🍁64

3.5K 208 38
                                    

Adam menarik Syalili keluar dari perut kereta lalu gadis itu heret masuk ke dalam lif.

Syalili masih menangis walaupun berulangkali Adam menyuruhnya berhenti menangis.

"abang kejam!" gumamnya. Adam tak pedulikan kata-kata Syalili.

Sampai saja mereka dia tingkat empat, Adam berjalan ke apartment yang dibelinya untuk Syalili.

Kod pintu ditekan dan pintu dikuak ke dalam.

"Masuk." Adam menyuruh Syalili masuk namun Syalili enggan. Dia masih berdiri kaku disitu.

"Sya tak nak masuk kalau abang nak pulang ke rumah Kak Humaira." bentak Syalili. Adam meraup wajahnya kasar.

"Saya cuba untuk berlaku adil terhadap Humaira dan awak. Tolonglah jangan buat perangai macam budak-budak, Syalili." ujar Adam tenang.

"Kenapa Sya tiga hari tapi Kak Humaira empat hari? Kita baru kahwin, sepatutnya abang lebihkan Sya, bukan Kak Humaira!" Syalili memberontak sekali lagi.

Adam terus menarik Syalili masuk ke dalam apartment lalu dia menutup pintu apartment tersebut.

Syalili ditolak sehingga jatuh terduduk di sofa.

"Humaira tengah sarat mengandung, jadi saya perlu lebihkan dia. Boleh tak awak faham situasi sekarang?" Adam geram.

"Baiklah, Sya boleh terima tapi Sya nak tanya. Abang tak anggap Sya ni isteri abang ke? Abang selalu sebut perkataan 'isteri' bila berkaitan Kak Humaira tapi bila dengan Sya, abang tak pernah sebut pun. Sya bukan isteri abang ke?" air matanya kembali mengalir.

Adam mengeluh. Walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri dan tidur di atas katil yang sama, dia masih lagi tak dapat terima Syalili sebagai isterinya. Ianya terlalu suka untuk Adam.

"Awak isteri saya, isteri atas dasar simpati. Saya berkahwin dengan awak sebab Humaira yang suruh, bukan kehendak saya. Maaf sebab saya terlalu jujur, tapi awak perlu tahu di mana kedudukan awak yang sebenarnya. Maafkan saya." Adam terus keluar dari apartment itu meninggalkan Syalili sendirian.

"Arghhh!! Sya benci abang! Abang kejam!!" Syalili menangis semahunya. Ruang tamu yang tadinya kemas dan tersusun kini berantakkan dikerjakan oleh Syalili.







Pintu rumah dikuak ke dalam.

"Assalamualaikum." Adam memberi salam apabila dia tak nampak kelibat Tasneem. Selalunya dia akan tunggu Adam pulang di depan pintu rumah.

Salam tidak dijawab. Adam melangkah masuk ke dalam rumah dan matanya terpandang susuk tubuh yang sedang lena di atas sofa.

Adam mereling jam di dinding. Sudah jam 11.30 malam. Dia menghampiri sofa dimana Tasneem sedang tidur lena.

Tak sampai hati pula dia ingin mengejutkan isterinya itu. Adam menyenting lengan bajunya lalu dia mencempung tubuh Tasneem. Tasneem bergerak sedikit apabila tidurnya terganggu.

"Shh .. tidur, sayang." bisik Adam. Tasneem kembali ke alam mimpi lalu Adam berjalan perlahan-lahan naik ke bilik mereka.

Tasneem dibaringkan ke atas katil dengan berhati-hati. Selimut tebal ditarik menutupi badan Tasneem.

"Abang? Bila abang balik?" Tasneem terjaga dari tidurnya. Dia mereling jam di dinding kemudian dia kembali memandang Adam.

Adam tersenyum.

"Baru je. Sayang tidur ya? Abang nak berus gigi sekejap." dahi Tasneem dikucup lembut sebelum dia melangkah masuk ke bilik mandi.

Adam merenung wajahnya di cermin. Wajahnya diraup kasar. Ikutkan hatinya mahu saja dia ceraikan Syalili tapi dia tidak mahu Tasneem kecewa.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now