Bab 82

13.6K 783 190
                                    

"Hei, calm down, okay?"

Anneliese tergelak kecil apabila tangan Tengku Haikal mengigil memegang perutnya. Tadi memang rasa sakit, sekarang taklah. Maybe baby saje nak acah keluar. Daddy dia pula yang terlebih nervous.

"Abang dah ready pegang kunci kereta tau. Dari minggu lalu abang jadikan kunci kereta ni sebagai rantai abang," beritahu Tengku Haikal, yakin.

Anneliese penat tergelak melihat telatah si suami. Takut gelabah macam Tazaki Genji, sanggup Tengku Haikal jadikan kunci kereta sebagai rantai.

"Abang, sayang okaylah. "

"Sekarang okay. Kita tak tahu bila sayang tak okay. Doktor sendiri kata dalam bulan ni baby nak keluar," peringat Tengku Haikal.

"Abang takut en sebenarnya?" Usik Anneliese.

Dada Tengku Haikal yang terdedah tanpa sebarang pakaian dimain-main dengan ibu jarinya. Maklumlah, diorang baru habis 'berperang' kat atas katil. Tu pun taklah ganas mana.

Lama Tengku Haikal terdiam. Dibiarkan soalan Anneliese dibawa angin.

"Don't worry, abang. Sayang sure yang abang akan jadi papa yang baik!" sokong Anneliese, ceria.

"Sayang tahukan abang tak boleh kehilangan sayang lagi? Abang bila-bila masa boleh hilang kawalan," keluh Tengku Haikal, runsing.

"Hei, abang. Pandang sayang. Kita kan dah ada Adelaide Ayla. Kalau abang tak boleh kawal diri tu, abang pandang je dia," senyum Anneliese, ikhlas.

"Adelaide Ayla?" soal Tengku Haikal lalu anak mata Anneliese dipandang lama. Senyuman gembira terukir pada bibirnya.

"So, baby girl lah ye?"

"Abang rasa?"

Giliran Anneliese tersenyum suka. Pipi si suami dicubit-cubit nakal lantas bibir si dia dikucup sekilas.

"By the way, sayang dah lama tak nampak nenek yang selalu kacau sayang. Last sayang nampak,
bila 'dia' cuba halang sayang daripada keluar rumah," luah Anneliese, bingung.

"Pelik en? Abang rasa 'dia' nak protect family ni," teka Tengku Haikal.

"Yeah, maybe. "

"Hari tu 'dia' ada tolong abang tumpaskan geng-geng Alden dengan Aaric," kata Tengku Haikal, teringat.

"Seriously?"

"Yupp. Joshua dengan Fakhrul pun nampak. Lepas kejadian tu, kitorang tak nampak makhluk tu lagi," sambung Tengku Haikal.

"So, maknanya makhluk tu boleh pilih siapa yang boleh tengok 'dia'. Sayang ingatkan sayang je boleh nampak 'dia' selama ni," gumam Anneliese, pelik.

"Kalau abang tak nampak 'dia', abang takkan tahu sayang dalam bahaya," bisik Tengku Haikal.

Anneliese berjeda. Kata-kata suaminya terngiang-ngiang semula di pendengaran. Mahu ditanya sekali lagi namun, bunyi dengkuran halus Tengku Haikal membuatkan Anneliese tersenyum kecil.

Tidur macam budak kecik!

________________________________

Esok paginya, Anneliese sekadar menjalankan check up di dalam bilik bersama Qistina. Memandangkan PKP masih berjalan, Anneliese sudah nekad akan bersalin di bilik rawatan tingkat bawah. Tak perlu nak cari doktor jauh-jauh. Qistina kan ada.

"Oh, ya Qis. Sejak bila kita ada bilik rawatan?" soal Anneliese, pelik.

Qistina tergelak kecil.

"Tu sebenarnya bilik untuk rawat diorang sekeluarga mafia lepas diorang dah habis bertarung. Kalau nak pergi hospital, memang susah. Nak karang cerita lagi. Kalau doktor curiga, confirm call polis," beritahu Qistina.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now