🍁47

4.3K 232 24
                                    

Rumah anak yatim Al-Mukmin riuh dengan suara penghuni di rumah tersebut.

Pemandu peribadi Tan Sri Kamal, Hazwan memberhentikan kereta di hadapan rumah anak yatim tersebut.

Enjin kereta dimatikan sebelum dia dan Tan Sri Kamal keluar dari kereta.

"Selamat datang, Tan Sri Kamal." Penjaga rumah anak yatim Al-Mukmin, Puan Raudah menyambut Tan Sri Kamal dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

"Puan sihat?" soal Tan Sri Kamal, prihatin.

"Ya Alhamdulillah saya sihat. Saya harap Tan Sri juga begitu. Marilah masuk. Hari ni anak-anak seronok sebab ada seorang tetamu baru." ujar Puan Raudah lemah lembut.

"Tetamu baru? Wah , mesti mereka gembira." Tan Sri Kamal tersenyum senang.

Puan Raudah mengangguk kecil. Dia mengiring Tan Sri Kamal dan Hazwan masuk ke dalam rumah tersebut.

Kelihatan semua kanak-kanak tersebut tidak menyedari kehadiran Tan Sri Kamal.

Mereka sedang tekun mendengar tetamu baru mereka bercerita.

Tan Sri Kamal tersenyum. Sejuk hati melihat gadis muda yang masih ada sikap prihatin terhadap anak-anak yatim. Dia berfikir kalau anak gadisnya yang terlalu meminati hiburan Kpop itu dapat berubah dan jadi seperti gadis di hadapannya itu.

"Eh! Atuk datanglah!" teriak seorang kanak-kanak lelaki.

Tan Sri Kamal terhenti dari lamunan. Sebuah senyuman yang ikhlas dihadiahkan kepada kanak-kanak lelaki itu.

"Yeay! Atuk datang!" yang lain turut menjerit kegembiraan melihat wajah tua itu. Tan Sri Kamal mendepakan tangannya seluas mungkin mengharap anak-anak syurga itu datang ke dalam pelukannya.

"Atuk!"

"Aduhai, Ikmal dah besarlah. Lama sangat ke atuk tak datang sini?" soal Tan Sri Kamal sambil mengusap kepala anak kecil itu.

"Ya, atuk dah lama tak datang sini. Hari-hari Ikmal dengan kawan-kawan lain tunggu atuk datang." bibirnya muncung tanda marah kecil.

Tan Sri Kamal ketawa. Petah sungguh anak kecil ini bercakap.

"Yeke? Maaflah, atuk bukan tak nak datang sini tapi atuk sibuk." pipi anak kecil itu dicuit.

"Atuk! Sara rindu atuk!" seorang kanak-kanak perempuan berlari memeluk Tan Sri Kamal.

"Alahai cucu atuk yang cantik! Atuk pun rindu~" dahi Sara dikucup penuh kasih sayang.

"Adik-adik semua, tengok! Abang ada bawakan mainan!" teriak Hazwan sambil menunjukkan plastik yang dipenuhi mainan.

Semua kanak-kanak itu mula berlari ke arah Hazwan. Tan Sri Kamal hanya memerhatikan telatah mereka sambil menggeleng kecil. Bibirnya tak lekang dari senyuman.

Jauh di sudut hatinya, dia mahu mempunyai cucu sendiri tapi memandangkan Rayyan yang masih tak jumpa calon yang sesuai, lambat lagilah nak dapat cucu. Umur 26 dah tapi tak kahwin-kahwin lagi.



Khaira hanya memerhatikan Tan Sri Kamal dari dapur. Dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menunjukkan mukanya di hadapan lelaki tua itu.

"Cepatlah kakak! Pergi keluar, buat-buatlah panggila budak-budak tu makan ke" Ryana menolak perlahan tubuh Khaira.

Khaira gementar. Buatnya naik angin orang tua tu tengok muka dia, tak ke cari mampus namanya tu.

Nafas ditarik panjang kemudian dia melepaskan perlahan-lahan. Dia cuba untuk bertenang.

"Adik-adik, kakak dah masak. Kamu semua nak makan tak?" soal Khaira cuba menaikkan sedikit suaranya supaya semua kanak-kanak itu dapat dengar.

"Nak!" teriak anak-anak itu sambil berlari ke arah Khaira yang berdiri di meja makan.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now