🍁 S e m b i l a n b e l a s

4.6K 286 17
                                    

Adam duduk termenung di luar wad kecemasan.

Lumpuh?

Perkahwinan mereka hanya berbaki seminggu saja lagi dan Tasneem kemalangan.

Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

Gaun Tasneem disabotaj dan Tasneem kemalangan.

"Tak mungkinlah" Hati Adam mula resah lagi.

Adakah semua yang terjadi pada Tasneem berpunca dari dirinya sendiri?

Mungkinkah salah dia kerana mengabaikan mesej ugutan itu tapi macam mana kalau mesej ugutan tersebut hanya penipuan semata-mata.

Jika dia tuduh wanita itu melulu , ianya akan jadi satu fitnah kalau tuduhannya tak betul.

Adam buntu.

Nampaknya, perkahwinan mereka perlu ditangguhkan

atau,

dibatalkan demi keselamatan Tasneem.

Datin Syahida dan Aisya keluar dari wad kecemasan dengan perasaan yang sebak.

"Adam tak nak masuk melawat Tasneem?" soal Datin Syahida lembut.

Adam tidak menjawab malah dia terus bangun dan masuk ke dalam wad kecemasan untuk melawat Tasneem.

"Pasti semua ni sukar untuk Adam. Perkahwinan mereka berbaki lagi seminggu tapi Tasneem koma." ujar Puan Aisya.

"Tak apa, Adam seorang yang tabah. Dia pasti boleh lalui semua ni dengan tenang." kata Datin Syahida.










Adam berdiri di sebelah Tasneem. Wajah Tasneem yang pucat dipandang sayu.

Melihat keadaan Tasneem begitu, dia rasa bersalah.

"Humaira, maafkan saya. Ini semua salah saya, kalau saya tak abaikan mesej tu mungkin Humaira tak akan jadi macam ni." Air mata yang mengalir diseka.

"bukan, sepatutnya kita tak berjumpa daripada mula lagi. Jadi, Humaira boleh teruskan hidup tanpa ada gangguan dan Humaira tak akan terlantar macam sekarang ni."

Satu keluhan berat dilepaskan.

"Demi keselamatan Humaira, mari kita putuskan pertunangan kita dan Adam nak Humaira hidup bahagia. Teruskan minat Humaira, lupakan Adam. Anggap kita tak pernah kenal." Adam tersenyum lemah.

Cincin pertunangan yang tersarung di jari manisnya ditanggalkan. Hanya tinggal cincin yang setia tersemat di jari manis Tasneem yang perlu ditanggalkan.

"Bila Humaira dah sedar nanti, jangan cari Adam. Teruskan hidup Humaira dengan bahagia seperti sebelum ini. Tapi, Adam nak Humaira jaga diri baik-baik. Semoga Humaira bertemu dengan lelaki yang lebih baik."

"Di hadapan Humaira, Adam bersumpah. Demi Allah Adam cintakan Humaira. Assalamualaikum."

Adam terus melangkah keluar dari wad kecemasan. Kelopak mata Humaira yang masih terpejam rapat dibasahi air mata.







Dato' Azlan menghampiri Adam yang baru keluar dari wad kecemasan.

"Adam okay?" soal Dato' Azlan menyentuh bahu anak lelakinya itu.

Adam tidak menjawab. Dia hanya tersenyum lemah.

"Mama, boleh Adam minta tolong sesuatu?" pinta Adam.

"Tolong apa, sayang?"

"Tolong tanggalkan cincin pertunangan kami di jari Humaira. Adam nak putuskan pertunangan kami." Adam tersenyum nipis lalu dia terus pergi dari situ.

"ADAM HAIKAL!" Datin Syahida dengan yang lain terkejut mendengar permintaan Adam.

Secetek itukah pemikiran Adam Haikal?









                            ••••••••

Tasneem membuka mata perlahan-lahan dan memerhatikan sekeliling.

Semuanya putih. Dia terbaring di lantai tanpa beralaskan apa-apa pun.

Perlahan-lahan gadis itu bangun dan berdiri.

"siapa awak? Saya di mana?" Tasneem memerhatikan seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah dahan pokok yang tidak jauh darinya.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Adam?! Awak ke tu?" Tasneem cuba menghampiri lelaki itu namun bayangan lelaki itu hilang.

Kepala Tasneem tiba-tiba terasa sakit yang teramat sehinggakan dia jatuh rebah ke lantai semula.

"Tasneem Humaira"

satu suara memanggil nama Tasneem. Tasneem menoleh mencari pemilik suara itu.

Seorang wanita sedang berdiri di sebalik pokok.

"s--siapa awak?"

"Aku adalah diri kau. Bangunlah Tasneem Humaira."

Betul. Itu dirinya sendiri.

Dia menghampiri Tasneem.

"Bangunlah, Tasneem. Perjalan hidup kau masih lagi jauh. Kebahagiaan sedang menunggu kau. Kau tak boleh kalah. Seorang lelaki mengharapkan kau bangun dan teruskan hidup kau dengan bahagia."

"T--tapi, aku tak rasa aku sekuat itu untuk bangun dan teruskan hidup. Aku sakit. Terlalu sakit." Cecair jernih mengalir dari tubir matanya.

"Tidak. Kau kuat, Tasneem Humaira. Bangunlah. Ramai orang sedang mengharapkan kau sedar. Kau perlu bangun dan tahu tentang sesuatu."

"sesuatu?" Dahi Tasneem berkerut.

Tiba-tiba dia terdengar satu alunan suara sedang membaca surah yassin.

Dia memandang sekeliling tercari-cari suara itu.






A/N

Okay more update untuk semua shayang-shayang aii

Jangan lupa vote dan comment ya.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now