🍁E m p a t b e l a s

5.2K 341 14
                                    

Dari mana datangnya lelaki yang terlalu ikhlas ni.

Kata-katanya mampu membuatkan hati wanita Tasneem Humaira menjadi tak keruan.

"Terima kasih, Adam Haikal sebab ikhlas cintakan saya. Selamat malam."

Mesej itu dihantar kepada Adam tanpa sebarang jawapan.

Air mata yang mengalir diseka dengan jari jemarinya.

"Tasneem? Bila nak turun makan ni?" ketukan bertalu seiringan dengan suara Puan Aisya kedengar di luar bilik.

Tasneem tidak menyahut. Dia masih memandang wajahnya melalui pantulan cermin.

"Mandi lagi ke anak dara oi? Ummi masuk ya?" Puan Aisya memulas tombol pintu bilik anaknya.

"Tasneem! Ummi panggil langsung tak menyahut, termenung apa depan cermin tu? Tak eloklah tengok cermin malam-malam." bebel Puan Aisya.

Puan Aisya menghampiri Tasneem. Dia baru perasan anaknya itu sedang menangis.

"Tasneem? Kenapa menangis ni? Siapa buat anak Ummi menangis?" Puan Aisya cemas melihat keadaan anaknya.

"Ummi, ada ke lelaki yang betul-betul ikhlas cintakan seorang gadis?" satu soalan meluncur keluar dari bibir Tasneem.

Puan Aisya terkejut. Dah kenapa pula anak dara dia tanya soalan macam tu.

"Ada. Dulu ada seorang lelaki yang betul-betul cintakan seorang perempuan ni, dia cintakan perempuan tu kerana Allah. Dia nak bimbing perempuan tu ke Syurga bersama dia. Dia ikhlas, terlalu ikhlas dan sekarang mereka dah ada seorang anak perempuan, Tasneem Humaira." Puan Aisya tersenyum manis.

Dia teringat kembali waktu perkenalannya dengan Dato' Haji Khalif. Lelaki itu ikhlas cintakannya kerana Allah.

"Abah?" Tasneem memandang wajah ibunya.

Puan Aisya mengangguk.

"Ya,sayang. Lelaki itu adalah Abah Tasneem." Jawab Puan Aisya.

"Dah la, jom turun makan. Nanti Dato' Haji Khalif tu kelaparan pula." Puan Aisya mula mengatur langkah ingin keluar dari bilik itu.

"Ummi .. Aneem terima Adam Haikal untuk jadi suami Aneem."

Kata-kata Tasneem membuatkan langkah Puan Aisya terhenti. Dia menoleh memandang anak gadisnya.

"betul ke apa yang Ummi dengar ni?" Puan Aisya bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja Tasneem katakan.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now