🍁83

4.3K 216 24
                                    

Rayyan masuk ke dalam wad kecemasan dan mencari katil isterinya.

Di sebalik kain tirai yang menutup sepenuhnya katil yang dihuni Khaira kedengaran esakkan halus.

Hati Rayyan semakin lemah. Dia sendiri pun tidak dapat menahan sebak di hati setelah mengetahui bahawa Khaira keguguran, apatah lagi Khaira sendiri yang sudah sebulan hamil dan kini dia kehilangan anak dalam kandungannya.

Rayyan mengesat air matanya lalu menarik nafas sedalam mungkin untuk menenangkan dirinya dan dilepaskan perlahan-lahan.

Tirai tersebut diselak sedikit. Khaira sedang menangis teresak-esak sambil memeluk lutut.

"Sayang" panggil Rayyan lembut. Khaira menoleh.

"Abang!" semakin kuat esakkan Khaira setelah melihat wajah suaminya.

Rayyan memeluk erat tubuh isterinya. Ubun-ubun Khaira dikucup lembut.

"Maafkan Khai, Abang. Khai cuai." pintanya dengan penuh kekesalan.

"Shh! Jangan salahkan diri sendiri, abang tak salahkan awak. Bagitahu abang, macam mana awak boleh jatuh?" soal Rayyan ingin tahu. Dia berharap itu bukan angkara bapanya, dia tak sanggup kehilangan Khaira.

Khaira terkedu. Patutkah dia memberitahu Rayyan perkara sebenar? Bagaimana jika Rayyan membenci bapanya setelah dia tahu yang Tan Sri Kamal ialah penyebab Khaira keguguran?

Khaira hanya mampu terdiam dengan esakkan yang masih bersisa.

"Sayang? Bagitahu abang, macam mana Khaira boleh jatuh?" Rayyan menyoal soalan yang sama sekali lagi.

"Khai jatuh waktu Khai nak bagi Papa makanㅡ"

"Jangan tipu, abang." potong Rayyan dengan nada dingin. Daripada percakapan Khaira pun dia sudah dapat mengagak yang Khaira sedang cuba untuk menipunya.

"Tㅡtak! Khai tak tipu. Khai betul-betul jatuh tadi." Khaira cuba untuk meyakinkan suaminya.

"Abang tahu Khaira menipu. Papa yang buat, kan?"

Khaira terkejut. Bagaimana Rayyan dapat tahu yang Tan Sri Kamal penyebabnya?

"Buat apa Khaira nak sembunyikan kesalahan dia sedangkan dia benci Khaira, dia tak pernah suka atau terima Khaira? Dia dah bunuh anak kita! Kau jujur dengan aku, Khaira! Orang tua tu yang buat, kan? Jawab Khaira!!" herdik Rayyan yang sudah mula hilang sabar.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Khaira takut melihat Rayyan yang mula bertindak kasar.

Dia risau jika ada apa-apa terjadi antara Rayyan dan Tan Sri Kamal.

"Abang, Papa tak buat apa-apa punㅡ"

"Kalau kau masih nak bela dia, aku akan ceraikan kau!" Rayyan terus pergi dari situ dengan kemarahan yang menguasai diri.

"Rayyan!" Khaira terkejut mendengar kata-kata Rayyan.








                                

Rayyan menolak kasar pintu bilik Tan Sri Kamal. Tan Sri Kamal yang sedang dalam kegelisahan terkejut dengan kehadiran anak sulungnya.

"Rayyan? Macam mana dengan keadaan Khaira?" soal Tan Sri Kamal kerisauan.

"Sejak bila Papa risau pasal Khaira?" Rayyan tersenyum sinis.

"Papa cuma nak tahu keadaan dia. Salah ke?" Tan Sri Kamal cuba berlagak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Khaira keguguran. Anak kami dah tak ada. Tak lama lagi Rayyan dan Khaira akan bercerai. Papa gembira tak? Inikan khabar gembira buat Papa dan inilah apa yang Papa nak selama ni, kan? Papa tak perlu terima Khaira, Papa tak perlu ada cucu yang ada kaitan dengan perempuan yang Papa tak suka. Lepas ni Papa boleh suruh Rayyan kahwin dengan anak kawan Papa pula. Betul, kan?" Rayyan menghamburkan segala luahan yang terbuku di hati.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now