Setelah pulang dari rumah Tasneem, Adam hanya duduk termenung di atas katil.
Dia masih memikirkan syarat yang diberi oleh Tasneem.
Syarat yang agak mudah tapi entahlah apa yang mengganggu fikirannya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"boleh mama masuk?" soal Datin Syahida.
"Masuklah, Ma." Adam membetulkan posisi duduknya.
Datin Syahida memulas tombol pintu. Tersembul wajah wanita 40-an itu dengan senyuman manis.
Langkah diatur menghampiri anak lelakinya itu.
"Tengah fikirkan apa? Tasneem Humaira?" soal Datin Syahida lagi sambil menghenyakkan punggungnya di atas sofa di sebelah Adam.
"Em, tengah fikir pasal dia." Adam tersenyum kelat.
"Mama rasa ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak mama ni. Tadi pergi mana tergesa-gesa dengan pakai kain pelikat?" wajah kacak anak lelakinya ditatap penuh tanda tanya.
"Jumpa Humaira. Ada benda nak dibincangkan katanya. Dia setuju untuk berkahwin dengan Adam .."
"Yeke? Alhamdulillah. Tak lama lagi mama nak dapat menantu dah, then boleh la mama minta cucu kan?" Datin Syahida sangat teruja.
"Ish! Ke situ pula mama ni. Humaira ada bagi tiga syarat pada Adam. Kalau Adam setuju dengan syarat dia , dia pun setuju." ujar Adam.
"syarat? Susah sangat ke syarat yang dia bagi?" Dahi Datin Syahida berkerut.
"bagi Adam tak susah cuma Adam fikir apa yang akan jadi di kemudian hari."
"apa syaratnya?"
"Pertama, Adam tak boleh halang dia dari terus minat Jungkook kesayangan dia tu. Kedua, dia tak nak berhenti belajar bila dah kahwin nanti. Ketiga, dia cakap dia tak pandai uruskan rumah tangga tapi dia nak Adam terima dia seadanya." jelas Adam panjang lebar.
"jadi, apa masalahnya? Mudah je kan syarat dia?"
YOU ARE READING
Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)
FanfictionAdam Haikal, lelaki berusia 26 tahun terpaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 20 tahun yang terlalu meminati Kpop. Tujuan ibubapa Adam meminta Adam mengahwini Tasneem Humaira adalah kerana permintaan ibubapa Tasneem. Mereka tahu Adam mampu m...