🍁70

4.5K 242 80
                                    

Suasana di wad yang dihuni oleh Tasneem menjadi tegang apabila Adam melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata Syalili. Syalili terdiam tak berkutik.

"Awak tak malu ke datang sini dah buat kecoh?" Adam menyoal dingin.

"Abang, Khaira tu yang cari pasal dengan Sya. Dia tarik rambut Sya dan cakap bukan-bukanㅡ"

"Diam! Jangan nak berdalih. Saya kenal Khaira tu macam mana orangnya. Tolonglah jaga perangai awak tu Syalili, Humaira kena banyak berehat tapi awak pula datang sini buat kecoh!" herdik Adam.

"Abang kejam! Yang salah semuanya Sya, yang betul semua Kak Humaira. Sekarang ni balik rumah Sya pun abang dah jarang lepas tu abang lebihkan Kak Humaira!" Wajah Tasneem dijeling tajam.

"Tak payah salahkan Humaira, awak tu patut sedar kesalahan awak. Pergi balik sekarang, jangan datang sini dah. Lagi satu, duit yang saya bagi tak cukup ke untuk awak beli pakaian yang sopan? Sukalah awak dapat sumbang dosa pada saya, kan?" kata Adam berbaur sindiran.

Syalili tidak menunggu lama, dia terus beredar meninggalkan Adam dan Tasneem.

Adam mengeluh sambil mengurut pelipisnya. Syalili kerap buat hal sampaikan Adam semakin serabut.

"Sayang?" Adam menoleh memandang Tasneem. Dahi Tasneem berkerut seperti sedang menahan sakit.

"Abang, perut Maira sakit .." adunya.

"Sakit sangat ke? Sayang nak beranak dah ke?" Adam gelabah. Dia tidak tahu apa patut dibuat.

"Soalan apa yang abang tanya ni?! Panggil doktor cepat, perut Maira sakit! Arghh!!" Bilik itu dipenuhi dengan jeritan Tasneem.

"Ya! Sabar sayang, tarik nafas dan hembus." Adam menekan butang kecemasan di tepi katil.

Tidak sampai lima minat seorang doktor dan beberapa orang jururawat bertugas datang ke bilik Tasneem.

"Bawa Puan Humaira ke Labour room." Doktor wanita itu memberi arahan kepada jururawat bertugas.

"Doktor, isteri saya nak beranak dah ke?" soal Adam cemas.

"Eh taklah, isteri Encik sembelit je. Ikut kami ke Labour room." Doktor itu berkata dalam nada sindiran.

Adam kebingungan.





                         
                                ••••••

Rayyan memandang Khaira yang masih tak mahu melepaskannya. Dia mengeluh.

"Baby, kau kenapa? Aku nak mandi dari tadi lagi tapi kau tak nak lepas aku." rungut Rayyan.

"Abang tak sayang Khai ke?" Khaira mula tersebik-sebik.

"Aduh! Dia buat dah. Baby bagi abang mandi dulu eh lepas tu nak peluk abang sampai esok lusa pun tak apa." pujuk Rayyan.

"Tak nak!" Pelukan pada tubuh Rayyan semakin dieratkan.

"Yalah, peluklah sampai esok lusa. Pujuk macam mana pun tetap tak dengar juga." Rayyan mengeluh kecil.

Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Adam di skrin telefonnya.

"Sekejap, baby. Aku nak jawab call." Telefon bimbitnya dicapai.

"Adam, kenapa kau telefon?"

"Humaira nak bersalin dah!" jerit Adam dihujung talian.

"Apadia? Humaira nak bersalin dah? Okay , aku dengan Khaira pergi sekarang." panggilan terus dimatikan.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now