🍁58

3.6K 211 28
                                    

Suasana di masjid semakin sesak dipenuhi ramai orang yang hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan Adam buat kali kedua.

Tasneem duduk di sebelah Syalili. Gadis itu nampak sangat gembira. Dia tidak sabar untuk menjadi isteri Adam yang sah. Di sebelah kirinya pula turut hadir kawan-kawan baiknya.

"Khaira dengan Rayyan tak datang ke?" bisik Puan Aisya.

"Aneem pun tak tahu. Rayyan cakap nak datang tapi tak nampak batang hidung dia pun. Sekejap, Aneem telefon Khaira." Telefon bimbit dikeluarkan.

Tasneem mendial nombor telefon Khaira. Lama dia menunggu agar panggilannya dijawab namun sudah tiga kali panggilannya tidak diangkat. Dia cuba kali keempat, tapi dapat voicemail pula.

"Tak angkatlah, Ummi. Mungkin dorang sibuk." ujar Tasneem. Tasneem dapat rasakan yang Khaira sedang marahkan dia.

Sudah pasti Khaira akan membebel pada dia apabila mereka berjumpa nanti.

Tok Kadi mengambil mikrofon yang disediakan.

"Baiklah, sebelum kita mulakan majlis ini saya nak tanya sesuatu pada pengantin lelaki." Tok Kadi memandang wajah Adam yang tiada secalit senyuman pun.

"Kamu betul-betul dah bersedia untuk pikul tanggungjawab terhadap isteri kedua kamu? Kamu yakin kamu boleh bersikap adil terhadap kedua-dua isteri kamu?" Tok Kadi mengajukan soalan buat Adam.

Adam terdiam. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia beritahu Tok Kadi dan semua orang yang hadir ke majlis itu yang dia masih belum bersedia.

Dia memandang Tasneem di belakang. Wanita itu tersenyum manis sambil memberi isyarat supaya Adam menjawab soalan Tok Kadi dengan jawapan 'Ya'.

Adam menoleh memandang Tok Kadi.

"Sㅡsaya bersedia." jawab Adam.

"Baguslah. Mari kita mulakan majlis ini." Tok Kadi menghulurkan tangan kepada Adam. Adam menyambut dengan rasa berat hati.

"Adam Haikal bin Azran, aku nikahkan dikau dengan Nur Syalili Armeda binti Mohd Kashaf dengan mas kahwin RM500 tunai."

"Aku terimaㅡ" Adam terhenti. Dia betul-betul tak mampu meneruskan pernikahan itu.

Semua orang terpinga-pinga. Tasneem kerisauan. Dia bangun dan menghampiri Adam.

"Tok Kadi, boleh saya bercakap dengan suami saya sekejap?" pinta Tasneem.

"Baiklah. Silakan." Tok Kadi memberi izin. Adam bangun dan mengekori Tasneem keluar dari Masjid.

"Kenapa ni, abang?" soal Tasneem sayu. Wajah muram suaminya ditatap. Tangannya mengelus lembut pipi Adam.

"Abang tak boleh teruskan pernikahan ni. Tak boleh, sayang." Adam menangis di bahu Tasneem.

"Shh! Maira tahu abang boleh buat. Abang jangan fikir apa-apa langsung. Maira sentiasa ada di sisi abang. Abang tenangkan diri." Belakang Adam diusap lembut. Pelukan dileraikan.

Bahu Adam digenggam erat.

"Abang boleh buat , bukan?"  Mata merah suaminya ditatap.

Adam terus mengucup lembut dahi Tasneem.

"Terima kasih, sayang. Abang tak tahu macam mana hidup abang tanpa Humaira." ujar Adam. Tasneem tersenyum.

"Sama-sama, sayang. Ingat , Maira sentiasa di sisi abang. Mari masuk." Tangan Adam dipaut dan mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam masjid.

Adam duduk semula di depan Tok Kadi. Tasneem berjalan ke tempatnya semula dan melabuhkan punggung di sebelah Puan Aisya.

"Ummi bangga dengan anak Ummi. Tasneem dah jadi seorang isteri yang baik dan matang." pipi Tasneem dielus lembut. Tasneem tersenyum walaupun hatinya menangis.

Adam kembali berjabat tangan dengan Tok Kadi. Kedengaran bisikan positif dan negatif di kalangan tetamu yang hadir.

"Baik sungguh isteri dia. Bertuah dia dapat isteri macam tu."

