🍁 E n a m b e l a s

5.3K 368 38
                                    

Jeritan Adam Haikal dari seberang jalan membuatkan Tasneem memandangnya.

Adam sedaya upaya berlari untuk menyelamatkan Tasneem tetapi kesesakkan lalu lintas amat menyukarkan pergerakannya.

"Tasneem! Hati-hati!" Khaira menarik Tasneem ke bahu jalan.

Seluruh tubuh Tasneem menggeletar setelah insiden yang hampir meragut nyawanya.

Kalau tak ada Khaira masa tu, hanya dalam beberapa saat saja dia mungkin menemui ajalnya.

"BODOH! KAU NAK BUNUH ANAK ORANG KE APA?!!" Herdik Khaira setelah ternampak kereta BMW hitam itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

"Humaira! Awak okay?" Adam yang baru berjaya menyeberangi jalan terus mendapatkan Tasneem yang sedang ketakutan.

"S--saya takut." Cecair jernih bertakung di tubir matanya.

Khaira memeluk Tasneem bagi pihak Adam. Dia tahu Adam mahu memeluk gadis itu untuk menenangkannya namun mereka belum sah menjadi suami isteri.

"Khaira, awak hantar Humaira balik ya. Humaira baliklah rehat dan tenangkan fikiran dulu. Saya akan buat report polis pasal kereta tadi. Kalau ada apa-apa terus telefon saya ya?" pesan Adam. Dia nampak sangat risau dengan keadaan Tasneem.

"Baiklah. Kami balik dulu." Khaira mengangguk dan terus memimpin Tasneem beredar dari situ.

Adam juga turut melangkah meninggalkan kawasan itu. Namun, langkahnya terhenti sebaik dia mendapat satu mesej dari seseorang yang tak dikenalinya.

Message from +60 1134354272

"I dengar you dah bertunang. Sanggup you pilih perempuan lain dan lupakan semua kenangan manis kita?"

Dahi Adam berkerut. Siapa pula yang hantar mesej ni?

Jari jemarinya ligat membalas mesej yang dihantar daripada manusia misteri itu.

"Maaf, awak ni siapa?"

Lama juga mesej itu tidak berbalas. Kemudian dia terus mengatur langkah menyeberangi jalan.

Hatinya masih lagi tertanya-tanya. Siapa yang menghantar mesej itu kepadanya dan adakah orang misteri itu ada kaitan dengan apa yang terjadi pada Tasneem sebentar tadi?







                            ••••••••••••

Khaira memimpin Tasneem masuk ke dalam rumah. Tasneem masih lagi trauma dengan apa yang terjadi.

"Khaira? Tasneem? Kenapa ni? Tak ada kelas ke?" soal Puan Aisya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Khaira hantar Tasneem balik, tadi Tasneem hampir kena langgar. Sekejap lagi Khaira kena balik Kolej." jawab Khaira.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now