🍁52

3.7K 222 17
                                    

Syalili hanya memerhatikan susuk tubuh seorang lelaki yang sedang meluru ke arahnya dengan wajah yang bengis.

Takut? Dia tak ada rasa takut terhadap lelaki itu.

"Kau dah buat kerja gila, Syalili! Apa kau nak buat kalau apa-apa terjadi pada Humaira dan anak dia?!" herdik Syafiq.

Syalili tersenyum sinis. Wajah Syafiq dipandangnya. Walaupun wajah Syafiq agak seiras dengan Adam, namun hatinya tetap memilih Adam.

Tidak pernah terbit rasa cinta sedikit pun dihatinya terhadap Syafiq Haikal. Apa yang dia mahu hanyalah Adam. Dia pasti Syafiq dapat membantunya.

"Kenapa? Kau takut wanita pujaan kau mati?" ujar Syalili sinis.

"Aku takkan maafkan kau kalau apa-apa jadi pada Humaira!" ugut Syafiq dengan suara yang bergetar menahan kemarahannya.

"Well, now you still can forgive me. She's fine, her baby too. Don't worry, aku tak kejamlah sampai nak bunuh dia. Aku tak target dia, aku cuma nakkan Adam." Syalili menepuk lembut bahu Syafiq.

"Kalau kau betul nakkan Adam, jangan sesekali libatkan Humaira. Calar sikit je lengan dia, aku bunuh kau!" Syafiq memberi amaran dengan anak mata yang tajam.

Meletus tawa Syalili mendengar amaran Syafiq.

"Sayang betul kau dengan kakak ipar kau tu. Jangan risau, nanti dia akan jadi milik kau juga tapi kau kena tolong aku dapat Adam dulu. Faham?"

Syafiq mendengus kasar. Sungguh dia tidak faham apa yang Syalili ni gilakan sangat abangnya itu.

Tapi, tak kurang juga dia yang menggilai isteri abangnya sendiri. Namun, dia sendiri tidak sanggup melihat rumahtangga abangnya musnah disebabkan Syalili.

Kelibat Syalili yang berlalu pergi hanya dipandang dengan ekor matanya.

"Perempuan tu! Selagi tak dapat apa yang dia nak, dia tak akan duduk diam. Aku perlu selamatkan Humaira sebelum apa-apa berlaku." ujar Syafiq sambil mengepal penumbuknya.




                             •••••••••

Tasneem hanya duduk termenung memandang ke luar jendela. Bayangan Adam yang mencempung tubuh Syalili tempoh hari masih bermain di fikirannya seperti dvd yang telah rosak.

Pada masa yang sama, dia rasa takut. Takut untuk kehilangan Adam. Adakah Adam akan berubah hati suatu hari nanti? Adakah Adam akan meninggalkan dia sendirian dan pergi kepada Syalili?

Tapi, saat ini egonya terlalu tinggi untuk mengakui yang dia sangat takut kehilangan Adam.

Adam yang sedang berdiri di hujung katil langsung tak dipandangnya.

"Sayang, abang minta maaf." pinta Adam lembut.

Sesungguhnya Tasneem sudah muak mendengar perkataan maaf yang keluar daripada mulut Adam. Entah berapa ratus kali sudah lelaki itu mengungkapkan kata maaf.

"Sudah-sudahlah dengan kata maaf awak tu. Saya dah muak." lembut saja Tasneem berbicara namun cukup itu membuatkan hati Adam terguris.

"kalau abang nak kahwin dengan Syalili, saya izinkan." tambah Tasneem. Mulut kata lain, hati kata lain. Mulut mengizinkan, hati berharap agar Adam tidak mengambil serius kata-katanya.

"Tasneem Humaira!" suara Adam naik seoktaf. Sungguh dia terkilan dengan apa yang Tasneem katakan.

Tasneem memandang wajah suaminya. Air mata ditahan, dia tidak mahu dirinya nampak lemah walaupun pada hakikatnya dirinya terlalu lemah saat itu. Semakin lemah apabila dia mengeluarkan kata-kata yang dia tak maksudkan.

