Bab 52

19.7K 739 101
                                    

Sesaat dua saat...

Anneliese membuka matanya dengan pantas. Bayangan makhluk yang berwajahkan arwah ayah dan ibunya terimbas semula dalam kotak mindanya.

Setiap kali dia ingin memejam mata, entah mengapa suara mendayu-dayu mereka pada dua hari yang lepas seakan-akan terngiang-ngiang di telinganya.

Anneliese menghela nafas berat. Bintang yang berada di langit menyinari kegelapan dan menemani bulan yang kesunyian. Macam dia juga. Sunyi mungkin.

"Strawberry..." panggil Tengku Haikal lembut lalu memeluk tubuh isterinya dari arah belakang.

Anneliese tersentak kecil. Bukan tak biasa dengan pelukan Tengku Haikal yang datang secara tiba-tiba. Cuma perangai manja lembu sekor ni tak menentu masa dan tempat.

"Hmmm?" sahut Anneliese.

"Asal tak kunci pintu bilik ni?" soalnya.

Anneliese mengerutkan dahi. Eh, kalau pintu tu dikunci macam mana suami sendiri nak masuk en? Gila apa lembu ni?

"Kenapa pula nak kunci?" bingung Anneliese.

"Nanti nyamuk masuk," yakin Tengku Haikal.

Anneliese menjeling geram. Mulai dah lembu ni nak menyakat. Ada juga yang makan pasir ni karang.

"Takpelah. Ajak jelah nyamuk tu masuk. Kesian diorang takde tempat tinggal," balas Anneliese, loyar buruk.

"Last kena santau bila sayang?" Tengku Haikal tersenyum mengejek.

Tersengih Anneliese dibuatnya. Alah, dia usik kita boleh. Kita usik dia, takleh pula. Tak adil betul.

Buat seketika, keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi cengkerik sahaja menguasai ruang malam.

"Awak..." seru Anneliese sekali gus mematikan suasana sunyi.

"Hmmm.."

"Awak memang dah khatam Al-Quran ke? Lancar je bunyi awak membaca hari tu," soal Anneliese, ikhlas.

Tengku Haikal sekadar berdiam diri. Soalan gadis itu hanya dibiarkan berlalu dibawa bayu malam.

Anneliese mengerutkan dahi pabila suaminya sekadar menguncikan mulut. Mungkin dia tak dengar kut. Arh cuba tanya lagi.

"Awak..saya ta..."

"Hari ni hari apa?" potong Tengku Haikal.

Anneliese terdiam sebentar. Tengku Haikal seolah-olah ingin mengelak dari menjawap soalan panasnya.

"Awak...awak tak jawap lagi soalan saya," muncung Anneliese. Nak majuklah camni.

Dia memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Haikal yang beriak selamba.

"Aku tanya hari ni hari apa?" soal Tengku Haikal, mendatar.

"Hari Jumaat," jawap Anneliese, yakin. Asal lembu ni tanya pula? Dah nyanyuk ke? Lahai, muka handsome takkan cepat lupa?

"Ohhh..Jumaat. Aku ingatkan Friday," angguk Tengku Haikal seperti cerdik dengan bicaranya.

Anneliese merengus geram. Haih, kena lagi!

"Awak...serius sikitlah. Saya.."

"Nak serius sikit je en? Hah, ni. Aku dah serius tapi sikit jelah," potong Tengku Haikal lalu membuat wajah serius versi sedikit.

Anneliese sudahpun memuncungkan bibirnya ke depan. Asyik dia je yang terkena. Dengan geram, Anneliese berpusing semula menghadap halaman belakang. Lebih baik tengok puntianak yang sedang terbang tu!

The Chosen OneWhere stories live. Discover now