Bab 61

11.8K 717 55
                                    

Seminggu berlalu, Anneliese masih melihat makhluk bertubuhkan nenek itu masih setia bersamanya. Malah, sering kali menunjukkan diri tak kira tempat dan masa sehinggalah Anneliese sendiri menjadi muak dan ketakutannya mulai lesap.

"Nak apa? Kan saya dah kata, saya tak tahu!" marah Anneliese apabila nenek tersebut asyik mengikutinya ke mana sahaja.

Bila ditengking, pandai pula menangis darah. Tu tak termasuk lagi suaranya yang mendayu-dayu memanggil sang cucu pada waktu malam. Tak tertidur Anneliese dibuatnya.

"Nenek, please. Saya penat macam ni. Nenek tak penat ke kacau saya dari kecik sampailah dah kahwin macam ni? Nenek nak cucu nenek tapi serius saya tak tahu!" tegas Anneliese.

Nenek tersebut semakin lebat menangis darah. Luka yang terkena tangisannya tidak mendatangkan sedikit pun kesakitan pada makhluk tersebut.

"Cucu nenek..."

"Saya bukan cucuk nenek," balas Anneliese, malas.

Dah beratus kali cakap, makhluk sekor ni masih tak faham-faham. Mungkin pekak masa hidup dulu.

"Cucu nenek," nangis makhluk itu lagi.

Anneliese semakin pasti. Sah! Nenek ni memang pekak sebab tu dia tak faham-faham.

"Saya! Bukan! Cucu! Nenek! Tolong pergi!!" jerit Anneliese.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar lalu terjengullah seorang insan mulia dan berpandangan jauh ke depan bersama riak wajah yang pelik. Pelik dengan perangai sahabatnya sendiri.

"Liese, kau jerit kat siapa?" soal Aira, bingung.

Dilihat setiap sudut rumah tersebut. Mungkin Anneliese masih tak berubah.

"Aku..."

"Kau masih nampak benda tu ke?" soal Aira lantas duduk di birai katil.

Anneliese mengangguk lemah manakala nenek itu pula dengan selambanya turut duduk di atas birai katil. Dah macam manusia hidup.

"Erhhh..benda tu kat mana sekarang?" soal Aira sedikit risau.

"Sebelah kau," jawap Anneliese acuh tak acuh.

Melompat terus Aira daripada birai katil lalu duduk sahaja di atas lantai menghadap Anneliese. Tahu takut..

"Asal kau kat sini?" soal Anneliese, pelik.

Inikan rumah mentua aku. Macam mana beruk ni tahu pula alamat rumah aku? Nak kata kerja detective pun tak. Polis? Lagilah tak. Menganggur je kerja pompuan ni sama macam aku.

"Ohhh, husband kau suruh driver dia hantar aku kat sini. Dia nak aku temankan bini dia yang sarat nak jadi gila ni," sindir Aira, selamba.

"Dia kata aku gila ke?" Anneliese mulai rasa terkilan.

"Bukan dialah tapi aku. Cuba kau tengok diri kau sekarang ni. Serupa gajah terbang dah aku tengok," ejek Aira.

Anneliese menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa pula kaitan keadaan aku dengan gajah terbang pula ni? And bila masa gajah boleh terbang?

"Weh, apa benda kau merepek ni?" soal Anneliese, polos.

"Entah, aku pun tak tahu. Arhhh biaq pi arh. Sekarang ni, jom kita pergi makan!" ajak Aira, ceria.

Anneliese terkebil-kebil. Eh, memandai je badak ni nak ajak bini orang.

"Tak naklah, Ra. Aku tak larat plus nak minta izin Aden lagi. Dah lah kat luar sana tu berbahaya," tolak Anneliese.

"Tapi..."

"Kita makan kat sini jelah," potong Anneliese.

Aira berdiam diri sebentar. Ada betul juga cakap Anneliese. Kat luar sana tu berbahaya untuk dia. Lagipun dah pucat semacam dah aku tengok pompuan ni.

The Chosen OneWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu