Bab 13

10.6K 708 58
                                    

Anneliese Cherina tersenyum lebar melihat Frender yang sedang bermain dengan permainannya.  Seminggu sudah berlalu sejak pembedahannya, akhirnya Frender boleh hidup seperti kanak-kanak yang lain. Cuma dia tak boleh keluar selagi bayaran tidak dilangsungkan secara sempurna.

Jauh Anneliese Cherina termenung memikirkan masa hadapan mereka berdua. Kerjanya semakin lama, semakin merosot.  Khairul lebih gemar meminta Amizha bekerja berbanding dia yang hanya setakat level junior.

Dunia sekarang memerlukan wang.  Mungkin dalam drama pukul 7 kata yang wang tak penting. Tapi zaman semakin berubah.  Semuanya memerlukan wang kecuali perasaan. Tanpa wang, mampu ke kita nak hidup? Orang hipokrit je yang jawap wang tak penting.

"Kak long, bila Frender nak keluar?  Frender bukan dah sihat ke?  Kepala Frender pun tak sakit lagi, " soal si kecik itu, ingin tahu.

Anneliese Cherina tersentak. Tak lama kemudian, senyuman tawar terlakar pada wajahnya. 

"Kejap lagi ye, sayang.  Kak long janji Frender akan keluar daripada tempat ni secepat yang mungkin, " tutur Anneliese Cherina sambil memeluk tubuh adik kesayangannya.  Kepala Frender yang kini dibalut kain putih dilihat sekilas.

"Kak long tak takut ke tinggal kat rumah sorang-sorang?  Kan kat rumah tu ada hantu nenek yang selalu kacak kak long tidur, " kata Frender, prihatin.

Dia sudah maklum akan kelebihan Anneliese Cherina sejak kecil lagi.  Hanya kakaknya sahaja yang mampu melihat makhluk daripada dunia yang lain.  Oleh sebab itu, kadang-kadang Anneliese Cherina akan tidur di ruang tamu bertemankan televisyen yang sengaja dihidupkan sehingga ke subuh. 

Katanya, takut ada seorang nenek selalu menangis kat bawah katilnya. Asyik nak minta jumpa dengan cucu.  Walhal, dia tak kenal pun. Mungkin nenek tersebut mengusik Anneliese Cherina kerana hanya dia satu-satunya yang boleh nampak kelibat ia.

"Kak long memang takut dengan hantu.  Tapi dengan arwah nenek tu, kak long taklah takut sangat sebab kak long dah biasa nampak dia dari kecik.  Kak long dah berapa kali halau, tapi dia tetap tak nak keluar. Kekadang tu, sampai kak long rasa dia jadi peneman kak long pula bila kak long sunyi."

Anneliese Cherina tergelak kecil. Tercuit hatinya apabila seorang manusia seperti ia mengajak seekor makhluk ghaib untuk berbual. Dah takde kawan, hantu pun boleh jadi peneman. Kadangkala, bercakap dengan manusia pun takde guna. Diorang tak faham apa yang dia rasa.

Duk kutuk dia adalah. Cakap dia peliklah. Tak normal dan gila. Ada juga beberapa orang cakap yang dia kurang kasih sayang semenjak kehilangan ibu bapanya. Argh, rubbish!

"Kak long bercakap dengan hantu tu? Mana boleh! Kalau dia makan akak, camna? " soal Frender, risau.

"Kak long makanlah dia balik. Hahahaha!! "
"Akakkkkkkk... "

"Hehehehe, gurau jelah. Hantu tu bukannya jahat. Dia cuma nak jumpa cucu dia. Bila dia sunyi, dia jumpa akak lepastu ajak berbual," terang Anneliese.

"Hantu pun boleh bercakap ke? "pelik pula Frender dibuatnya.

"Yupp!  Hantu ni ada yang merupakan roh yang tak aman. Ataupun qarin selepas seseorang itu dah meninggal. Tapi selalu yang kak long dengar, qarin ni jahat tau.  Dia cuba menyesatkan manusia agar berbuat kejahatan."

"Qarin tu apa kak? "

"Qarin tu adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Setiap daripada kita ada qarin tersendiri. Boleh dikatakan kembar.  Kita boleh lemahkan qarin kalau kita rajin bersembahyang dan mentaati Allah.  Frender faham tak? "

Frender mengangguk kepalanya walaupun sedikit tidak memahami. Takpelah, dia masih kecil. Esok-esok lusa dia fahamlah tu.

Bukan senang nak faham dengan dunia hantu apatah lagi melihat. Syukurlah kita tak nampak. Yang duk gatal nak tengok lepastu pergi buka hijab mata, memang bongok. Bila dah nampak, baru nak menyesal. Orang yang boleh nampak pun, berdoa siang malam tak nampak. Inikan lagi manusia biasa.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now