🍁 D u a p u l u h t i g a

4.8K 292 31
                                    

Dato' Khalif membaringkan Tasneem di atas katil.

Mak Jah berdiri di hujung katil, sebak melihat keadaan anak majikannya.

"Mak Jah, janganlah nangis. Aneem okaylah. Meh sini, Aneem rindu nak peluk Mak Jah." Tangannya didepakan mengharap wanita itu datang kepadanya.

"Mak Jah pun rindukan Aneem." Mak Jah memeluk tubuh kecil Tasneem seeratnya.

"Aneem rehat ya, sayang? Mak Jah, sekejap lagi buatkan bubur untuk Tasneem. Pukul 2 nanti dia kena makan ubat." ujar Puan Aisya.

"Baik, Puan." Mak Jah mengangguk faham.

"Aneem kalau nak apa-apa, panggil abah dan ummi ya." Dato' Khalif mengucup dahi anak perempuannya.

Tasneem Humaira hanya tersenyum dan mengangguk faham.

Setelah semua orang beredar dari biliknya, Tasneem menyandar pada kepala katil. Matanya menangkap sehelai gaun pengantin yang tersangkut di pintu almari.

Hatinya sakit. Terlalu sakit.

Setelah dia membukakan pintu hatinya untuk Adam, lelaki itu hancurkan hatinya.

Saat paling menyakitkan apabila Adam memutuskan pertunangan mereka sewaktu dirinya sedang bertarung nyawa untuk bangkit demi lelaki itu.

Apa guna lagi gaun itu disimpan. Gaun yang menjadi tatapan matanya itu sangat menyakitkan.

Namun, dia tidak mampu untuk bangun dan membuang gaun itu.

Tanpa dia sedari, air matanya mengalir laju membasahi pipi.

"Awak kejam, Adam! Sanggup awak hancurkan hati saya yang sentiasa berusaha untuk menerima awak." Dadanya dipukul perlahan.

Tangisannya tidak dapat dibendung lagi.








                           •••••••••••

Puan Aisya menyeka air matanya yang mengalir.

"Kalau saya tahu Adam akan hancurkan hati anak kita, saya takkan paksa Tasneem untuk terima dia." Puan Aisya mengucapkan kata kesal.

Sungguh dia menyesal. Hatinya sakit melihat anaknya menangis kerana lelaki yang dia harapkan dapat mengubah sikap Tasneem.

Ya, Tasneem berubah. Berubah menjadi seorang gadis yang lemah. Lemah kerana hatinya dihancurkan oleh lelaki yang disangkanya ikhlas.

"janganlah fikir macam tu. Kita tak tahu sebab apa Adam putuskan pertunangan mereka. Jangan terus berburuk sangka." Pujuk Dato' Khalif.

Bukannya dia tak marah bila Adam berbuat demikian tetapi dia cuba fikir positif. Mungkin Adam ada sebab tertentu.

"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam.

Dato' Khalif dan Puan Aisya memandang ke arah pintu yang terbuka.

Hati Puan Aisya begitu sakit melihat wajah mereka.

"Nak apa lagi Dato' dan Datin datang? Adam dan Tasneem dah tak ada apa-apa. Kita dah tak ada apa-apa untuk dibincangkan." Puan Aisya memalingkan wajahnya ke arah lain.

Datin Syahida tertunduk memandang lantai. Puan Aisya nampak begitu marah dengan kehadiran mereka berdua.

Dia tahu Adam salah kerana membuat keputusan melulu.

"Aisya, janganlah cakap macam tu. Mereka datang pasti ada sesuatu yang nak dicakapkan. Maafkan saya bagi pihak isteri saya ya, Dato' dan Datin. Jemput duduk." ujar Dato' Khalif.

Mereka semua melabuhkan punggung di atas sofa.

"Kami datang nak minta maaf pada awak berdua. Kami tahu Adam dah hancurkan hati Humaira. Tapi, Adam dah bagitahu kami sebab dia putuskan pertunangan mereka." kata Dato' Azran.

"Alasan apa pula kali ni? Tempoh hari dia langsung tak bagitahu apa alasannya, dia hanya minta maaf dan terus pergi. Sekarang apa?" soal Puan Aisya dingin.

"Aisya! Cuba bawa bertenang. Teruskan, Dato'" sampuk Dato' Khalif.

"Takpe, kami faham perasaan Puan Aisya. Sebenarnya, hari yang Humaira hampir kemalangan tu Adam dapat satu mesej ugutan daripada seorang perempuan yang tak dikenali. Dia ugut nak cederakan Humaira kalau perkahwinan ni diteruskan tapi Adam cuba abaikan mesej tu. Adam rasa bersalah bila Humaira jadi macam ni, dia rasa ini semua salah dia sebab abaikan mesej tu." terang Dato' Azran panjang lebar.

"Ya, itulah yang dia ceritakan pada kami. Kami minta maaf sangat-sangat bagi pihak Adam." sampuk Datin Syahida.

Puan Aisya hanya diam membisu. Betul, dia tidak patut berburuk sangka terhadap Adam Haikal.

"Begitu ke? Barulah kami faham. Terima kasih sebab jelaskan pada kami. Kami tak sangka pula Adam dapat mesej ugutan. Kami tak salahkan Adam , ini semua sudah ditentukan. Pasti ada hikmah disebaliknya." tutur Dato' Khalif tenang.

Salah faham diantara mereka sudah selesai.

"Boleh saya berjumpa dengan Humaira sekejap?" Datin Syahida meminta izin.

"Silakan. Tasneem ada di atas." kata Puan Aisya.






Pintu bilik Tasneem diketuk. Air mata yang membasahi pipi segera dikesat.

"Boleh mama masuk?" soal Datin Syahida.

Tasneem terkejut. Tak sangka pula Datin Syahida datang ke rumahnya.

"M--masuklah"

Datin Syahida memulas tombol pintu bilik Tasneem. Tasneem tersenyum manis.

"Humaira sayang" Tubuh kecil Tasneem dipeluk erat.

"Mama minta maaf bagi pihak Adam. Adam dah jelaskan semuanya pada mama dan papa." air matanya yang ditahan akhirnya mengalir.

"Takpe, Datin. Tasneem faham. Adam ada alasan yang tertentu kenapa dia buat macam tu. Tasneem tak salahkan Adam pun jadi Datin tak perlu rasa bersalah." Kata Tasneem sambil mengusap belakang Datin Syahida.

"Adam nak melamar Humaira semula, dia tak boleh tinggalkan Humaira. Humaira akan terima Adam semula?" Pelukkan dileraikan.

Dia memandang wajah suci gadis di hadapannya. Tasneem tersenyum.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now