🍁61

3.9K 217 12
                                    

Usai mengambil wudhu', Tasneem mencapai kain telekung yang tergantung dan disarungkan kepalanya.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak seseorang.

"Assalamualaikum." Salam diberi. Tasneem tersenyum lebar.

"Waalaikumussalam." Dia menjawab salam lalu dia berlari memeluk tubuh suaminya.

"Miss you, baby." tutur Adam sambil mengucup dahi Tasneem.

"Miss you too, husband." pelukan dileraikan.

"Abang sihat? Sudah makan?" soal Tasneem teruja.

"Alhamdulillah, abang sihat selalu. Bila dapat jumpa isteri kesayangan abang ni lagi rasa sihat. Abang belum makan, abang nak makan dengan Humaira." jawab Adam.

Tasneem menepuk dahinya secara tiba-tiba.

"Allahu!"

"Kenapa?" Adam bingung.

"Maira lupa, Maira dah ambil wudhu' tadi." ujar Tasneem. Adam ketawa kecil.

"Itulah, rindu abang sangat sampai lupa dah ambil wudhu'. Tak apa, ambil wudhu' semula lepas tu abang imamkan solat maghrib. Tiga hari tak imamkan isteri abang rasa macam tak tentu arah." kata Adam sambil mencuit hidung kecil Tasneem.

"Baiklah, Imamku. Lepas solat, kita turun makan ya." Tasneem beredar ke bilik mandi untuk mengambil wudhu' semula.

Adam sangat gembira apabila dia dapat pulang ke pangkuan isteri kesayangannya. Tidak seperti sewaktu dia bersama Syalili, hatinya rasa kosong.

Tasneem keluar dari bilik mandi setelah selesai mengambil wudhu'. Dia hampir saja memeluk Adam sekali lagi namun Adam sempat mengelak.

"Nak peluk, lepas habis solat. Nanti tak pasal-pasal kena ambil wudhu' lagi. Tahulah sayang rindu abang." kata Adam sambil tersengih.

"Maaf, Maira excited jumpa abang macam tak jumpa tiga tahun. Abang ambillah wudhu' cepat, kita solat. Tak sabar nak peluk abang lama-lama." Tasneem ketawa kecil.

"nakalnya budak ni~ Sabar ya?" Adam pula masuk ke bilik mandi untuk mengambil wudhu'.


Selesai membaca tahiyyat akhir, Adam memberi salam diikuti dengan Tasneem. Adam menadah tangan untuk membaca doa selepas solat kemudian dia meminta doa kepada Allah s.w.t.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang maha besar, Tuhan yang maha adil , Tuhan yang maha mengetahui segalanya , kau lindungilah keluargaku dari segala malapetaka. Kau jauhilah keluargaku dari orang-orang yang ingin menzalimi kami. Kau jauhkanlah kami dari azab api neraka dan juga azab kubur. Kau tempatkanlah kami di kalangan orang yang beriman. Semoga aku dapat bersama bidadariku di syurga kelak. Amin ya rabbal alamin."

Adam menoleh memandang Tasneem yang turut mengaminkan doa itu.

Tasneem mencium tangan Adam kemudian Adam menghadiahkan satu kucupan lembut di dahi Tasneem.

"Semoga Allah kurniakan Jannah untuk isteri syurga abang." ujar Ada sambil tersenyum lebar.

Tasneem terus memeluk Adam untuk melepaskan rindu yang bersarang di hatinya.

"Maira pun berdoa agar abang bersama Maira di syurga kelak." kata Tasneem.

"Rindu sangat ke pada abang? Nak peluk sampai ke pagi?" usik Adam.

"Kalau abang sudi"

"Siapa kata abang tak sudi? Peluk sampai bila-bila pun abang tak kisah asalkan Tasneem Humaira yang peluk abang." Kepala Tasneem yang masih bertelekung diusap lembut.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now