🍁56

3.6K 206 38
                                    

Rayyan melabuhkan punggung di atas sofa empuk sambil mengurut kepalanya yang terasa sakit. Bukan sakit sangat pun tapi bila masalah makin bertambah membuatkan dia semakin serabut.

Tambah pula masalah Adam juga turut tumpang di dalam kepalanya. Khaira menghulurkan segelas air kosong buat Rayyan.

Tak terlalu lemah lembut dan tak kasar. Khaira hanya jadi diri sendiri walaupun dia sudah menjadi isteri Rayyan.

"kau okay?" soal Khaira prihatin.

"hm" gumam Rayyan. Khaira duduk di sebelah Rayyan, tangan Rayyan diurutnya untuk menghilangkan penat lelaki itu.

"Arghh! Sedap sayang~ bertuah aku jadi suami kau." Rayyan memejamkan mata dengan muka nikmat menerima urutan dari isterinya.

'P A P'

Lengan Rayyan ditampar kuat.

"Tak payahlah bunyi pelik-pelik! Siap buat muka nikmat lagi! Aku maki kau nanti kau cakap aku isteri derhaka pula!" Khaira merengus geram. Boleh pula dia buat muka nikmat di petang hari ni.

"Kau pukul aku tadi pun dah dikira derhaka tahu. Kau panggil kau-aku ni, tak derhaka namanya? Cuba panggil aku abang ke, baby, bie, yayang, daddy, papa tak pun chagi. Susah sangat ke?" bebel Rayyan sambil menunjal bahu Khaira.

Main kasar betul mamat ni. Bahu Rayyan dipukul.

"Kau ni kalau tak cari pasal dengan aku tak sah hidup kau kan!" Khaira berang. Baru sahaja dia ingin beredar dari situ, Rayyan sempat menarik tangannya sehingga wanita itu jatuh ke pangkuannya.

"Alah kau ni, aku gurau je. Kau tak sayang aku ke? Aku cuma nak merapatkan lagi silaturrahim antara kita." ujar Rayyan.

"Kepala hotak kau! Kau nak rapat macam mana lagi? Dah sah-sah kita ni suami isteri." Khaira menjeling Rayyan.

"Sedar pun kita suami isteri. Janganlah merajuk ucuk abang ni~ Jom, kita naik atas. Urutkan abang." Rayyan tersenyum nakal.

"Rayyan!! Sudah-sudahlah tu!" Pipinya merona merah. Khaira bangun dan terus meninggalkan Rayyan disitu.

Rayyan ketawa mengekek. Puas dapat mengusik isterinya yang garang itu.

                            ******

Tasneem menghampiri Adam dan Syalili yang sedang berbual di dalam bilik wad. Bibirnya cuba menguntum senyuman walaupun hatinya terluka.

"Assalammualaikum." Tasneem memberi salam.

"Waalaikumussalam." jawab Adam dan Syalili.

"Kak Humaira, sini la." Syalili tersenyum riang sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya mengharap Tasneem agar duduk di sebelahnya.

Tasneem mendekati katil itu lalu dia duduk di sebelah Syalili. Dia terpempan apabila Syalili memeluknya.

"Terima kasih, Kak Humaira. Sya janji Sya akan jadi madu yang baik untuk akak dan jadi isteri yang baik untuk abang Adam." ujar Syalili gembira.

Tasneem cuba menahan air matanya. Dia tersenyum kelat.

"sama-sama. Akak harap Syalili dah tak buat benda bukan-bukan bila dah dapat abang Adam. Jadilah isteri yang taat dan patuh pada suami." Tasneem memberi kata nasihat buat bakal madunya.

"Baiklah, akak. Sya janji." Syalili tersenyum manis. Matanya memandang perut Tasneem yang sudah berusia 7 bulan. Tangannya cuba menyentuh perut Tasneem. Diusapnya lembut.

"Baby, i'm gonna be your mummy soon. Mummy akan jadi ibu yang baik untuk kamu nanti." kata Syalili.

Adam merengus kasar. Dia masih tak boleh terima Syalili dan dia juga berharap  Tasneem berubah fikiran.

Dia tidak sanggup menduakan isterinya. Hatinya hanya untuk wanita bernama Tasneem Humaira.

Tangan Tasneem ditarik lalu mereka mengatur langkah keluar dari bilik wad Syalili.