"Betul tu. Mesti dia bahagia."

"Sanggup dia menduakan isteri sebaik tu?"

"Kalau aku jadi dia, aku takkan sesekali menduakan isteri sebaik itu."

"Bila dah dapat yang baik tak dihargai. Kalau dah namanya lelaki."

Adam memejamkan matanya cuba mengabaikan kata-kata sindiran itu.

" Adam Haikal bin Azran, aku nikahkan dikau dengan Nur Syalili Armeda binti Mohd Kashaf dengan mas kahwin RM500 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Syalili Armeda dengan mas kahwinnya RM500 tunai." Adam melafaz akad dengan tenang untuk kali kedua.

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah." Tok Kadi menadah tangan untuk membacakan doa. Adam menoleh ke belakang memandang Tasneem yang sedang tersenyum.

"Abang dah buat yang terbaik. Tahniah, abang." kata Tasneem perlahan. Walaupun tak dapat dengar dengan jelas, Adam masih dapat tangkap apa yang Tasneem katakan melalui gerak bibirnya.

Selesai Tok Kadi membaca doa, Adam bangun dan melutut di hadapan Syalili. Gadis itu tersenyum lebar. Adam menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Syalili kemudian Syalili mencium tangan Adam. Dahi Syalili pula dikucup lama. Mata Adam memandang Tasneem yang nampak tenang.

                            •••••••

Khaira memeriksa telefon bimbitnya. Terdapat empat panggilan yang tidak dijawab dari Tasneem. Dia mengeluh. Dia sangat kecewa dengan Tasneem.

Baginya, Tasneem dah buat keputusan yang bodoh. Kenapa dia sanggup dimadukan? Sanggup dia paksa suaminya untuk menikahi perempuan lain.

Begitu mulia hati Tasneem tapi itu tak mampu diterima oleh Khaira. Dia menghubungi Tasneem.

"Assalamualaikum. Khaira, kenapa kau tak datang?"

"Waalaikumussalam. Aku tak ada mood nak pergi, maaf. Aku betul-betul kecewa dengan kau, Tasneem."

"Aku buat bersebabㅡ"

"sebab apa, Tasneem? Betul cakap orang, kalau dah terlalu baik sangat , orang yang jahat pun nampak baik di mata kau. Jangan terlalu baik sangat, Tasneem. Kau tak faham macam mana kecewanya aku pada kau! Kau buat keputusan yang bodoh, Tasneem."

"Khairaㅡ"

"Sudahlah, Tasneem. Aku malas nak cakap banyak dengan kau. Habis air liur aku aje bercakap dengan orang yang degil macam kau ni. Assalamualaikum." Panggilan terus dimatikan.

Rayyan mencelikkan matanya apabila dia rasa tidurnya terganggu.

"Kau membebel apa tu, Khai? Cakap dengan siapa?" soal Rayyan. Dia bangun ke posisi duduk.

"Aku kecewa dengan Tasneem. Aku betul-betul kecewa. Kau tak rasa ke dia buat keputusan yang bodoh, Rayyan?" air mata yang ditahan kini mengalir laju.

Rayyan menarik Khaira ke dalam pelukannya.

"Shh! Jangan menangis. Aku pasti Adam dah selamat menikah pun jadi kita tak boleh ubah apa-apa. Aku faham kau kecewa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sabarlah, sayang." Rambut Khaira dielus lembut.

"Aku cuma kesiankan, Tasneem. Aku dengan dia dah lama kawan, aku boleh rasa apa yang dia rasa." Khaira menyeka air matanya.

"Aku janji aku takkan buat benda yang sama pada kau, sayang. Kau sorang dah cukup mengisi kekosongan hati aku." Dahi Khaira dikucup lembut.

Khaira menumbuk dada Rayyan.

"Aduh!"

"Tak payahlah buat sweet, aku cair!" luah Khaira. Rayyan ketawa mengekek.

"Tak sangka hati batu macam kau pun boleh cair dengan kata-kata aku. Tapi takpe, aku suka. Sudahlah, jom mandi wajib. Nak masuk Asar dah ni." kata Rayyan.

"nak dukung!" rengek Khaira.

"Tak payah mengadalah Khaira, aku lempang kang terlekat kat dinding tu." ujar Rayyan tenang. Dia masuk ke bilik mandi meninggalkan Khaira sendirian.

"Tak guna betul dia ni!" Khaira mencebik geram.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now