🍁81

4.8K 220 12
                                    

Rayyan dan Khaira melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Tan Sri Kamal.

"Assalamualaikum." Mereka memberi salam.

"Waalaikumussalam. Abang, Kak Khaira!" Ryana mencium tangan abangnya lalu dia beralih kepada kakak iparnya dan memeluk tubuh wanita itu.

"Ryana apa khabar? Makcik mana?" soal Rayyan.

"Makcik? Marilah duduk dulu. Ryana akan ceritakan." Ryana melabuhkan punggung di atas sofa diikuti dengan Rayyan dan Khaira.

"Apa yang dah jadi, Ryana?" soal Khaira pula.

"Makcik terus tinggalkan rumah ni lepas Papa kena strok. Dia tak nak jaga Papa. Haish! Perempuan tua tak guna tu!" Ryana merengus kasar sambil memeluk tubuh.

"Ryana, tak baik cakap macam tu. Sekarang ni Papa dekat mana?" Rayyan tercari-cari kelibat bapanya.

"Ada di atas. Baru je Ryana bagi dia makan ubat. Marilah naik ke atas." Ryana bangun dari sofa dan mula mengatur langkah ke anak tangga.

Rayyan memandang wajah isterinya yang nampak gelisah.

"Don't worry, baby. Abang ada dengan awak." Dahi Khaira dikucup lalu tangan kecil wanita itu digenggam erat.

"Abang? Wow! Bukan sebelum ni abang dengan kakak guna kau-aku aje ke?" sindir Ryana sambil tersengih nakal.

"Tak payah sibuk hal rumahtangga oranglah, Ryana. Nak ada anak dah pun, takkan masih nak ber-kau-aku lagi. Kamu tu dah nak jadi makcik , cuba matang sikit." bebel Rayyan.

"Ish! Apa-apa ajelah!" Ryana menjeling menyampah.

Pintu bilik Tan Sri Kamal dikuak ke dalam perlahan-lahan.

"Papa?" Ryana menghampiri katil bapanya diikuti dengan Rayyan. Khaira hanya berdiri di hadapan tepi pintu. Belum bersedia untuk berjumpa dengan bapa mertuanya.

"Sayang? Kenapa?" Rayyan menoleh ke belakang.

"Bagi saya masa. Lima minit saja. Okay?" pinta Khaira. Rayyan mengangguk.

"Papa, Haris datang ni." kata Rayyan. Sayu hatinya melihat keadaan bapanya sekarang. Meskipun bapanya telah menghina Khaira, Rayyan tetap menerima bapanya dan tak mahu berdendam atas permintaan Khaira.

"Haris" Lelaki tua itu mengalirkan air mata melihat anak lelakinya yang datang melawatnya.

"Ya, Papa. Haris datang. Haris akan jaga Papa sampai Papa sembuh ya?" tangan Tan Sri Kamal dicium lembut.

"Sayang, come." Rayyan memanggil isterinya untuk datang kepada mereka.

Khaira berjalan perlahan-lahan menghampiri suaminya. Rayyan menggenggam erat tangan kecil isterinya untuk menghilangkan rasa gelisah Khaira.

"Papa, Khaira datangㅡ"

"Pwergi! Akhu benci kau!" herdik Tan Sri Kamal dengan keadaannya yang agak sukar untuk bercakap.

Khaira tersentak. Layanan Tan Sri Kamal terhadapnya tetap sama. Air matanya mengalir perlahan.

"Abang, bawa Kak Khaira turun. Tenangkan dia dulu." ujar Ryana.

"Baiklah. Mari kita turun, sayang." Rayyan membawa isterinya turun ke ruang tamu.

Kedua-dua belah bahu Khaira dipegangnya. Wajah isterinya dipandang sayu. Dia risau isterinya tertekan dengan keadaan ini ditambah pula dia sedang hamil.

"Sayang, dengar apa abang nak cakap. Sayang kena kuat, ini masanya untuk kita ambil hati Papa. Jangan ambil hati dengan layanan dia, terus layan karenah dia dan jaga dia dengan baik. Abang bukan pentingkan diri sendiri, tapi ini demi kebaikan kita juga. Kita tak boleh terus biarkan Papa layan kita macam ni. Faham?" ujar Rayyan cuba memberi semangat kepada isterinya.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now