🍁29

5.3K 312 86
                                    

Khaira terpaku sebaik memandu masuk ke dalam perkarangan rumah banglo mewah milik Adam dan Tasneem.

"Bapak! Besar gila rumah ni. Macam istana duh!" gumamnya sambil matanya sibuk meneroka sekeliling kawasan itu.

Enjin keretanya dimatikan kemudian dia keluar dari perut kereta.

"Selamat datang, Cik Khaira."

"Eh nenek kau bergolek! Eh apa tu? Badak?! Ah! Singa! Alamak! Apa aku merepek ni!" Khaira menekup mulutnya apabila dia menyedar perangai melatahnya buat kemunculan semula.

Pak Man ketawa kecil. Zaman sekarang ni dah tak kenal yang mana anak muda dan yang mana warga tua.

Muda-muda lagi dah melatah. Mujur saja gadis itu tidak mencarut.

"Pakcik buat saya terperanjatlah." Khaira menarik muncung panjang.

"Maaflah, Cik. Pak Man tak sengaja. Jemput masuk, Puan Humaira tengah tunggu Cik di dalam." ujar Pak Man.

Khaira menggangguk panjang lalu kakinya diatur membuntuti lelaki tu itu.

"Silakan." Pak Man membuka pintu rumah Adam.

Melopong mulut Khaira melihat isi rumah itu. Perabot berjenama, chandelier yang nampak dua kali ganda lebih mahal dari yang ada di rumahnya. Hiasan dalamannya cukup cantik.

Untung Tasneem Humaira bersuamikan Engineer, semuanya sudah disediakan. Tinggal cuci kaki saja.

"Silakan duduk, sekejap lagi Puan Humaira turun." ujar Pak Man lalu beredar ke dapur meninggalkan Khaira sendirian di ruang tamu.

"Jemput minum, Cik." Mak Senah meletakkan tiga cawan teh dan beberapa jenis snek minum petang di atas meja.

"Terima kasih, Makcik." ucap Khaira sambil tersenyum.

Mak Senah membalas senyumannya lalu dia terus pergi ke dapur semula.

"Khaira!!" jerit Tasneem yang sedang berdiri di atas tangga.

Mahu saja dia berlari memeluk kawan baiknya itu namun disebabkan kakinya yang masih belum pulih telah membantutkan niatnya.

"Tasneem Humaira!" Khaira sudah tersenyum melihat Tasneem.

"Hati-hati, sayang." Adam membantu Tasneem menuruni anak tangga perlahan-lahan.

Tasneem akhirnya berdiri di hadapan Khaira.

"Khaira! Aku rindu kau!" tubuh Khaira dipeluk erat.

"Aku pun rindu kau!" pelukkan Tasneem dibalas.

Setelah beberapa minit mereka berpelukkan, mereka meleraikan pelukkan dan memandang sesama sendiri.

Mereka ketawa.

"Kenapa aku rasa kekok? Baru seminggu lebih tak jumpa tapi macam dah setahun tak jumpa." kata Tasneem.

"Aku pun rasa macam tu. Kaki kau dah makin okay ke?" soal Khaira memandang kaki Tasneem.

"Okaylah sikit, doktor cakap kalau aku selalu berjalan cepatlah sembuh kaki ni. Eh duduklah, takkan kau nak berdiri sampai kiamat?" sindir Tasneem.

"Kau ni dah kahwin pun masih ada mulut puaka tu ya." Khaira ketawa kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu.

"Apa khabar, Khaira? Kuliah okay?" Adam mencelah.

"Alhamdulillah baik-baik saja. Macam ni la, tak kahwin-kahwin lagi. Eh? Apa kaitan. Hahah!" Khaira menggaru kepalanya yang tak gatal.

Adam tersenyum. Lucu dengan karenah Khaira.

"Untung kau, Tasneem. Dapat suami kacak, boleh duduk rumah besar macam ni pula." puji Khaira.

Adam yang terdengar kata-kata Khaira hanya terdiam. Malu.

"Kalau macam tu kau kahwin dengan Rayyan, dia pun kacak dan dia pun Engineer. Boleh dia buatkan rumah besar untuk kau juga." ujar Tasneem.

Khaira menjeling Tasneem.

"Kau dah kenapa asyik suruh aku kahwin dengan mamat Rayyan tu? Aku tak suka dialah!"

"eh apa masalahnya? Dia okay apa. Kan , abang?" Tasneem memandang Adam.

Adam mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya.








•••••••

Tasneem berjalan perlahan-lahan menghampiri katil. Tongkatnya disandarkan pada dinding.

Adam yang sedang sibuk membuat kerjanya di atas katil dipandang.

"Abang" panggil Tasneem lembut.

"Ya, sayang" jawab Adam tanpa memandang isterinya.

"Laptop Maira rosak, tapi Maira nak tengok drama tu. Dah lama Maira tinggalkan drama tu." beritahu Tasneem pada Adam.

Adam tahu apa maksud isterinya. Sengaja nak ganggu dia buat kerja la tu.

"Sayang sengaja tak nak bagi abang buat kerja kan?" Adam memandang wajah Tasneem.

Tasneem tersengih.

"Abang dari tadi asyik buat kerja tak pedulikan Maira pun. Mentang-mentanglah Maira dah boleh jalan guna tongkat, abang dah tak kisahkan Maira." Tasneem menarik muncung sedepa. Mengada.

Adam ketawa kecil. Tak boleh tak abaikan dia langsung. Ada aje dia nak merajuk.

"Ala sayang abang ni~ Abang minta maaf eh? Abang bukan abaikan Maira, abang asyik buat kerja sampai tak sedar apa." Lengan Tasneem ditarik.

Tasneem terus mengesot merapati tubuh suaminya yang tidak berbaju. Dah la sado, bahu luas, ada enam ketul roti coklat pula pada perut dia. Aumms!

"Maira nak tengok drama I'm not a robot. Episod 22." pinta Tasneem. Seperti biasa, dada bidang Adam menjadi tempat bersandarnya. Bantal limited edition tiada dijual di pasaran.

Adam mencari drama yang diminta isterinya di laman web kissassian.

"Dah. Tengok diam-diam." Rambut Tasneem dibelai lembut.

Mengantuk Adam dibuatnya melayan si Tasneem streaming drama korea.

Setelah 30 minit menonton drama korea, Adam yang sudah tertidur tiba-tiba terjaga apabila dia terasa dadanya dibasahi dengan cecair jernih.

Ah sudah!

Mesti menangis tengok drama.

Tasneem, Tasneem~

"Sayang?"

"Abang! Lelaki tu dah dapat tahu yang perempuan tu sebenarnya manusia dan bukannya robot yang macam dia fikirkan selama ni. Kesian dia, penyakit dia dah datang balik!" Tangisan Tasneem semakin menjadi-jadi.

Adam bingung. Dia menyesal bercakap besar di awal perkenalan mereka pada makan malam itu.

Tak semudah yang dia sangka nak handle isteri kaki drama ni.

"Yeke? Kesiannya mamat tu. Apa malang sangat nasib dia. Shh! Jangan nangis , sayang. Kita tidur ya?" pujuk Adam lalu laptopnya disimpan. Tubuh Tasneem dipeluk erat dan ditepuk-tepuknya untuk mendodoikan isterinya.

Tabahlah Adam~

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now