🍁51

3.6K 218 54
                                    

Adam ke hulu ke hilir di hadapan wad kecemasan.

Dia sangat berharap agar tiada apa-apa yang berlaku kepada isteri dan anaknya. Salah dia juga terlalu kisahkan perempuan yang langsung tak ada kaitan dengan dirinya sampaikan terlupa tentang Tasneem.

Adam pasti dia dah lukakan hati isterinya. Bukan setakat mengabaikan Tasneem malah dia mencempung tubuh wanita lain di depan Tasneem.

Hati isteri mana yang tak sakit.

Dato' Azran, Datin Syahida, Dato' Khalif dan Puan Aisya menerpa ke arah Adam.

"Adam! Apa yang jadi pada Tasneem?" soal Puan Aisya cemas.

"Mana Humaira? Dia tak apa-apa, kan? Anak dalam kandungan dia baik-baik saja, kan?" soal Datin Syahida pula.

"Sabarlah, biar Adam jelaskan." sampuk Dato' Azran.

"Adam, ceritakan pada kami apa yang terjadi." desak Dato' Khalif.

"sebenarnyaㅡ"

' P A N G '

Satu tamparan hinggap di wajah Syalili. Sudah tentunya 'hadiah' daripada Khaira.

"Khaira!" Rayyan cuba menarik Khaira.

"Lepaskan aku!" Tangan Rayyan ditepis. Dadanya berombak menahan amarah yang semakin menggunung.

"Kau apasal tampar aku tiba-tiba?!" herdik Syalili terkejut dengan tamparan yang diterima.

"Kau memang sengaja buat macam tu, kan? Eh apasal kau tak mampus je tadi?! Adam! Kau sambut dia kenapa? Biarlah dia mampus jatuh ke tanah tu!" matanya tajam memandang Syalili dan Adam silih berganti.

Adam hanya mampu menunduk ke lantai. Betul apa yang Khaira cakap, dia bodoh sebab abaikan isteri sendiri.

"kau jangan suka-suka tuduh aku! Aku tak buat apa-apa pun!" Syalili cuba menafikan apa yang Khaira katakan.

"Ini semua sebab kau, kalau kau tak cuba bunuh diri, Tasneem takkan jadi macam ni. Aku berharap sangat yang ada dalam wad tu engkau, boleh aku doakan kau mampus terus!" tengking Khaira geram.

"Khaira Hafnan! Sudah." Rayyan cuba menenangkan Khaira.

Syalili diam tak berkutik. Dia sendiri tidak dapat membalas apa yang Khaira katakan. Sememangnya itu niatnya, tetapi dia sendiri tak menyangka yang Tasneem juga akan berada disitu.

Tujuannya adalah untuk mengugut Adam supaya Adam menerimanya dan dia tidak merancang untuk melibatkan Tasneem Humaira.

Doktor keluar dari wad kecemasan. Adam dan keluarganya menerpa ke arah doktor perempuan tersebut.

"Kau dengar sini, apa-apa jadi pada Tasneem dan anak dalam kandungan dia, aku sendiri yang akan hantar kau ke kubur!" sempat Khaira mengugut Syalili.

Syalili menikus ketakutan. Jangan main-main dengan Khaira Hafnan.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" soal Adam.

Wajah suram doktor itu membuatkan semua orang semakin risau.

"Puan Humaira kritikal, dia kehilangan banyak darah dan bayi dalam kandungan Puan Humaira .." doktor itu tertunduk memandang lantai.

"kenapa dengan cucu kami, Doktor?" soal Puan Aisya.

"Maafkan saya, bayi Puan Humaira tak dapat diselamatkan." beritahu doktor tersebut serba salah.

"KAU!!!" Khaira terus menolak tubuh Syalili sehingga kepalanya terhantuk di dinding. Wajah Syalili ditampar berulang kali.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now