"Abang, kenapa ni?" soal Tasneem. Wajah dingin Adam ditatap sayu.

"jangan tanya abang kenapa, awak yang buat keputusan tanpa berbincang dengan abang!" herdik Adam.

"Maira tak nak jadi insan yang pentingkan diri, abang. Maira redha dengan ketentuan takdir. Kalau sudah tertulis abang bukan milik Maira seorang saja, Maira terima. Maira tak boleh melawan takdir." Tasneem cuba menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

"Sudahlah, Humaira. Masalah awak satu je, awak terlalu baik. Jangan jadi terlalu baik sampai suatu masa orang khianati awak, Humaira. Berat hati saya untuk menduakan awak tapi awak dengan mudahnya buat keputusan tanpa berbincang dengan saya. Apa semua ni, Humaira?" Adam mula naik angin. Hampir saja dia menengking Tasneem.

Air mata Tasneem mengalir setelah sekian lama menahan.

"Abang fikir abang saja yang berat untuk menduakan Maira? Maira lagi sakit tahu tak? Sakit hati ni bila Maira cuba beri keizinan kepada abang untuk berkahwin dengan Syalili walaupun sukar. Kalau Maira pentingkan diri, abang tak fikir ke ada nyawa yang akan melayang? Syalili akan buat cubaan bunuh diri lagi. Jangan buat Maira rasa bersalah. Maira cuba buat yang terbaik untuk abang dan Syalili. Maira tak minta banyak pun, kahwini Syalili dan jadi seorang suami yang adil." luah Tasneem sebak.

Adam terdiam tak berkutik.

"izinkan saya pulang. Saya pergi dulu. Assalammualaikum." Tasneem terus melangkah pergi meninggalkan Adam yang masih lagi berdiri kaku disitu.



                              •••••••

Rayyan mengejar langkah isterinya yang sedang menuju ke satu bilik. Wanita itu nampak marah. Darahnya mendidih mendengar apa yang Rayyan beritahu padanya.

"Khaira, tunggu! Sabar dulu, kau tak boleh buat macam ni." Rayyan menarik tangan Khaira membuatkan wanita itu berhenti melangkah.

Wajahnya yang dingin merenung tajam anak mata suaminya.

"Jangan halang aku, Rayyan. Aku buat tak boleh berdiam diri." Tangan Rayyan ditepis kasar lalu dia meneruskan langkahnya sampai ke satu bilik.

Pintu bilik wad itu ditolak kasar. Kelihatan lelaki tua sedang membelai rambut anak perempuannya.

"Kamu siapa?" soal lelaki tua itu hairan.

"Saya kawan baik Tasneem Humaira, isteri Adam dan bakal madu kepada anak Tan Sri. Syalili, am I right?" Khaira tersenyum sinis.

"Apa kamu mahu?"

"Akak nak jumpa Kak Humaira ke? Dia dah balik tadi." kata Syalili tenang.

Khaira menjeling Syalili tajam. Matanya beralih ke arah Tab Sri Kashaf.

"Tan Sri kejam! Sanggup Tan Sri buat Tasneem macam tu?"

"Khaira Hafnan, sudah!" Rayyan memeluk Khaira. Entah dari mana wanita itu mendapat kekuatan untuk menolak Rayyan menjauhinya.

"Jangan ganggu aku, Rayyan. Kau tak faham apa yang Tasneem rasa. Aku tak boleh tahan dengan apa yang dorang berdua dah buat pada Tasneem!" Dia menoleh memandang Tan Sri Kashaf.

"Sanggup Tan Sri merayu pada Tasneem supaya dia mengizinkan Adam kahwin dengan anak Tan Sri?! Tan Sri cuba bayangkan Syalili di tempat Tasneem, bapa Tasneem merayu pada Syalili supaya izinkan suami dia berkahwin dengan Tasneem. Apa Tan Sri rasa?! Kau, Syalili! Kau tak rasa ke diri kau tu perampas!!" tengking Khaira.

'P A N G'

Satu tamparan hinggap di pipi Khaira. Khaira terpempan memandang wajah dingin suaminya. Tidak sangka Rayya bertindak begitu sekali terhadapnya.

"Aku suami kau, ikut cakap aku." Tangan Khaira ditarik kasar meninggalkan ruangan bilik wad.

































Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now