🍁84

4.3K 205 28
                                    

Pintu bilik wad Tasneem tiba-tiba ditolak kasar.

"Tunggu dulu!" jerit seorang wanita. Semua mata memandang ke arahnya.

"Tunggu! Khaira nak jumpa Tasneem buat kali terakhir." ujar Khaira sayu.

"Baiklah." Adam memberi kebenaran kepada Khaira untuk berjumpa dengan sahabat baiknya buat kali terakhir.

Perlahan-lahan Khaira mengatur langkah menghampiri Tasneem yang terbaring kaku di atas katil.

"Tasneem, kau betul-betul nak tinggalkan aku ke? Sanggup kau, Tasneem. Aku dah tak ada sesiapa, Rayyan nak ceraikan aku. Banyak benda aku nak mengadu dekat kau! Janganlah tinggalkan aku! Tasneem Humaira!!" Khaira meraung seperti orang hilang akal. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Dia sudah kehilangan anaknya, Rayyan pula mahu menceraikannya dan kini sahabat baiknya pula ingin pergi meninggalkannya.

"Khaira" Puan Aisya menyentuh bahu Khaira untuk cuba memujuk wanita itu. Dia juga sudah menganggap Khaira seperti anaknya sendiri.

"Tasneem Humaira! Jangan tinggalkan aku, aku merayu!" Khaira membenamkan wajahnya di bahu Tasneem.

"Sabar Khaira, kita kena redha dengan ketentuan takdir. Kita tak boleh terus siksa Tasneem." kata Puan Aisya.

Tiba-tiba dada Tasneem berombak seolah-olah nafasnya sedang tersekat-sekat.

Semua orang menggelabah melihat keadaan Tasneem.

"Sayang! Sayang!" Adam menghampiri isterinya yang sedang mencari nafas.

"Kamu semua tolong keluar sebentar!" Arah Doktor tersebut.

Mereka semua mengikut arahan dan menunggu di luar bilik wad.







                               •••••••

Khaira termenung sendirian di tepi jendela. Dia merindui suaminya yang tak pernah lagi datang untuk menjemputnya pulang.

Rayyan berkeras ingin menceraikan Khaira namun Khaira sanggup berjauhan dengannya agar mereka tak perlu bercerai.

Puan Kaisara mengetuk pintu bilik Khaira namun Khaira tidak menyahut.

"Khaira sayang" panggil Puan Kaisara. Khaira tetap juga begitu.

"Sudah berapa hari Khaira tak makan, Mama risaulah. Nanti Khaira jatuh sakit. Muka Khaira pun dah pucat sangat, janganlah siksa diri." Puan Kaisara memberi nasihat buat anak tunggalnya.

Khaira hanya menggeleng.

Jauh di sudut hati Puan Kaisara, dia rasa bersalah sangat kerana menyuruh Rayyan untuk menceraikan Khaira. Dia sudah hancurkan kebahagiaan anaknya sendiri. 

Kedua-dua belah tangan Khaira dipegang erat.

"Maafkan, Mama. Ini semua salah Mama. Bukan kehendak Rayyan untuk ceraikan Khaira tapi Mama yang suruh. Mama cakap pada dia kalau keguguran Khaira itu disebabkan oleh Tan Sri Kamal, Mama minta dia ceraikan Khaira. Tapi Mama buat macam tu sebab Mama tak sanggup tengok Khaira menderita lagi, sayang." jelas Puan Kaisara penuh penyesalan.

Khaira terus merenung tajam wajah ibunya. Dia tidak menyangka ibunya sanggup berbuat begitu.

"Sampai hati Mama! Mama tahu kan Khaira sayang Rayyan seperti nyawa Khaira sendiri? Kenapa Mama sanggup buat Khaira macam ni? Mama memang nak musnahkan hidup anak Mama sendiri ke?" hatinya sakit mendengar pengakuan ibunya.

"Mama tak ada niat nak musnahkan hidup anak Mama sendiri tapi Mama tak suka Tan Sri Kamal layan Khaira macam tu. Tan Sri Kamal kejam, dia bertindak untuk menghukum orang lain seolah-olah dia tak ada dosa langsung! Hati ibu mana yang tak sakit bila tahu satu-satunya anak yang dikandung dan dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh tiba-tiba dilayan dengan teruk macam tu!" Puan Kaisara masih dengan pendiriannya.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now