🍁38

4.5K 277 114
                                    

Puan Aisya mengusap lembut belakang Tasneem untuk menenangkan anak tunggalnya itu.

"Shh .. Aneem tak sengaja kan? Jangan nangis." Kata Puan Aisya cuba memujuk Tasneem.

Adam rasa bersalah. Sepatutnya dia perlu bagitahu Tasneem dari awal lagi.

"Kenapa Syafiq balik tak bagitahu Papa, Mama dengan abang?" soal Dato' Azran dingin.

Bukan dia tak gembira dengan kepulangan anak keduanya itu tapi kepulangan mengejutnya dah mendatangkan masalah.

"Adam pun satu, kenapa tak bagitahu Humaira? Dah lama Adam cakap nak bagitahu Humaira, tengoklah apa dah jadi sekarang!" Datin Syahida pula bersuara.

Esakkan halus masih lagi kedengaran. Kecewa bercampur malu.

Sudahlah dia kecewa dengan Adam, sekarang dia malu kerana tersalah peluk orang lain.

Mujur saja Khaira cepat menariknya sebaik dia melihat wajah lelaki itu yang kebingungan. Takkanlah Adam tak kenal isteri sendiri pula.

"Syafiq saja nak buat surprise. Tak sangka pula isteri abang fikir Syafiq ni Adam." jelas Syafiq.

"Takpe la, bukan salah Syafiq pun. Salah Adam sebab tak bagitahu Humaira cerita yang sebenarnya." Adam mengeluh.

Dia menghampiri Tasneem yang masih menangis di dalam pelukan Puan Aisya.

"Humaira, abang minta maaf sebab tak bagitahu pasal ni. Maafkan abang ya, sayang?" tangan kecil Tasneem diusap lembut.

Tasneem terus memeluk tubuh Adam. Dia sambung menangis di dalam pelukan Adam. Cengengnya lahai~ Isteri siapa la ni ..

"Maira minta maaf, Maira tak ada niat nak peluk lelaki lain." gumamnya perlahan.

Adam tersenyum.

"Takpe, bukan salah Humaira." Kepala Tasneem diusap lembut.

Syafiq tersengih memandang abang dan kakak iparnya.

"Kakak, maafkan Syafiq ya?" pintanya.

Tasneem memandang Syafiq. Wajahnya membahang. Sekali pandang memang seiras Adam, tapi kalau tengok betul-betul antara Adam dan Syafiq, Jungkook lagi handsome. Eh?

Mestilah Adam lagi kacak berbanding Syafiq.

"Bukan salah awak pun. Maaf sebab peluk awak." perlahan saja Tasneem bersuara.

"Comel la isteri Adam ni." puji Syafiq. Bertambah merah wajah Tasneem.

Datin Syahida mencubit lengan Syafiq.

"Auch! Sakitlah ma .." Rengeknya.

"Janganlah mengusik kakak ipar kamu. Dia tu pemalu. Tunggu kamu mama kerjakan sekejap lagi! Nak balik bukan reti bagitahu orang. Main redah aje!" bebel Datin Syahida.

"Orang balik pun salah." Syafiq mencebik.





                            •••••••

Khaira merenung tajam ke arah Rayyan yang sedang duduk di sebelah Adam.

Dia menikus ketakutan melihat Khaira yang sudah berapi.

"Kau!!" Khaira bangun menghampiri Rayyan.

"Please!! Jangan pukul aku, aku tahu aku salah. Aku minta maaf." rayunya sambil bersembunyi di belakang Adam.

"Kau ni memang tak gunalah, Rayyan. Nasib baik kau ni anak orang, kalau anak beruang dah lama aku lanyak kau dengan lori pasir!" Khaira merengus kasar.

"Adam, tolonglah aku!" hujung baju Adam ditariknya.

"Belasah je la dia ni." selamba Adam berkata.

"Adam! sampai hati kau!" Rayyan berlari keliling rumah apabila Khaira mengejarnya.

"Rayyan! Berhenti! Sini kau!!" jerit Khaira.

"Abang, Maira nak pergi tengok Burn The Stage The Movie. Tiket tu dah jual harini. Boleh belikan untuk Maira?" pinta Tasneem sambil membuat muka simpati.

"Okay , sekejap lagi abang belikan ya?" Kepala Tasneem diusap lembut.







                               ••••••

Adam menggaru kepalanya yang tak gatal. Puas dia cuba membeli tiket Burn The Stage The Movie melalui sistem online. Tapi laman GSC asyik crash.

Tasneem pula dah mula nak mengamuk bila dia dapat tahu tiket dah habis dijual dalam masa 20 minit sahaja.

"Abang, dah dapat ke belum?" soal Tasneem memandang wajah Adam.

"Sorry sayang, dari tadi asyik crash. Abang dah cuba." jawab Adam serba salah.

Mood apa pula nak keluar ni.

Dia memandang wajah isterinya yang dah berkaca. Ah sudah!

"Abang akan cuba lagi, ya?" pujuk Adam.

"Tiket dah sold out, abang!" Tasneem dah tersebik-sebik.

Adam memeluk tubuh isterinya.

"Takpe, nanti abang belikan album latest untuk sayang ya?" Adam cuba memujuk lagi.

"Taknak! Maira nak tengok Burn The Stage!!" rengeknya.

Mata rabak lagilah ni pergi kerja esok. Sesi memujuk bakal bermula lagi.

Tasneem, Tasneem~ Selagi tak dapat apa yang dia nak, asyik nak mengamuk aje.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz