Bab 62

11.8K 638 46
                                    

"Tak nak! Tak nak! Jauhkan benda tu dari saya!!"

"Bluerkk!! Habislah kau. Biar natang ni makan kau lepastu gigit kau sampai mati!!"

Anneliese berlari pantas daripada Tengku Haikal yang sedang menjulang tinggi seekor labah-labah kecil berwarna hitam. Dikejar gadis comel itu yang sudahpun menangis sehingga tiba di hadapan rumahnya sendiri.

"Tak nak!! Aunty Lily, tolong Liese!!" jerit Anneliese.

Tanpa sedar, gadis tersebut tersepak sebiji batu kecil lalu dia jatuh di atas tanah. Terdiam Tengku Haikal dibuatnya apabila melihat Anneliese mulai meraung kesakitan pada bahagian lututnya yang kini berdarah.

Tanpa dipinta, Tengku Haikal duduk melutut di hadapan Anneliese lantas lutut gadis naif itu ditiup-tiup perlahan agar kesakitannya mampu berkurang.

Terhincut-hincut bahu Anneliese menangis tangisan. Terharu pula dengan sikap prihatin budak lelaki di hadapannya itu.

"Awakkkk...sakit..." adu Anneliese. Berpinar-pinar anak matanya memandang Tengku Haikal.

"Ak...aku minta maaf. Ak..."

"Ya Allah, Liese. Apa dah jadi ni?"

Suara seseorangmembuatkan kedua-dua budak kecil itu mengalihkan pandangan ke arah Aaric. Terpamer rasa risau pada riak wajah Aaric yang sememangnya menyukai Anneliese dalam diam.

"Ad! Apa yang kau buat ni?! Tak habis-habis buli Liese!" marah Aaric.

Tanpa sempat membela dirinya, Tengku Haikal melihat Aaric segera memapah tubuh kecil Anneliese ke arah rumahnya.

Melihat adegan mereka membuatkan Tengku Haikal berasa terkilan. Rasa menyesal mulai timbul di hatinya yang naif itu.

"Liese...aku minta maaf..."

Sekarang...

"Sejak tu saya suka kat awak. Sejahat-jahat awak dulu, awak tetap risaukan saya," senyum Anneliese pabila teringat semula zaman silamnya.

Tengku Haikal menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia menundukkan kepala lalu tersenyum pendek mengimbas semula saat dirinya yang masih kecil dahulu. Jauh bebenor dengan sekarang.

"Sebenarnya..aku.."

"Eppp, takpe! Awak nak cakap yang awak tak ingat kat saya en? It's okay. Biasalah tu. Perkara kecik je," potong Anneliese.

Tengku Haikal terdiam. Dilihat wajah Anneliese yang masih tersenyum manis ke arahnya. Kesian pula kat pompuan ni. Dia langsung tak tahu bahawa Tengku Haikal memang tak pernah melupakan sejarah mereka berdua dahulu.

"Kelakar en? Saya dah jatuh cinta kat awak masa kecik-kecik dulu. Kat mata saya cuma ada awak je. Tapi...entahlah. Mungkin saya tak secantik Risha sampai muka saya ni pun awak nak tak nak je pandang," luah Anneliese tiba-tiba.

Mengingatkan hal yang satu itu mesti membuatkan Anneliese berasa sedih.

"Liese sayang...sebenarnya..."

"Takpelah. Saya faham. Awak tak perlu nak sedapkan hati saya," sekali lagi Anneliese memintas.

Tengku Haikal menghela nafas berat. Entah dah berapa kali dia cuba nak cakap jujur dengan Anneliese. Pasti ada aje halangannya.

"Erhhh..awak mandi lah dulu. Saya nak turun bawah jap tolong apa yang patut untuk makan malam nanti," ujar Anneliese. Walhal hatinya berasa tersinggung dengan kata-katanya sendiri.

Tengku Haikal tidak segera menjawap. Dia sekadar berdiam dan terus berdiam. Melihat reaksi lelaki itu membuatkan Anneliese yakin bahawa masih ada sekelumit perasaan lagi dirinya pada Putri Risha.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now