🍁75

4.4K 236 20
                                    

"Sayang, jom pergi rumah Adam?" Rayyan memberi cadangan.

"rumah Adam? Kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke?" soal Khaira lalu dia memandang wajah suaminya.

"Mestilah. Harapan yang dah lama kau simpan walaupun Adam tu bukan suami kau." kata Rayyan dengan sedikit sindiran.

"Maksud kau? Aku tak faham." Dahi Khaira berkerut.

"Syalili musuh ketat kau tu dah jadi janda. Dia dan Adam dan selamat bercerai pagi tadi." beritahu Rayyan.

"What?! Wow! Akhirnya, aku tak perlu bersemuka dengan perempuan tu dah. Marilah, kita pergi rumah Adam." Khaira pula yang teruja.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya. Suka betul dengar orang bercerai.

Baru sahaja Khaira membuka pintu, matanya terbuntang luas.

'P A N G'

Satu tamparan hinggap di wajah Khaira.

"Papa! Apa Papa buat pada isteri Haris?!" herdik Rayyan lalu dia mendapatkan Khaira.

"Isteri? Jadi betullah kamu dah berkahwin dengan perempuan ni. Sanggup kamu kahwin tanpa pengetahuan Papa? Kamu nak malukan Papa ke, Haris?!" Tan Sri Kamal mencerlung tajam ke dalam anak mata Rayyan.

"Kalau ya pun, kenapa? Kalau Haris bagitahu Papa, Papa akan bersetuju? Papa akan benarkan? Tak, kan? Kami dah berkahwin dan sekarang Khaira tengah mengandung. Haris rasa dah tak ada apa-apa lagi Papa boleh buat untuk undurkan masa." Dada Rayyan berombak menahan api kemarahannya.

"Sejak kamu kenal perempuan ni, kamu selalu melawan cakap Papa! Kamu jadi semakin biadap sebab tu Papa halang kamu untuk berkahwin dengan dia." Dia menjeling Khaira.

"Macam yang Haris cakap tadi, kami dah berkahwin. Hidup kami bahagia dan kami bakal timang cahaya mata, cucu Papa. Apa lagi yang Papa boleh buat?"

"Anak dalam kandungan perempuan tu bukan cucu aku! Ceraikan dia, kahwin dengan anak kawan Papa. Kalau Haris tetap membantah, Papa akan buat syarikat yang kamu bina bersama Adam, musnah dalam sekelip mata saja. Kamu akan hilang segala-galanya, hiduplah dengan perempuan yang kamu cinta sangat ni!" ugut Tan Sri Kamal.

Rayyan tersenyum sinis.

"Papa fikir Haris takut dengan ugutan Papa? Papa fikir Haris akan ceraikan isteri Haris dan berkahwin dengan anak kawan Papa bila Papa ugut Haris macam tu?" soal Rayyan cuba mencabar kesabaran Tan Sri Kamal.

"Kamu jangan cabar Papa ya, Haris. Papa takkan cakap saja, Papa akan buat kamu jatuh tersungkur dan merayu di kaki Papa." tambah Tan Sri Kamal.

"Fine. Do what you want. I don't care, Pa. Haris tetap pilih Khaira. Biarlah kalau kamu terpaksa kehilangan segala-galanya pun, Khaira selama-lamanya akan jadi isteri Haris. Harta dan kekayaan langsung tak menjamin kebahagiaan. Mungkin Papa yang tak boleh hidup tanpa harta dan kekayaan Papa. Ingat Papa, Tuhan maha adil." ujar Rayyan sinis.

"Kamu memang betul-betul dah tekad nampaknya. Baiklah, pilihlah perempuan tu. Kamu pasti akan menyesal." Tan Sri Kamal terus beredar dari situ.

Rayyan memeluk Khaira seeratnya. Kali pertama dia melihat isterinya menangis ketakutan sebegitu sekali. Sungguh dia kasihan melihat Khaira di saat itu.

"Don't worry, baby. Aku ada." Dahi Khaira dikucup lembut.

"Rayyan, kau tak menyesal pilih aku?" soal Khaira sambil menangis teresak-esak di dalam pelukan Rayyan.

"Tak. Aku takkan sesekali menyesal dengan pilihan aku. Kau hanya untuk aku, selama-lamanya kau isteri aku. Tak ada sesiapa boleh gantikan tempat kau dihati aku. Aku sanggup hidup susah dengan kau asalkan kau tak pergi jauh dari hidup aku. Aku janji akan jaga kau sampai akhir hayat aku. Aku sayangkan kau, Khaira Hafnan." luah Rayyan dengan sepenuh hati.

"Terima kasih, Rayyan." Khaira semakin tenang.


                             •••••••

Adam melabuhkan punggung di sebelah Adani yang asyik memandang siling bilik.

"Anak babah tengok apa tu, sayang? Ada muka handsome babah ke kat siling tu?" soal Adam sambil mengelus lembut tangan kecil anaknya.

"Perasannya babah Dani ni." Tasneem menolak perlahan pipi suaminya.

"siapa yang perasan? Betul apa abang cakap, kalau abang tak handsome mesti Humaira tak nak dekat abang kan?" Adam mengangkat keningnya sambil memandang Tasneem.

"Maira dah hampir kahwin dengan Jungkook , tapi abang rampas Maira dari Jungkook. Maira dah terjatuh cinta dengan abang, nak buat macam mana lagi. Bukan sebab abang handsome." ujar Tasneem dengan nada mengusik.

"Tak habis-habis dengan Jungkook tu! Apa buruk sangat ke abang ni?" Adam berpura-pura merajuk.

Tasneem tersenyum. Dia menyandarkan kepalanya di dada Adam.

"Abang puas hati dengan keputusan abang?" soal Tasneem.

"Mestilah. Abang kejam sangat ke?" Adam menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Taklah. Maira yang kejam selama ni. Maira siksa hati abang , Maira bukan je dah siksa hati abang tapi Maira dah buat Syalili berharap pada abang." Tasneem mengeluh kecil.

"Semuanya dah selesai. Abang dan Syalili dah bercerai dengan cara baik. Abang harap lepas ni kita akan terus bahagia tanpa gangguan dari sesiapa lagi." kata Adam sambil bermain dengan rambut Tasneem.

"Insya Allah, abang."


                             •••••••

Syafiq ketawa sakan melihat keadaan bekas kakak iparnya itu. Entah apa yang lucu.

"Apa yang lawak, Syafiq?" soal Syalili pelik.

"Aku tak sangka kau yang minta Adam ceraikan kau. Betul ke Syalili Armeda ni? Kau dah jadi baik ke? Wah! Siap bertudung litup lagi." ketawanya masih bersisa.

"Aku dah penat berharap pada abang kau. Salah ke apa yang aku buat? Aku dah tak nak ganggu hidup dorang berdua." ujar Syalili.

"kau pasti kau tak ada agenda lain?" soal Syafiq berbaur sindiran.

"Sudahlah, Syafiq! Aku penat. Aku dah tak nak berharap pada sesiapa pun." Syalili menjeling Syafiq.

"Yang kau marah sangat ni dah kenapa? Kalau kau betul-betul dah tak ada apa-apa niat atau agenda lain, tak perlulah melenting." ujar Syafiq sinis.







A/N

Sorry dah lama tak update. Sis dah tamatkan zaman menganggur so busy sikit. Actually , dah lama sis simpan part ni dalam draft cuma tak sempat nak sambung and update. Enjoy❤

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora