Bab 24

11.5K 691 60
                                    

"Senyum dan jangan sengaja nak tayang muka barai kau kat depan mummy nanti, " sempat lagi Tengku Haikal membisikkan arahan di telinga Anneliese sebelum pinggang gadis itu ditarik rapat ke dadanya.

Hampir terjerit Anneliese dengan tindakan Tengku Haikal.  Belum sempat dia membuka mulut, tiba-tiba kedengaran suara Tengku Lily menyapa mereka berdua.
Ohh,  patutlah duk peluk aku. Ceh, lakonan murahan. Pegidahhh..

"Liese, anak mummy dah sampai! " teruja Tengku Lily memeluk Anneliese sehingga membuatkan Tengku Haikal berdecit malas. Ele, anak konon.  Yang aku ni apa?  Anak derhaka?

Anneliese sekadar tersenyum sumbing.  Dengan senang hatinya, Tengku Lily menarik tangan Anneliese menuju ke ruang tamu. Tiba sahaja di ruangan tersebut, riak wajah Anneliese berubah sekelip mata melihat Angel (Putri Risha)  yang sedang membantu Riley menyiapkan kerja sekolah.

'Dia pun ada kat sini? '

Tajam anak mata Anneliese merenung ke arah perempuan tersebut.  Nampak sangat dah bunuh ramai orang.  Bukan apa, sejak melihat belakang Putri Risha yang sentiasa diikuti oleh roh-roh yang tak tenteram, Anneliese mampu tafsirkan bahawa 'mereka' sememangnya mati dibunuh. 

Nak cakap aku tipu? Ceh, aku dah dengarlah perbualan pompuan tu dengan seseorang masa intip kat pintu bilik diorang hari tu.  Sejenak, kepala Anneliese ditolehkan ke arah kiri iaitu pada kelibat yang sedang duduk di sebelah Putri Risha.

Sebaik sahaja anak mata bertembung, mata Anneliese terbuntang luas manakala individu itu pula mengenyitkan matanya.

"Kau dah kenapa tercegat kat sini?  Nak aku dukung ? " bisik Tengku Haikal, dingin.  Orang sibuk nak lalu, tiber berdiri tegak macam nampak hantu.

Anneliese memuncungkan bibirnya lantas mengikuti langkah Tengku Haikal. Mereka melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Putri Risha. Apabila tunak mata Anneliese bertemu dengan Putri Risha, gadis itu seolah-olah memandang tajam ke arahnya.

Anneliese mengerutkan dahinya.  Ingin dibisikkan terhadap Tengku Haikal namun tingkah-laku lelaki itu membuatkan Anneliese terdiam. Tak sangka, suaminya sendiri sedang memandang wanita lain.  Siapa lagi kalau bukan Putri Risha. 

Ada dengar sesuatu yang pecah tak?  Prakkk!! Hati Anneliese hancur weh. 

Dalam sedar tak sedar, Anneliese mengeluh berat. Buat rugi je ikut sampai ke sini.  Better, aku join Sharul gi tengok wayang dengan Frender.  Huhu.. Apalah nasib badan.

Datang kat sini pun, apa faedahnya?  Buat sakit jiwa, hati dan raga je tengok drama cinta tak kesampaian dia ni.  Apalah salah syinta?  Uwarghh.  Nak baliklah kalau camni. 

"Wuhhhh... " Dalam sibuk bermonolog sendiri, tiba-tiba Anneliese merasakan bulu romanya meremang ketakutan. Terasa ada sesuatu yang sedang meniup telinganya tanpa segan-silu.

Arghhh tak lain dan tak bukan mesti makhluk ni.  Makhluk yang suka jelmakan diri sebagai nenek dan suka cari cucunya yang dah lama meninggal dunia.  Dah lupa ke dengan nenek ni? Alah, nenek yang ada kat dalam bab 1 masa aku mandi hari tu. 

Okay, dengan arwah nenek ni aku tak takut sangat sebab dia memang dah ada sejak aku kecil.  Biasanya stay kat rumah.  Asal ikut aku sampai ke sini?

"Cuuuuuu... " mendayu-dayu suara nenek tersebut memanggil Anneliese.  Gadis itu terpaksa berpura-pura tidak mendengar.  Karang layan, dicop pula sebagai gila.

"Cuuuuuu... Ta.. ngannnn nenek hilang. To....long carikan boleh?  " bisik lembaga itu.

Anneliese memejam matanya dengan rapat.  Tangan kau hilang, bukan masalah aku.  Lagipun, apa benda yang kau dah buat sampai tangan tu hilang wahai nenek yang tak bermoral?

The Chosen OneWhere stories live. Discover now