Bab 11

10.6K 709 21
                                    

Tengku Haikal tersenyum lebar melihat  Anneliese Cherina yang keresahan. Gadis itu bagai cacing kepanasan.  Kalau ikutkan hati, memang dia tak nak senyum. Gila kau!  Bukan style dia nak senyum depan orang ramai! Tujuannya cuma satu.  Dia berharap supaya gadis itu bersetuju dengan rancangan bahenolnya.

"Tuan Aden buat apa kat sini? " soal Anneliese Cherina menahan malu.  Semua penghuni di studio tersebut mulai memandang mereka dengan pandangan yang berbeza. Ada yang cemburu dan ada juga yang terkejut.  Amizha pula.. Perghh!!  Toksah nak banyak bunyilah. Dia dah naik setan dah tengok Anneliese Cherina bersama pujaan hatinya dalam diam selama ini.

"Sa... yang... Kenapa cakap macam tu?  Takmo! Takmo! Cubit karang pipi you tau, " balas Tengku Haikal selamba.

Terbeliak luas mata Sharul sebaik sahaja mendengar bicara Tengku Haikal.  Berulang kali dia melihat wajah rakan baiknya serta sang jejaka yang sedang berada di hadapan mereka. Anneliese Cherina pula sudah terkebil-kebil.

Wait, wait and wait. Telinga aku yang tersumbat ke atau memang mamat poyo ni panggil aku sayang? 

"Tengku! Tengku buat apa kat sini? Kenapa tak cakap yang tengku nak datang? Kalau tak, dah lama saya suruh semua model ni untuk get ready," suara Khairul menyebabkan semua mata memandangnya.

Tengku Haikal hanya tersenyum pendek.  Figura Khairul dipandang sebentar lalu dilontarkan pula ke arah model-model lain.

"You kena ajar sikit semua pompuan gila ni cara nak hormati orang.  I tak nak pekerja I berfikiran macam orang yang takde IQ," keras Tengku Haikal menegur.

Khairul mengerutkan dahinya tanda bingung.  Takde angin takde ribut, tetiba taufan Tengku Haikal nak datang. Parah! Parah!

"Sorry, tengku.  I don't get it, " jujur Khairul menuturkan ayatnya.

Tengku Haikal mengeluh berat seraya menjulingkan matanya ke atas sebelum menjawap.

"Semua pompuan ni...bersikap macam binatang. Liar!  Langsung tak matang.  Model macam ni ke you cuba nak bagi bekerja kat syarikat I? "

"Excuse me, Haikal... I.. " Belum sempat Amizha meneruskan kata-katanya, tiba-tiba Tengku Haikal menoleh kepala ia secara pantas.  Tajam matanya merenung ke arah Amizha.

"Don't Haikal me, you piece of shit! Who are you to call me like that?!" herdik Tengku Haikal sekaligus membuatkan semua orang tergamam.

Anneliese Cherina yang berada di samping lelaki itu, tersentak dan terus sahaja menundukkan kepalanya. Selama ni pun kalau Tengku Haikal marah kat dia, tak pernahlah sampai teruk macam ni sekali.

Amizha tidak jadi mengorak langkah ke hadapan. Dia juga turut menundukkan kepalanya diikuti oleh model yang lain.

"Sabar tengku.  Kalau ada yang tak kena, tengku bagitau saya. Biar saya yang uruskan diorang semua, " pujuk Khairul,gelisah. Karang ada juga yang hilang kerja.

"You nak I sabar buat apa?  Perempuan ni semua tak tahu cara nak beradap.  Hanya tahu cara nak biadap!  Bermula hari ni, selagi diorang tak reti nak hormat orang, I tak nak diorang masuk kerja.  Suruh diorang hadir mana-mana kelas kurang upaya,"serius Tengku Haikal mengarah Khairul.

Sejenak, Khairul mengerutkan dahinya.  Bingung jap.

"Kurang upaya? Tapi tengku diorang semua ni okay. Sihat dari segi fizikal dan mental, " balas dia, perlahan.

Tengku Haikal terdiam buat seketika. Akal fikirannya mulai berpusing memikirkan logik pada bicara Khairul.  Sesaat berlalu, baru dia sedar bahawa ayatnya salah lagi dipersalahkan. Waduh, ini sungguh memalukan ya. Ingin gi mana wajah ini disembunyikan?

The Chosen Oneحيث تعيش القصص. اكتشف الآن