"Kalau abang kisahkan sangat pasal Syalili , abang kahwin dengan dia. Dia terlalu cintakan abang, jangan risaukan saya. Saya boleh jaga diri sendiri. Adani pun tak perlukan ayah macam abangㅡ"

'P A N G'

Kerana mulut, badan binasa.

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Tasneem. Adam mungkir janji. Sekali lagi dia telah naik tangan di wajah isterinya.

Kesabarannya sudah habis batasnya.

"Jaga kata-kata awak, Tasneem Humaira. Saya suami awak." tenang nada Adam berbicara namun hatinya yang sakit hanya Tuhan yang tahu.

Isterinya sudah melampau.

"Awak fikir kalau saya kahwin dengan dia, masalah boleh selesai? Fikir sebelum bercakap. Tolong sedar, kata-kata kosong awak tu tak boleh menyelesaikan masalah pun." tambah Adam.

Esak tangis Tasneem semakin kuat kedengaran. Pipinya yang sakit ditampar oleh Adam dipegangnya.

"CERAIKAN SAYA!" jerit Tasneem.

Kesabaran Adam makin tercabar, tangannya terus naik ingin menampar wajah Tasneem sekali lagi.

"ADAM!" jeritan seseorang membuatkan tindakan Adam terbatas.

Dia menoleh memandang tuan empunya suara.

'B U K'

Satu tumbukan dilayangkan ke wajah Adam membuatkan Adam jatuh tersungkur.

"Syafiq!" Tasneem terkejut dengan kehadiran Syafiq yang tiba-tiba terus menghentam Adam.

"Apa yang kau cuba buat ni, Syafiq?!"  Adam merenung wajah Syafiq.

"Aku tak sangka kau ni dayus, Adam. Aku fikir kau seorang suami yang baik dan tak pernah pukul isteri kau. Aku salah. Kau lagi teruk dari aku sebenarnya!" herdik Syafiq.

Kolar baju Adam dicengkam lalu satu lagi tumbukan dilayangkan ke wajah Adam.

"Sudah! Syafiq jangan pukul Adam!" jerit Tasneem cuba meleraikan pergaduhan itu.

Adam tidak kalah, dia membalas tumbukan Syafiq sehingga adiknya itu tersembam ke lantai.

"Ini hal rumahtangga aku, kau jangan sesekali masuk campur!" tengking Adam. Darah yang mengalir di hujung bibirnya dikesat.

Syafiq tersenyum sinis.

"Jadi, kau nak aku duduk dan lihat je apa yang kau buat pada Humaira? Kau fikir aku akan berdiam diri ke? Baik kau lepaskan Humaira daripada kau cuba seksa hidup dia!" ujar Syafiq.

Adam terdiam tak berkutik.

"Adam! Apa yang terjadi ni? Syafiq?" Rayyan yang baru muncul terkejut melihat bilik wad Tasneem yang berselerak. Matanya beralih ke wajah Adam dan Syafiq yang masing-masing sudah calar.

Khaira turut terkejut melihat situasi itu. Dia terus menuju ke arah Tasneem yang sudah menangis ketakutan di atas katil. Tubuh Tasneem dipeluknya.

"Apa yang korang berdua buat ni? Ada otak ke tak? Mental seorang pesakit boleh jadi semakin lemah bila korang bergaduh depan dia. Korang ni bodoh atau buat-buat bodoh? Adam Haikal! Kau nak isteri kau takut dengan kau sampai satu tahap dia dah tak boleh dekat dengan kau? Kau nak jadi suami yang bodoh ke?" Khaira merenung tajam wajah dua beradik itu.

"Kau, Syafiq! Kau nak aku pula ke yang hentam kepala kau? Apa bodoh sangat kau ni datang terus cari gaduh? Bodoh tu simpan sikit, kau fikir bodoh tu free jadi kau boleh kaut semuanya sorang! Jangan sampai korang berdua, aku larang dari berjumpa Tasneem." tambah Khaira.

Kedua mereka termasuk Rayyan terdiam mendengar kata-kata Khaira.

"Tunggu apa lagi? Keluar." arah Khaira dingin.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)On viuen les histories. Descobreix ara