🍁62

3.6K 219 18
                                    

Kerusi ditarik lalu Adam menghenyakkan punggungnya di atas kerusi tersebut.

Dia terliur melihat makanan yang sudah terhidang di atas meja.

"Good morning, sayang." ucap Tasneem lalu dia menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Adam.

"Good morning, baby. Banyaknya sayang masak, siapa lagi nak datang ni?" soal Adam hairan melihat bermacam jenis makanan yang terhidang di atas meja.

"Tak ada sesiapa. Maira masak untuk abang. Abang kena makan banyak-banyak. Baru tiga hari tak makan masakan Maira tapi dah nampak cengkung." ujar Tasneem menunjukkan wajah simpatinya.

Adam tersenyum.

"Abang cengkung bukan sebab tak makan, tapi abang rindukan isteri kesayangan abang. Marilah kita makan sama-sama." Adam memandang Tasneem yang masih berdiri di depan sinki.

Tasneem akur. Langkahnya diatur ke meja makan kemudian dia mengambil tempat di sebelah suaminya.

Nasi goreng belacan kegemaran Adam dicedokkan ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Adam.

"Rindunya nasi goreng belacan yang Humaira masak." Adam tersenyum lebar. Maklumlah , duduk dengan isteri muda tak nampak makanan langsung. Harapkan Datin Syahida saja yang masak.

Tasneem menongkat dagu memandang suaminya yang sedang makan dengan berselera. Terbit rasa simpati melihat suaminya itu.

"Maira kejam sangat ke , abang? Maira tetap pentingkan diri sendiri walaupun Maira paksa abang kahwin dengan Syalili. Maira lebih kisahkan apa yang orang akan cakap pada Maira tanpa fikirkan perasaan abang pun. Maafkan Maira, abang."

"Sayang?"

"Huh? Ya, abang? Abang nak apa-apa ke?" teguran Adam menyedarkan Tasneem kembali ke dunia realiti.

"Tak. Kenapa termenung? Tak makan sekali?" soal Adam.

"Maira suka sangat tengok abang makan sampai lupa nak makan." Tasneem tersengih lalu nasi goreng belacan dicedokkan ke dalam pinggan untuknya.

Adam memandang isterinya dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"Humaira ada masalah ke?" Duga Adam.

"Tak ada apalah, abang. Makan cepat, dah nak dekat pukul 9 nanti abang lambat pergi kerja." ujar Tasneem cuba menukar topik.

Adam mereling jam ditangan.

"Oh yalah." Adam sambung makan tanpa mempedulikan apa yang mereka cakapkan sebentar tadi.



                              

                                •••••••

Pintu pejabat Adam diketuk.

"Masuk"

Daun pintu dikuak ke dalam. Tan Sri Kashaf tersenyum melihat menantunya yang sedang fokus membuat kerja. Pasti sukar untuk Adam memulihkan syarikatnya yang hampir muflis oleh kerana tindakan bodoh yang diambil olehnya.

"Tan Sri? Ada apa Tan Sri datang? Jemput duduk." Adam menanggalkan cermin matanya dan diletakkan di tepi komputer ribanya.

"Daddy datang ni ada hal nak dibincangkan." kata Tan Sri Kashaf.

"Sekejap. Airin, buatkan kopi untuk saya dan Tan Sri Kashaf." Arah Adam melalui interkom.

"baiklah, Tuan." jawab Airin.

Adam menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Sebuah fail diletakkan di atas meja.

"Fail apa ni, Tan Sri?" soal Adam.

"Daddy ada bagitahu Adam sebelum ni kalau Adam sanggup tolong Daddy, kita akan perbaharui kontrak. Adam ingat lagi?" Tan Sri Kashaf tersenyum.

"Pasal tu. Tan Sri, saya tolong sebab isteri saya yang suruh. Kalau bukan sebab dia, saya takkan kahwini Syalili." tutur Adam dengan sejujurnya.

"Ya, Daddy tahu. Anggaplah Daddy ikhlas tolong Adam untuk pulihkan syarikat ni. Daddy minta maaf, Adam." ujar Tan Sri Kashaf.

Adam hanya terdiam. Airin mengetuk pintu bilik Adam lalu dia meletakkan dua cawan kopi di atas meja.

"Terima kasih, Airin." ucap Adam.

"Sama-sama, Tuan." Airin terus keluar dari pejabat Adam.

"Daddy tahu Adam berkahwin dengan Syalili bukan atas dasar cinta tapi Daddy harap Adam boleh layan Syalili dengan baik dan didik dia jadi seorang isteri yang baik." sambung Tan Sri Kashaf.

"Saya perlukan masa, Tan Sri. Saya harap Tan Sri tak kecil hati. Saya hargai bantuan Tan Sri tapi saya tak boleh terus buat keputusan. Syarikat ni saya bangunkan dengan Rayyan dan dia masih tak boleh terima apa yang Tan Sri dah buat." jelas Adam.

"Daddy faham. Ambil masa kamu selama yang kamu mahu. Daddy takkan ubah fikiran tentang kontrak ni. Bila-bila masa pun Daddy akan terima bila kamu dah bersedia untuk bekerjasama dengan Mega Holding lagi." kata Tan Sri Kashaf.

"Baiklah, Tan Sri. Terima kasih."





                              ••••••

Khaira mengambil tempat di sebelah Rayyan yang sedang khusyuk bermain game di dalam telefon bimbitnya.

"Rayyan, aku bosanlah." rungut Khaira.

"Kau nampak macam aku kisah ke?" selamba Rayyan berkata sambil matanya tak lekang memandang skrin telefon.

Khaira mencebik. Telefon bimbit Rayyan dirampas.

"Khaira! Pulangkan telefon aku. Nanti aku tak dapat ayam golek tu!" rengek Rayyan cuba mencapai telefonnya.

"Tak cukup ke aku masakkan untuk kau selama ni? Bukan setakat ayam goreng, udang, sotong, kepala ikan, kepala ikan todak pun aku masakkan untuk kau. Tak cukup lagi ke?!" herdik Khaira.

Rayyan mencebik. Malas nak melawan, tetap juga Khaira yang menang.

"Habis tu kau nak aku buat apa, Khaira? Main kejar-kejar dengan kau?"

"Jom pergi hiking , nak?" cadang Khaira.

"hiking? hiking kat mana? Busut belakang rumah tu?"

"Aku serius ni, Rayyan. Jomlah, bawa aku pergi hiking. Aku bosan. Kau asyik main game aje tak nak layan aku, dah tu aku nak buat apa? Jomlah Rayyan." rayu Khaira sambil menggoncang lengan suaminya.

"Aku malas. Kau pergilah sorang, aku izinkan." Telefonnya diambil semula dari tangan Khaira.

"Haris Rayyan!" jerit Khaira.

"Bisinglah, Khaira." Rayyan tidak menghiraukan Khaira.

"Abang~ Jomlah, Khaira nak pergi hiking. Bolehlah, please?" Khaira memeluk leher Rayyan lalu wajahnya mula menempel di dada Rayyan sambil matanya dibulatkan menayangkan kecomelannya.

Rayyan merenung isterinya yang dari tadi tak habis-habis merengek.

"Kau nak ajak aku pergi hiking ke masuk bilik, Khaira?"

"Kau ni apasal pervert sangat eh? Aku tumbuk muka kau kang!" Khaira melepaskan pelukan di leher Rayyan.

Rayyan tersengih. Tak sah kalau tak mengusik.

"Okay, kita pergi hiking ya baby? Pergilah bersiap, takkan kau nak pakai jubah mandi pergi hiking? Kau nak goda aku atas bukit ke? Betis kau dahlah putih melepak, aku lapah kang buat masak kurma." kata Rayyan tanpa memandang Khaira.

"Yeay!!" Khaira menjerit keriangan lalu dia berlari naik ke bilik untuk menukar pakaian.

"Jangan pakai lawa-lawa, nanti lelaki lain pandang. Aku cemburu!" jerit Rayyan.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now