Bab 1

39.1K 939 94
                                    

Sewaktu You Are My Life juga sedang berlangsung...

Anneliese Cherina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya, dia mulai buntu. Buntu memikirkan cara penyelesaian untuk adik kesayangannya. Dalam diam, duit yang berada di bank mulai dicongak-congak.

'Arghh! Tak cukup!'

"Beb, you okay tak ni? Dari tadi I nampak you kusut sangat," tegur Sharul sambil mengipas-ngipas wajah rakannya yang kelihatan pucat menahan gemuruh. Tampak ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh gadis manis tersebut.

"I tak ok lah, Sha! Adik I tengah berjuang kat dalam sana. I serabut tau tak! Pening! Mana nak cari duit untuk kos pembedahan adik i?! Nak harapkan duit I jadi model? Mana cukup! Dahlah i ni takat junior model. Mana nak cari lagi?"

Anneliese Cherina hampir menangis. Kalaulah kedua-dua ibu bapanya masih hidup, mungkin dia dan adiknya takkan mengalami kes sebesar ini. Setahun yang lalu, mereka sekeluarga telah terlibat dalam kejadian ngeri dan akibat daripada kemalangan tersebut, ayah serta ibu Anneliese Cherina terkorban.

Perit sememangnya perit apatah lagi bila selepas 8 bulan berlalu, adiknya juga telah disahkan mengalami kanser barah otak disebabkan kesan kemalangan itu. Sehingga sekarang Anneliese Cherina menyesal.

Menyesal kerana tidak terus mencari sang 'pembunuh' yang telah merempuh kereta mereka dan pergi tanpa sebarang penyesalan. Walaupun ingatannya masih samar-samar namun rasa benci pada pelaku itu masih teguh. Takkan berkocak sama sekali.

"Beb, kalau dah sampai beribu macam ni, apa kita nak buat?" soal Sharul, lembut. Eh, korang jangan. Nampak je lelaki tapi dia lembut tau. Hati tisu.

"I tak tahu, Sha. Yang I tahu I kena cari duit tu. I sanggup buat apa saje demi nyawa adik i," luah Anneliese Cherina, hiba. Air matanya sebagai kakak gugur tanpa dipinta.

"Beb, janganlah nangis. I sebagai manager you akan berusaha tolong you untuk dapatkan duit. Apa kata kalau kita kerja lebih?" cadang Sharul sengaja ingin memujuk.

"Kerja apa Sha? Sempat ke I nak kumpulkan duit dengan buat kerja sambilan?" Terang-terang Anneliese menolak cadangan Sharul.

"Hmmmm..." Sharul turut terdiam. Dia hanya mampu mengusap belakang ketuanya dengan perlahan. Sebak apabila melihat si cantik manis itu menangis di tengah-tengah koridor hospital.

____________________________

Si dia memejamkan mata dengan erat. Dalam fikirannya, dia mulai membayangkan wajah manis Putri Risha yang sedang tersenyum lebar. Begitu kuat sekali aura isteri kepada abang sulungnya itu sehingga dia gagal ingin berpaling pergi.

Putri Risha bak bidadari yang kehilangan arah mencari jalan rumah dan dia seharusnya menjadi 'rumah' tersebut. Namun apakan daya, si cantik manis itu sudah lama terpaut pada sang jejaka yang merupakan darah dagingnya sendiri.

Walaupun kes kematian Dark Lord sudah lama berlalu tetapi cinta dia pada Putri Risha masih utuh mengikut peredaran masa. Dia cemburu pada Tengku Fazril. Apa yang ada pada lelaki itu sehinggakan dia tidak mampu menandinginya?

Nak tak nak, Tengku Haikal terpaksa melupakan hasrat cintanya pada Putri Risha lalu saat itu dia bertekad ingin membuktikan bahawa dia mampu mencari 'bunga' yang baharu.

Namun, tak semudah itu. Figura Tengku Fazril dan isterinya sentiasa berada di rumah sehingga dia hampir menjadi gila. Gila melihat kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Masih dia ingat lagi saat dia menipu bahawa dia sudah mempunyai teman yang baharu. Disebabkan kata-katanya, dia terjerat. Seluruh keluarga mafia itu ingin bertemu dengan sang gadis yang telah mencuri hati Tengku Haikal dalam diam.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now