🍁50

3.7K 200 54
                                    

Tasneem berlari anak masuk ke dalam kereta setelah mengunci pintu rumah.

"Kenapa degil sangat? Abang dah cakap jangan lari, kan? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?" bebel Adam sambil memasangkan tali pinggang keledar buat isterinya.

"Hehe, maaf." Tasneem tersengih sumbing.

"betul ni tak nak jalan-jalan? Nak pergi beli barang dapur je?" soal Adam untuk memastikan Tasneem tidak berubah fikiran.

"Ya, Abang. Maira tak laratlah nak berjalan lama-lama. Tak pasal-pasal Maira beranak kat tengah jalan nanti. Anak abang dah tak sabar nak keluar ni, buatnya dia protes sebab dah lama sangat dalam perut ni. Siapa tahu kan." Ujar Tasneem.

Adam ketawa mengekek mendengar apa yang Tasneem katakan.

"Kalau beranak sekarang pun tak apa, abang jadi bidan." seloroh Adam.

"Eii abang ni, merepeklah." giliran Tasneem pula ketawa.

Adam hanya tersenyum. Keretanya diundur keluar dari perkarangan rumah.






Adam memimpin tangan Tasneem masuk ke dalam pasaraya. Telinga Adam dah penat dengar Tasneem membebel selagi dia tak bawa isterinya itu membeli-belah barang dapur yang sudah kehabisan.

Adam nak pergi sendiri, dilarangnya. Takut nanti tulis halia, Adam beli kunyit pula katanya. Daun sup dengan daun ketumbar pun dia tak tahu beza macam mana nak harapkan suaminya itu beli barang dapur.

Troli yang tersusun diambilnya. Sesi membeli-belah pun bermula.

Sekejap lagi RM300 bakal terbang keluar dari dompet Adam. Tasneem ni kalau beli barang dapur, macam nak buat kenduri. Dari ikan siakap, udang, sotong, kerang, ayam, anak ayam, ikan paus semuanya dibeli. Duduk dua orang aje pun.

Adam hanya memerhatikan mak buyung tu memilih bahan basah. Tiba-tiba dia ternampak satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

"Rayyan?"

"Eh, Adam. Sorang ke?" Rayyan menghampiri Adam.

"Tu, dengan mak buyung comel tu. Membebel barang dapur dah habis. Kau datang sorang je?" soal Adam.

"Aku kan single, siapa je nak teman aku." nada Rayyan kedengaran pasrah.

"Buat pasrah pula kau ni. Kau dengan Khaira masih macam tu ke? Tak boleh berbaik dah?"

"Entahlah, Adam. Aku pun buntu. Sekarang ni aku fikir, kalau ada jodoh aku dengan dia, adalah. Kalau tak ada, aku redha. Buat apa aku nak paksa dia kalau dia tak nak." ujar Rayyan sambil tersenyum nipis.

"sabarlah, Rayyan. InsyaAllah Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk kau." bahu Rayyan ditepuk perlahan.

Rayyan mengangguk kecil.

Tiba-tiba telefon bimbit Adam berbunyi.

'Tan Sri Kashaf'

"Tan Sri Kashaf?" keningnya berkerut. Mahu apa lagi Tan Sri Kashaf menghubunginya sedangkan dia sudah membatalkan kontrak dengan syarikatnya.

"Apahal orang tua tu telefon kau? Dah buang tabiat nak mampus agaknya!" kata Rayyan. Sakit hatinya masih bersisa apabila dia dapat tahu Tan Sri Kashaf membatalkan kontrak dengan syarikat mereka.

Adam menjungkitkan bahunya. Skrin telefon dilekapkan pada telinga kirinya.

"Assalamualaikum. Ada apa Tan Sri Kashaf telefon saya?"

"Adam! Kamu kena tolong saya, tolong datang rumah saya sekarang. Ini kecemasan." desak Tan Sri Kashaf lalu panggilan dimatikan.

Adam terpinga-pinga.

"Apasal? Orang tua tu nak apa?" soal Rayyan.

"dia suruh aku pergi rumah dia. Kecemasan katanya. Sayang, dah habis ke? Abang kena pergi satu tempat ni." kata Adam.

"Rasanya dah habis. Abang nak pergi mana?" soal Tasneem pelik.

"Rayyan, kau tolong bayarkan dulu semua barang ni. Aku kena cepat. Jom, sayang!" tangan Tasneem ditarik meninggalkan pasaraya itu.

Rayyan memandang barang-barang di dalam troli tersebut.

"Bapak ah!! Kopak duit aku!" hampir pengsan dia melihat troli yang penuh itu.

Nasib kaulah Rayyan~






                                •••••••

Kereta Adam berhenti di hadapan kawasan rumah agam milik Tan Sri Kashaf. Kelihatan lelaki tua itu sedang berdiri di halaman rumah sepertinya dia sedang cemas.

Tali pinggang keledar ditanggalkan kemudian dia memimpin Tasneem masuk ke dalam halaman rumah tersebut.

"Syalili! Jangan buat daddy macam ni, sayang! Daddy ada kamu je, nak!" jerit Tan Sri Kashaf sambil mendongak memandang ke arah balkoni bilik tingkat 3.

Membuntang mata kedua suami isteri itu melihat Syalili yang sedang berdiri di atas penghadang balkoni. Sepertinya sudah bersedia ingin melompat dari situ.

"Syalili! Apa awak buat ni?! Turun!!" jerit Adam.

"Jangan buat benda bodoh, Syalili!" Tasneem cuba menasihati Syalili.

"Sya cintakan Abang Adam tapi abang tolak cinta Sya! Daripada Sya hidup tanpa abang, baik Sya mati!" air matanya sudah mengalir laju.

"Awak jangan bertindak ikut perasaan! Bunuh diri bukan caranya untuk selesaikan masalah! Mari kita bincang dulu." pujuk Adam.

"Tak nak! Abang Adam tipu! Abang cuma nakkan Kak Humaira, abang taknak Sya! Sya benci abang!"

Syalili terus memejamkan matanya kemudian dia terjun dari balkoni tersebut.

"Arghh!"

"Syalili!!" jerit mereka bertiga serentak.

Dengan pantas Adam berlari untuk menyambut Syalili. Syalili memeluk leher Adam seeratnya sambil menangis di dada Adam.

"kenapa awak buat benda bodoh?!" herdik Adam masih lagi mencempung tubuh Syalili.

"Sya akan bunuh diri kalau abang tak nak kahwin dengan Sya!" ujarnya dalam tangisan. Tan Sri Kashaf menarik nafas lega melihat anaknya selamat.

Tetapi, tidak bagi Tasneem. Hatinya hancur melihat Adam mencempung tubuh wanita lain di depan matanya.

Hatinya bagai ditusuk beribu jarum apabila melihat Adam seolah-olah tidak menyedari kehadirannya.

Tasneem terus membawa diri pergi dari situ.

PINNN!

Sebuah kereta meluncur laju ke arah Tasneem.

"Argh!!!"

"Humaira!!"






A/N

The real konflik dah muncul, tengah taip part nak last tu tetiba keluar lagu aiman tino - permata cinta. Kena la pula lagunya😅

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now