🍁 S e b e l a s

5K 316 3
                                    

Puan Aisya merenung wajah polos anak tunggalnya yang masih belum sedarkan diri.

Hampir 15 minit juga Tasneem tidak sedarkan diri. Terkejut dengar keputusan Adam.

"U--ummi .." Tasneem akhirnya sedar. Dia mencari ibunya.

"ya, sayang. Ummi di sini. Aneem okay?" soal Puan Aisya. Rambut anaknya diusap lembut.

"Aneem mimpi Adam cakap dia nak kahwin dengan Aneem secepat mungkin. Aneem belum bersedia, Aneem tak nak kahwin lagi." Adu Tasneem sambil menayangkan muka minta simpati di hadapan ibunya.

"Aneem tak bermimpi, memang betul Adam nak nikahi Aneem secepat mungkin." Puan Aisya tersenyum.

"Apa?! Tak nak! Aneem tak nak clash dengan Jungkook! Aneem tak nak kahwin dengan Adam!" Tasneem membantah sekerasnya.

Apa yang bermain di dalam fikirannya adalah, apabila dia sudah berkahwin dia perlu meninggalkan dunia Kpop dan yang paling menyakitkan, dia perlu tinggalkan buah hatinya, Jeon Jungkook.

"Lupakan Jungkook! Tolong berpijak di dunia yang nyata, Tasneem Humaira. Berapa kali nak ummi ingatkan Tasneem? Jungkook tak pernah kenal Tasneem. Dia pun tak tahu Tasneem wujud! Terima Adam, itu yang terbaik untuk Tasneem." Puan Aisya terus beredar dari bilik Tasneem dengan perasaan geram.

Tak habis-habis dengan Jungkook!

Tasneem duduk memeluk lutut di atas katil. Mutiara jernih mengalir dari tubir matanya.

Dia tak mahu berkahwin di usia yang terlalu muda. Dia masih belum puas untuk nikmati zaman bujangnya.

Pintu biliknya diketuk.

"Tasneem, boleh aku masuk?" kedengaran suara Khaira dari luar bilik.

Tasneem tidak menyahut. Hanya esak tangisnya yang masih kedengaran.

Tombol pintu dipulas. Khaira menjengahkan kepalanya di sebalik pintu.

"aku masuk eh?" Khaira terus melangkah masuk ke dalam bilik Tasneem.

Susuk tubuh Tasneem yang sedang memeluk lutut sambil menangis itu dipeluk erat.

"sabarlah Tasneem, semua orang nakkan yang terbaik untuk kau. Aku pun nak yang terbaik untuk kau. Kalau benda ni tak jadi, Adam takkan buat keputusan terburu-buru." Rambut Tasneem dibelai lembut.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now