🍁76

4K 200 4
                                    

Adam menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Matanya tertumpu pada sekeping sampul surat berwarna putih yang terletak elok di atas meja pejabatnya.

'Surat perletakkan jawatan; Haris Rayyan'

Terbuntang luas mata Adam membaca tulisan pada sampul surat tersebut.

"Rayyan? Letak jawatan? Apa yang jadi sebenarnya ni?!" Adam runsing. Dia membuka sampul surat tersebut untuk memeriksa isi kandungannya.

Namun , apa yang lebih mengelirukannya adalah terdapat dua lipatan kertas.

Dia membuka lipatan kertas yang pertama. Ianya makluman tentang perletakkan jawatan. Hatinya berdebar memandang lipatan kertas yang kedua.

Perlahan-lahan Adam membuka lipatan kertas tersebut. Ianya tulisan tangan Rayyan untuk Adam.

"Adam,

Aku minta maaf sebab buat keputusan tanpa berbincang dengan kau. Aku buat macam ni demi kebaikan syarikat kita dan aku tak nak usaha kita sia-sia. Suatu hari nanti kau akan faham juga kenapa aku buat macam ni. Aku harap kau tak marahkan aku. Aku bawa Khaira pergi jauh dari sini. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi. Tolong jaga syarikat tu baik-baik. Jangan benarkan sesiapa pun musnahkan syarikat tu. Kirim salam pada Humaira untuk aku dan Khaira. Terima kasih, Adam. Assalamualaikum."

Adam terkedu. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku pada Rayyan.

Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket dan dia mendial nombor Rayyan, namun panggilannya gagal.

"Kau pergi mana, Rayyan? Kenapa kau tak bagitahu aku apa yang terjadi? Ya Allah, dugaan apa pula kali ni." rintih Adam sayu.






                             •••••••

Tasneem jatuh terduduk di atas sofa apabila diberitahu oleh suaminya tentang Rayyan dan Khaira.

"Mereka pergi mana, abang? Rayyan tak ada bagitahu ke?" soal Tasneem risau.

"Abang pun tak tahu. Rayyan tak ada cakap mana dia nak pergi. Abang buntu, abang cuba telefon dia tapi tak dapat." beritahu Adam sambil mengurut kepalanya yang terasa sakit dengan beban yang mendatang.

"Khaira! Sekejap, Maira telefon Khaira." Tasneem mendapatkan telefon bimbitnya lalu nombor telefon Khaira didial.

Lama dia menunggu, namun panggilannya masuk ke peti simpanan suara.

"dapat tak?" soal Adam memandang isterinya.

"Tak." Tasneem menggeleng.

Melihatkan isterinya yang kerisauan, Adam memeluk wanita itu untuk menenangkannya.

"Jangan risau, sayang. Abang yakin Rayyan dan Khaira baik-baik saja. Dorang bukan budak kecil lagi. Jangan fikir sangat, ya? Nanti Khaira mesti telefon Humaira." Adam cuba memujuk isterinya.

Tasneem mengeluh kecil. Dia berharap Rayyan dan Khaira tidak apa-apa.




                               ••••••

Dua bagasi milik mereka dimasukkan ke dalam rumah papan yang kecil itu.

Mata Khaira memerhatikan keadaan rumah kecil itu yang kelihatan agak sederhana berbanding rumah banglo mereka sebelum ini.

Rayyan menarik perlahan tangan kecil isterinya supaya Khaira menghadap ke arahnya.

"Maafkan aku, sayang. Aku tak dapat berikan kau rumah yang selesa atau kehidupan yang mewah seperti sebelum ni. Aku perlu mula dari bawah , tapi aku akan berusaha sampai aku boleh bagi kau kehidupan yang macam sebelum niㅡ" kata-kata Rayyan terhenti apabila Khaira meletakkan jari telunjuknya di bibir Rayyan.

Rayyan memandang wajah isterinya menantikan apa yang ingin dikatakan oleh Khaira.

"Jangan cakap macam tu. Aku tak perlukan rumah yang besar atau kemewahan. Kebahagiaan bukan datang dari kemewahan tapi ianya atas diri kita sendiri. Aku bahagia dengan kau. Aku cuma perlukan kau dan anak kita. Aku janji, aku akan tolong kau dan jadi isteri yang baik." ujar Khaira sambil tersenyum.

"Terima kasih, sayang. Aku akan buktikan pada Papa yang aku tak salah pilih isteri." Rayyan mengucup dahi Khaira.

Pinggang Rayyan dipeluk erat.

"Abang, jom kita tidur. Esok abang nak mula kerja baru. Abang bukan kerja di pejabat lagi dah, abang perlu gunakan tenaga yang banyak jadi rehat secukupnya ya." kata Khaira.

Dahi Rayyan berkerut.

"Abang?" Rayyan meleraikan pelukan dan dia memandang wajah isterinya dengan penuh tanda tanya.

"kenapa? Salah ke Khaira panggil Abang? Tak suka?" duga Khaira dengan pandangan sayu.

"Mestilah suka. Abang suka Khaira panggil abang, seksi." Rayyan mengenyitkan matanya.

"Nakal abang ni. Jomlah, tidur." Khaira menarik Rayyan masuk ke dalam bilik tidur mereka yang kecil.




                             ••••••••

Wajah Syafiq dijeling tajam. Syalili naik rimas dengan perangai Syafiq yang asyik mendesaknya agar dia membantu Syafiq untuk mendapatkan Tasneem.

"Apa lagi yang kau nak ni, Syafiq?! Boleh tak jangan ganggu hidup aku lagi? Aku rimas!" bentak Syalili.

"Hahahaha! Aku? Aku ganggu kau? Aku cuma nak tuntut janji kau. Mana janji kau dulu yang kononnya akan tolong aku dapatkan Humaira. Kau dah lupa janji kau? Atau kau buat-buat lupa?" Syafiq tersenyum sinis.

"Sudahlah tu, Syafiq Haikal! Kau sedar tak dia tu kakak ipar kau? Dia bahagia dengan suami dia, abang kau. Dorang dah ada anak pun, kenapa kau masih nakkan dia? Ramai lagi perempuan dalam dunia ni. Jangan ganggu dia lagi!" Syalili sudah mati akal untuk menghalang Syafiq meneruskan niatnya untuk merampas Tasneem daripada Adam.

Sudah seminggu dia asyik mendesak Syalili untuk meneruskan rancangan itu.

"Kau tak payah berpura-puralah, Syalili. Aku tahu kau masih simpan dendam, kau masih nakkan Adam. Tak payah berselindung lagi. Mungkin kau boleh tipu orang lain, tapi kau tak boleh tipu aku." ujar Syafiq sinis.

"Tak boleh ke kau biarkan aku mula hidup yang baru? Kenapa mesti kau ganggu hidup aku dan paksa aku tolong kau dapatkan Humaira? Kalau kau nak sangat dia, kau berusaha sendiri. Jangan minta tolong atau ganggu hidup aku!" herdik Syalili geram.

Syafiq ketawa mengejek.

"kau merayu sebanyak mana sekalipun, aku takkan berhenti desak kau. Janji tetap janji." Pipi Syalili dicuit lalu Syafiq terus pergi meninggalkan Syalili disitu.

Syalili merengus geram.

"Tak guna!"

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now