Bab 15

10.8K 675 39
                                    

"What?!  You nak gantikan I dengan someone yang jauh lebih baik dari I? Who is she?! "

Suara Amizha bergema di seluruh studio itu. Skirtnya digenggam erat sambil matanya garang merenung tunak mata Khairul.  Baru sahaja sebentar tadi, Khairul dengan selambanya mengatakan bahawa dia bukan lagi diberi kerja sebagai model utama. Kerja itu telah diberikan oleh orang lain. Meaning to say, orang yang lebih LAYAK.

"You cakap dengan I, Khai!  You tahu I paling lawa kat sini! Takde sape yang boleh lawan I! " tengking Amizha, bengang.

Wajah Khairul dipandang atas bawah. Ingin saja tubuh lelaki itu dikeronyok seperti kertas contengan. Suka hati mak bapak dia nak tukar model.

"Well, you taklah cantik mana pun. Pilihan I lagi lawa dari you.  Malah, dia jauh lagi bagus dari you," sindir Khairul dalam senyuman sinisnya.

Amizha mengetap giginya menahan amarah.  Rahangnya kelihatan bergerak sedikit apabila Khairul tidak menjawap soalannya.

'Betina mana yang dah berani rampas job aku?! '

"So, I dengan rasminya dah tukar job you jadi model yang biasa-biasa je. Kalau ada ruang untuk you, pepandailah I call, " ujar dia lagi.

Serentak itu, Amizha menjerit geram lantas kolar Khairul direntap kasar.  Ditolak-tolak tubuh lelaki itu berulang kali sambil menjerit tidak berpuas hati.

"Sape betina tu?!  Sape?!!! You berani tukar I?! You tahu tak I ni sape?! " nyaring dia menjerit sehingga membuatkan staf lain meluru ke arah mereka berdua.

"Erghh uhuk.. Uhuk.. Le.. Lepaslah!!" ronta Khairul. Tersengguk-sengguk kepalanya apabila kolar ia ditarik bertubi-tubi.

Salah satu staf cuba meleraikan tangan Amizha, namun tubuhnya pula ditolak sehingga jatuh di atas lantai.

Gedebuk!

Mak aih, garang betul pompuan ni.

"I bunuh you! Berani you buang I!! " Amizha semakin bertindak di luar kawalan. Namun, tiba-tiba suasana tersebut semakin tegang sebaik sahaja Anneliese Cherina keluar daripada bilik persalinan.

"Khai, I dah tukar baju ni. So, okay tak? " soal Anneliese Cherina tanpa memandang ke arah Khairul.

Serta-merta wajah Amizha bertukar berang melihat kelibat Anneliese Cherina. Sekarang dia tahu gerangan manusia mana yang dah berani merampas takhtanya.

'Betina tak sedar diri! '

"Kauuu.... " Amizha menolak kasar tubuh Khairul. Kini matanya lebih tertumpu ke arah Anneliese Cherina yang diam seribu bahasa.

"Kauuuuuu... Kauuu!!! Berani kau hasut mamat sotong ni supaya tukarkan akuuu!! You piece of shit! " Dengan sepantas kilat, Amizha menuju ke arah Anneliese Cherina.

Tangan kirinya diangkat ke udara untuk menampar pipi gebu gadis yang telah berani mencuri tempatnya. Namun, belum sempat tamparan tersebut hingga di pipi Anneliese, tangannya terlebih dahulu ditahan oleh seseorang.

"Hei! "

Anneliese Cherina membuka matanya apabila tidak merasakan sebarang kesakitan di bahagian pipi. Okay, tu satu. Yang kedua, dia berasa pelik apabila terdengar suatu suara asing menyapa telinganya.

"Encik Alden! " jerit Khairul, terkejut.

Amizha meringis kesakitan apabila terasa pergelangan tangannya dicengkam kuat. Sesaat kemudian, tangannya ditolak kasar sehingga dia terdorong sedikit ke belakang.
"Ni ke partner I? " ujar Alden seraya tunak matanya memandang tubuh Amizha dari atas ke bawah dengan pandangan yang jelek.

"Eh, no!  No!  No! Dia tak layak pun untuk you, " ujar Khairul pantas lalu menuju ke arah mereka.

