🍁31

5K 302 49
                                    

Mak Senah membuka pintu rumah apabila loceng ditekan beberapa kali.

"Assalamualaikum." Adam memberi salam sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Selamat pulang, Encik Adam." ucap Mak Senah sambil tersenyum.

"Humaira mana?" soal Adam mencari kelibat isterinya. Selalunya dia yang paling laju berlumba dengan Mak Senah untuk sambut Adam pulang.

"Baru tadi Puan naik ke bilik---"

"ABANG!!" jerit Tasneem kemudian dia berlari menuruni anak tangga mendapatkan suaminya yang masih berdiri di depan pintu.

"Kenapa sayang nampak happy aje? Ada apa-apa nak bagitahu abang ke?" soal Adam. Kedua-dua belah pipi isterinya dicubit geram.

Tasneem memeluk erat tubuh suaminya.

"Abang~ nak kiss!" Tasneem memuncungkan bibirnya meminta ciuman dari suaminya.

Adam hairan dengan sikap isterinya. Buang tabiat ke apa? Selalunya Adam yang minta, tapi kali ni dia pula yang minta.

"Dah kenapa manja sangat ni?" Adam mengangkat kening. Permintaan isterinya tak diendahkan.

"salah ke Maira nak abang kiss Maira? Kalau tak nak kiss takpe!" Pelukan pada leher Adam dilepaskan.

Mula dah perangai merajuk dia.

"Merajuk pula dia. Meh sini nak kiss banyak-banyak." Adam menarik Tasneem merapati tubuhnya lagi bibir Tasneem menjadi mangsa kucupannya berulangkali.

Tasneem ketawa.

"Puas?" soal Adam. Tasneem mengangguk.

"Jomlah naik atas. Maira nak bagitahu abang sesuatu."







Tasneem meleraikan ikatan tali leher yang dipakai suaminya sambil tersenyum.

"Cuba bagitahu abang, apa yang buat Humaira happy sangat ni?" soal Adam.

"Duduklah dulu." Tasneem menarik Adam duduk di birai katil.

"Sekejap, apa doktor bagitahu tadi? Humaira tak apa-apa kan?"

Tasneem menggeleng.

"Maira sakit, abang." wajah Tasneem bertukar suram.

"Sakit? Sakit apa, sayang?" Adam terus memeluk isterinya. Hampir saja luruh jantungnya.

Pelukan Adam dibalas oleh Tasneem. Dagu runcingnya direhatkan di atas bahu Adam.

"Sakit sebab .. ada anak abang dalam perut ni." jawab Tasneem.

Terbuntang luas mata Adam mendengar kata-kata Tasneem. Terus pelukkan dileraikan.

"H---Humaira mengandung? A---anak abang?" soal Adam tidak percaya.

"Soalan apa abang tanya ni? Mestilah anak abang, dah tu anak siapa? Takkan anak Jungkook datang masuk dalam perut Maira pula?" sindir Tasneem sambil menampar lengan suaminya.

Adam tersenyum lebar. Air matanya jatuh ke pipi. Begitu cepat Allah memberikan mereka rezeki.

"berapa minggu?"

"2 minggu. Maira bunting pelamin." Tasneem tersengih.

"Ya Allah! Syukur Alhamdulillah." Adam memeluk tubuh isterinya kembali.

"happy betul abang eh" usik Tasneem.

"Mestilah. Abang pun tak sangka abang bakal jadi seorang ayah secepat ni. Terima kasih sayang." Dahi Tasneem dikucup lembut.

"Sama-sama. Abah, Ummi, Mama dan Papa belum tahu lagi. Esok abang busy tak? Maira nak ajak mereka makan malam di rumah kita. Termasuk Khaira dengan Rayyan." cadang Tasneem.

"Demi sayang, abang sanggup ambil cuti. Esok kita pergi beli barang sama-sama ya." kata Adam. Tasneem mengangguk.








                              •••••••••

Selepas selesai solat subuh bersama isterinya, Adam berlari masuk ke dalam bilik mandi memuntahkan segala isi perut.

Tasneem terkejut. Segera telekungnya dibuka dan dia terus mendapatkan suaminya yang masih di dalam bilik mandi.

"Abang? Kenapa ni? Abang okay tak?" soal Tasneem sambil mengusap belakang Adam.

Sekali lagi Adam memuntahkan segala isi perutnya.

Tercungap-cungap Adam menarik nafas.

Adam memandang cermin melihat isterinya yang sedang ketawa sakan.

"Apa yang Humaira ketawakan? Lucu ke? Suka tengok abang muntah-muntah? Kalau abang kena sakit kronik macam mana?" bebel Adam geram.

"Sayang, Maira yang mengandung kenapa abang pula yang muntah-muntah ni? Sah, abang kena morning sickness." ujar Tasneem dengan ketawanya yang masih bersisa.

Adam terus keluar meninggalkan Tasneem di dalam bilik mandi.

Wajanya disembamkan di atas katil. Merajuklah tu.

"Alolo~ merajuk ke sayang?" Tasneem menghampiri suaminya.

"Abang, janganlah merajuk. Maira gurau je." Tangan Adam cuba ditariknya namun Adam menepis kasar. Semakin kuat Tasneem ketawa.

"Alamak, baby besar merajuk la pula. Tak naklah merajuk, nanti tak handsome." Sekali lagi Tasneem menarik tangan Adam.

Adam memeluk Tasneem seperti seorang ibu memeluk anaknya. Wajahnya masam mencuka.

"Alahai, comelnya baby besar ni." rambut panjang Adam dibelai.

Tiba-tiba saja Tasneem teringatkan sesuatu.

"Abang, Maira nak tanya sesuatu. Abang ada pergi klinik ke petang semalam? Maira nampak abang keluar dari bilik doktor. Tak sempat Maira nak kejar abang, nama Maira dah dipanggil." ujar Tasneem panjang lebar.

Adam terdiam.

"Abang? Kenapa ni? Maira tanya kan"

"Ya, abang pergi jumpa doktor. Abang pergi buat pemeriksaan sebab abang kerap muntah kebelakangan ni tapi doktor cakap tak ada apa-apa. Rupanya morning sickness." jelas Adam dan sekali lagi mengundang tawa Tasneem.

Pelukkan dileraikan kemudian wajahnya disembamkan semua atas tilam empuk.

"Tak nak kawan Humaira!"





to be continue ..

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now