🍁34

4.9K 293 96
                                    

Dato' Khalif dan Pak Man menekap kedua telinga mereka dengan telapak tangan.

Tak sanggup merosakkan gegendang telinga mereka mendengar jeritan Tasneem.

"Abang!!" jerit Tasneem ditemani air mata.

Ini baru je dia mengamuk sebab Adam tak ada di sebelah dia, kalau nak melahirkan nanti tak tahulah. Maunya pecah kepala doktor dan jururawat dalam labour room tu.

"Tasneem Humaira! Janganlah macam ni. Kesian Adam tu penat melayan karenah kamu!" bebel Puan Aisya. Tidak faham dengan perangai anaknya itu.

"Puan Humaira sabar ya, Mak Senah dah call Encik Adam." kata Mak Senah sambil mengusap bahu Tasneem.

"Maira nak abang Adam! Kenapa abang Adam tinggalkan Maira?" terhinjut-hinjut bahunya menangis tersedu sedan.

"Kenapa Aneem mengada sangat ni? Sampaikan Adam nak pergi kerja pun tak boleh. Kalau Adam tak pergi kerja cari nafkah, siapa lagi? Aneem nak hulur duit untuk makan?" bebel Puan Aisya lagi sambil mencekak pinggang.

Loceng pintu kedengaran. Mak Senah segera berlari anak untuk membuka pintu.

Adam berdiri di hadapan pintu.

"Assalamualaikum." Adam memberi salam.

"Abang!" Tangisan Tasneem membingitkan keadaan sekali lagi.

Adam terus berlari mendapatkan isterinya. Mujur saja rumah dan tempat kerjanya dekat, dengan segera dia tinggalkan pejabat setelah mendapat panggilan dari Mak Senah.
"Abang ada ni, sayang. Shh .." Adam memujuk Tasneem sambil memeluk erat tubuh kecil isterinya.

"Kenapa abang tinggalkan Maira? Abang jahat!" Air matanya sudah lencun di pipi. Wajahnya dibenamkan pada bahu Adam. Leher lelaki itu dipeluk erat.

"Abang pergi kerja,sayang. Abang bukan tinggalkan Humaira. Kita naik bilik ya." tubuh Tasneem dicempung.

"Ummi minta maaflah Adam sebab Adam terpaksa melayan karenah si Tasneem ni." kata Puan Aisya yang rasa bersalah.

Dia tidak tahu pula yang Tasneem akan jadi begitu.

"Tak apalah, ummi. Humaira kan isteri Adam. Kami naik dulu ya." Adam tersenyum nipis.



Adam membaringkan Tasneem di atas katil. Pipi Tasneem yang basah lencun dek air mata itu dielus lembut.

"Kenapa ni , sayang?" soal Adam lembut. Matanya memandang anak mata Tasneem sedalamnya.

Tasneem hanya menggeleng. Pelukan pada leher Adam dieratkan. Dia tidak mahu melepaskan suaminya itu walaupun sesaat.

Adam menepuk-nepuk belakang Tasneem perlahan. Rasa seperti mendodoi anak kecil.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Место, где живут истории. Откройте их для себя