Buat seketika, terbuntang mata Amizha mendengar bicara Khairul. Tak layak?!  Tak guna punya sotong hitam! Sebelum ni kau puji aku melangit tahap dewa, sekarang ni pula kau rendah-rendahkan aku macam kuman di atas lantai! Sial!

Tak menunggu lama, Amizha merengus geram lantas beredar daripada situ.  Sempat lagi, dia melanggar bahu salah seorang staf sebagai tanda bengang.

"Ini! Ini partner you,  Encik Alden.  I dah pilih yang memang sesuai dan layak untuk you, " senyum Khairul teruja sambil memegang bahu Anneliese Cherina.

Alden berdiam diri.  Lama wajah naif Anneliese Cherina dipandang sepi tanpa suara. Tak lama kemudian,perlahan-lahan senyuman terlakar pada bibir mungilnya.

"I like her.  So, can we start now? "

"Of course!! "

Anneliese Cherina masih kaku di atas lantai.  Kelibat Alden yang sedang membetulkan sedikit rambutnya membuatkan dia berasa pelik.

'Partner? Partner apa?"

"Liese, sayang. Inilah partner you sekarang. Dia Encik Alden dan dia merupakan model lelaki terkenal kat New York! I dah check profile dia tau.  Kalau you nak tahu, dia salah seorang duta terkenal untuk barang jenama kat sana. Confirm Tengku Aden happy kalau sales bahagian kita mendadak secara mengejut, " bisik Khairul gembira di telinga Anneliese Cherina.

Gadis itu kelihatan tersengih kurang memahami. Ya, dia tahu bahawa suaminya ialah seorang bos dan mereka pula sekadar pekerjanya. Tugas mereka pula adalah untuk memperagakan pakaian ataupun sesuatu barangan.

Tapi nak ke mamat banyak songeh tu terima aku sebagai model yang diletakkan di muka hadapan majalah syarikat diorang?  Kalau poster kecil-kecilan, bolehlah. Tu dah biasa.

Di suatu sudut, Alden melirikkan matanya ke arah Anneliese Cherina yang masih jauh termenung. Wajah naif yang sangat jelita di matanya membuatkan dia berasa.... sedikit kelainan. Sewaktu kali pertama bertentangan mata dengan gadis itu, dia berasa jantungnya seolah-olah terhenti.

Apatah lagi apabila melihat gadis itu seolah-olah sibuk memikirkan sesuatu. Cantik. Naif. Comel. Jelita.  Dan. Pelik.

_________________________

Petang itu, Anneliese melontarkan tubuh letihnya di atas katil.  Penat yang tak tertanggung menyebabkan dia terus tertidur di atas katil bersaizkan king itu.  Baru sahaja ingin melewati mimpi,  tiba-tiba telefon Anneliese Cherina berdering menandakan panggilan masuk.

Nombor misteri yang berada di atas skrin telefon membuatkan dahinya berkerut sebentar.

'Bala mana pula aku dah buat ni? Takkan pihak hospital pula yang call aku nak tagih hutang? '

Sebelum panggilan dijawap sempat lagi Anneliese Cherina mengucapkan bismillah di dalam hati.  Takut pihak hospital pula yang call.

"Hello."

"Anneliese? " soal si dia, lembut

Anneliese Cherina bertambah pelik. Tak pernah-pernah pula dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang langsung tak dikenalinya.

"Awak nak cari Anneliese ke? " soal Anneliese Cherina.

"Yes. Can I speak with her? " soal dia lagi.

"Ohhh, nama saya Anneliese.  Anneliese Cherina.  Tapi saya rasa awak dah salah Anneliese ni. Bye, " kata Anneliese Cherina lantas mematikan panggilan. Harap-harap dia tak cari aku.

Malangnya, telefon tersebut berdering lagi.  Kali ini, Anneliese Cherina mengeluh berat. Telefon dicapai lalu panggilan tersebut dijawap malas.

"Anneliese Cherina. Saya cari awak, " ucap dia sepantas yang mungkin sebelum gadis itu menutup panggilan.

"Nak cari saya?  Jap, awak ni sape?  And dari mana dapat number saya? " soal dia bertubi-tubi.

"Saya Alden. Alden Richayden.  Partner awak tadi.  Still remember me? "

"Ohhh Encik Alden.  Erhhh.. Nak apa? " ujar dia, sedikit bingung.

"Nak awak,  boleh? "



#Comment and Vote.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now