Bab 38

11.4K 753 72
                                    

Anneliese menutup setiap tingkap memandangkan hari semakin gelap. Saat tingkap terakhir ingin ditutup, dia terlihat beberapa lelaki di dalam kereta sedang memerhati rumahnya.

Apabila sedar diri mereka dilihat oleh Anneliese, mereka cepat-cepat menaikkan tingkap kereta lalu meninggalkan kawasan tersebut.

Bukan Anneliese tak perasan dengan kehadiran mereka semenjak ini malah, dia juga berasa takut dan risau andai mereka memasang niat untuk melakukan perkara buruk terhadap dia dan Frender.

"Kak long!" Suara Frender memecah lamunan Anneliese.

"Ya, sayang. "

"Bila kita nak balik? Dah 5 bulan kita kat sini tau," rengek Frender.

Anneliese menghela nafas seraya rambut adik lelakinya diusap perlahan.

"Kenapa nak sangat balik ni? Tak suka tinggal kat sini ke?" soal dia.

"Bukan tak suka. Tapi..Frender rindu kat Abang Malaikat. Hmmm," sayu Frender meluah.

Anneliese terdiam. Lagi- lagi Tengku Haikal. Apa istimewa sangat lelaki tu?

"Abang kan busy. Takyahlah kacau dia," bohong Anneliese.

Kelihatan Frender mengeluh kecewa. Bosan takde nak main dengan sesiapa. Bukan dia tak suka main dengan Anneliese cuma...Anneliese tu pompuan. Mana lah tahu pasal u
Ultraman Mebius.

Hah, korang tahu ke? Diamlah kalau tak tahu. Dah pergi basuh kain.

____________________________

Aaric mengeluh berat. Baru sahaja sebentar tadi matanya melihat si dia. Si dia yang pernah menceriakan hidup kosongnya suatu ketika dahulu.
Matahari yang kian menyembunyikan diri dilihat dengan pandangan yang suram. Dia tahu mengapa si dia menutup setiap tingkap rumah sebelum malam menjelma.

Maklumlah mata insan yang dicintainya itu bukan seperti mata manusia biasa. Dia boleh melihat segalanya.

"Mana? Tak nampak pun," Aaric memuncungkan bibirnya seraya mata melilau mencari kelibat sesuatu.

"Awak tak macam saya, A. Saya boleh nampak benda-benda tu semua. Seram! Tu kat sana tu. Nampak tak pokok kat belakang rumah saya?" tunjuk Anneliese ke arah sebuah pokok mangga di belakang rumahnya.

Sepantas kilat Aaric menoleh ke arah tempat yang ditunjuk oleh si dia.

"Nampak. Kenapa?"

"Bila nak malam, pokok tu berhantu! Saya selalu nampak ada pontianak duk bertenggek kat sana," beritahu Anneliese.

"Pontianak wujud ke?" soal Aaric naif.

"Wujudlah. Takkan saya yang comel ni nak tipu awak. Pontianak jahat. Dia suka kacau bebudak macam kita," ujar Anneliese lagi.

"Hmmm..awak tak takut ke?"

Seketika Anneliese tersenyum manis. Soalan Aaric sememangnya gila. Sape gembira jumpa pontianak weh?

"Mestilah takut! Sebab tu sebelum maghrib lagi ibu saya suruh balik dan tutup semua tingkap rumah," jelas Anneliese tanpa memandang ke arah Aaric.

"Hebatlah awak! Saya pun nak jadi macam awak gak. Boleh jumpa benda tu. Hahahahaha!" gelak Aaric.

Entah mengapa reaksi Aaric membuatkan Anneliese menundukkan kepalanya. Lama dia terdiam sehingga Aaric sedar akan keterlanjurannya.

"Awak marah ke?" soal Aaric lembut.

"Hmmm..tak. Cumaa..saya cemburu pada awak. Awak normal, saya tak. Awak tak patut berkawan dengan saya," pilu Anneliese berbicara.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now