Bab 67

8.7K 633 113
                                    

"Kamu dah bersedia?"

Anneliese memegang perutnya seraya tersenyum merenung Rosilia. Mujur sahaja wanita itu bersetuju dengan permintaannya.

"Untuk tahu kebenarannya, Liese dah lama bersedia," yakin Anneliese.

Rosilia berdiam diri sebentar. Dia menghela nafas lalu wajah putih menyeri Anneliese dipandang sebelum mulutnya membuka bicara.

"Dalam dunia ni.. Ada benda yang patut kita tahu dan ada benda yang kita tak patut tahu," kata Rosilia.

"Dan Liese pilih untuk tahu. Lagipun, kalau aunty kat tempat Liese, aunty pun rasa macam mana Liese rasa. Liese tak nak terperangkap dalam masa lampau yang Liese sendiri tak tahu," sayu Anneliese meluah isi hatinya.

Rosilia mengangguk faham. Dia tersenyum pendek seraya nafas dihela panjang. Dia mempersiapkan diri untuk menyalurkan tenaga dalamannya untuk membantu Anneliese mendapatkan memori lama.

"Liese baring dan tutup mata," arah Rosilia.

Seperti yang diarahkan, Anneliese berbaring sambil memejam matanya manakala tangan elok terletak pada perut yang memboyot ke depan.

Seketika, Rosilia mendekatkan bibirnya pada telinga Anneliese. Dia membisikkan sesuatu seperti yang dilakukan pada Putri Risha sewaktu perempuan itu masih bernama Angel.

Ayat ini jugalah yang digunakan pada semua orang yang ingin mengetahui kisah lama mereka yang sudah lama hilang.

"Tidurlah anakku. Tidur. Bayangkan kisah yang anakku ingin lihatkan. Tidur, tidur, tidur dan bukalah matamu."

Sebaik sahaja bisikkan Rosilia berakhir, Anneliese membuka matanya. Arahan 'Bukalah matamu' seolah-olah diikut secara automatik.

Tatkala mata dibuka, Anneliese terkejut melihat jalan raya di hadapan bersama kedua-dua tangan yang sedang tekun mencengkam stereng kereta. Di sebelahnya, Frender yang sedang tergelak sambil menguyah popcorn.

"Ha'ah. Kak long tu penakut sangat. Ada ke patut tangan Frender yang kecik ni dia tarik masa hantu tu keluar. Rasa kulit tangan ni nak terkupas tau!" ejek Frender.

Anneliese terdiam lama. Wajahnya pucat lesi melihat keretanya yang sedang mengharungi jalan raya di hadapan.

"Anak ibu ni masih penakut ke?"

Sesaat, dua saat..keadaan menjadi sunyi. Perlahan-lahan anak mata Anneliese terarah pada cermin pandang belakang.

Kini, dia faham. Inilah yang dimaksudkan oleh Putri Risha tentang anugerah Rosilia. Wanita itu seakan-akan menghantar dirinya pada masa lampau. Walhal, semua ini telah berlalu. Ianya sekadar hipnosis yang bila-bila masa sahaja boleh dibatalkan oleh Rosilia.

"Ibu..." panggil Anneliese, sayu. Air matanya bergenang melihat wajah Sofia yang masih kelihatan bersih tanpa darah.

"Liese, kenapa ni? Mata tu macam nak menangis je," komen seseorang.

Anneliese mengalihkan pandangan ke arah belakang sebentar lalu kembali melihat pada jalan raya.

Zakif, ayahnya. Riak wajah lelaki itu bagaikan terpinga-pinga melihat wajah anak gadisnya.

Anneliese mengigit bibirnya menahan esakan. Ketiga-tiga ahli keluarganya melihat ia dengan pandangan yang pelik.

"Kak long, okay tak ni? Pucat je. Kak long nampak hantu sebenar ke kat panggung tadi?" soal Frender, prihatin.

"Tak..kak..kak long cuma nak cakap...kak long sayang sangat dengan kamu semua. Kak long.. Kak long rindu.."

Tangisan Anneliese terhambur jua sehingga menyebabkan mereka yang lain semakin risau.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now