takkanlah, aku tak pernah pula nampak muka lelaki ni. Tak mungkin lelaki hebat dan sekacak dia boleh sukakan perempuan munafik macam si Tasneem tu kot."

"Eh korang! Sudahlah, korang tak takut ke kalau dia saman korang? Ada duit nak bayar? Tapi apa-apa pun dia handsome sangat!"

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now