Bab 59

13.8K 727 65
                                    

Seminggu sudahpun berlalu, namun limau purut seperti yang telah diberitahu Anneliese untuk menggoda Tengku Haikal masih belum diketemui. Dah satu Semenanjung cari limau purut yang ditanam kat ladang strawberry, tapi tak jumpa-jumpa juga.

Nak cari kat mana lagi? Eee susahnya nak bomohkan orang!

Tiba-tiba Amizha terfikirkan satu tempat dan seorang gadis yang pernah ia kenali dahulu. Mungkin pompuan tu boleh tolong kot.

Tanpa membuang masa, Amizha mendail number seorang gadis yang tinggal jauhnya daripada sekarang. Selepas tiga deringan, gerangan yang tinggal jauh nun di sana, mengangkat panggilan.

"Arin Addhea!" jerit Amizha, tak sabar.

Terkejut Arin Addhea sehingga telefon tersebut terpaksa dijauhkan sedikit dari telinganya.

"Kau nak apa gila? Pagi-pagi buta ni nak call aku. Dahlah nak dekat 2 tahun baru call aku. Hampeh punya kawan," tutur Arin Addhea.

"Eish, tak kesahlah. Sekarang ni aku nak minta tolong sikit," kata Amizha tanpa memikirkan perasaan Arin yang sedikit terkilan dengan sikapnya.

"Aik, nak minta tolong baru cari aku?" sindir Arin, sinis.

"Diamlah. Aku nak kau tolong carikan limau purut kat ladang strawberry sekarang!" arah Amizha, tegas.

Arin terkebil-kebil manakala dahinya berkerut seribu. Limau apa?

"Izha, kau ada terhantuk mana-mana dinding ke?" soal Arin, selamba.

Amizha mendengus kasar.

"Takyah banyak bunyi boleh tak? Aku nak kau cari limau tu sekarang and pastikan limau tu kat ladang strawberry," kasar Amizha berbicara.

Ingin sahaja Arin Addhea  menghantukkan kepalanya pada dinding. Haru lah dapat kawan macam ni! Cara dia berfikir fuhhh tahap ke bulan! Hisap gam mungkin.

"Kau dengar tak ni?! " herdik Amizha, garang.

Aria Addhea mengeluh berat.

"Aku faham kau nak limau. Tapi agak-agaklah gila! Limau mana yang kena tanam kat ladang strawberry? Mana? Mana? Cuba habaq sikit kat ceq," Arin Addhea menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau kan tinggal kat Sabah. Aku sure kat sana banyak pokok-pokok limau," tempelak Amizha.

Arin Addhea ingin sahaja memaki hamun sahabatnya. Tapi lek, kita baik. Kita tak mencarut lah weh.

"Habistu kau ingatt kerja orang kat sini cuma tanam pokok limau purut semata-mata untuk kau? "

"I don't care. Aku tetap nak kau cari limau tu. Aku dengar kat Kundasang ada ladang strawberry. Cuba kau tengok dulu," saran Amizha.

"Tapi..."

Tit..tit..tit..

Arin Addhea terdiam apabila Amizha sudahpun mematikan panggilannya. Arghhh, pompuan ni! Call aku bila nak diperlukan je! Sumpah kang baru tahu!

________________________________

Kundasang...

Arin Addhea ingin sahaja menangis. Dah puas satu ladang ni aku cari pokok limau tapi takde juga! Entah saka apa yang rasuk badan si kurus tu sampai nak limau purut edisi ladang strawberry. Gila punya pompuan!

"Adik..adik cari apa?"

Suara tua seseorang membuatkan Arin Addhea tersentak. Kus semangat.
"Erhhh..tengah cari limau pak cik," jawap Arin Addhea, janggal.

Pak cik yang sememangnya berasal daripada Sabah itu mengerutkan dahi. Eh, tak pernah-pernah dia dengar customer datang kat ladang ni nak cari limau.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now