Bab 27

11.2K 707 77
                                    

"Ayahhh.. I.. Ibu. ."

Zappp!! 

Anneliese membuka matanya dengan pantas apabila mimpi kematian ayah dan ibunya kembali menjengah mimpi malam.  Air mata yang mengalir pada saat dia terlena,  dikesat perlahan sambil tubuh bangkit daripada pembaringan.

Buat seketika,  rambut yang serabai dilurutkan ke bawah. Entah mengapa wajah si pembunuh masih kelihatan samar-samar dalam akal fikirannya.  Pembunuh kejam tanpa sedikit pun rasa belas kasihan ketika melihat tubuhnya serta ahli keluarganya yang terdampar di atas jalan tar. 

"Kak ngah... "

Anneliese tersentak.  Dia mendongakkan kepala ke arah Tengku Nurfaiza yang sedang berdiri di muka pintu.  Gadis molek itu tersenyum manis, sama seperti ketika mereka kecil dahulu.

"Yupp? " sahutnya berpura-pura ceria.

"Jom tengok bintang, " ajak si dia, mendatar. 

Anneliese berfikir lama.  Tengok bintang?  Malam-malam macam ni?  Haihhh,  confirmlah banyak hantu yang keluar.  Dahlah malam jumaat.  Uwargghh!!

"Kak ngah,  jomlah.  Semua orang ada kat halaman belakang tengah tengok bintang.  Akak sorang je yang ada kat sini, " beritahu Tengku Nurfaiza tanpa dipinta.

Usai berfikir,  akhirnya Anneliese menganggukkan kepala.  Dia mengikuti langkah Tengku Nurfaiza yang sedang menuju ke halaman belakang.  Setiba sahaja di sana,  Anneliese melihat satu keluarga mafia tersebut sedang melihat bintang-bintang yang berada di angkasa. 

Namun,  figura Tengku Haikal yang sedang duduk di atas kerusi sambil melihat wajah naif Putri Risha dari jauh membuatkan Anneliese berasa sedikit kecewa.  Tak berkedip mata Tengku Haikal melihat wajah perempuan itu.  Mungkin si dia lagi cantik daripada bintang-bintang kat atas sana.

Dahlah tak panggil dia turun sekali.  Dibiarkan Anneliese tinggal kat dalam bilik sorang-sorang.  Kalau kena cabul dengan jin yang gatal camne? Uish.. Jauh pula fikir. 

"Faiza,  asal semua orang tengok bintang?" soal Anneliese,  pelik.

"Sebab semua bintang ni nampak cantik.  Lagipun,  Riley tu yang sibuk nak tahu bintang tu apa.  Kitorang ajaklah dia kat sini, " jawap Tengku Nurfaiza, jujur.

Anneliese menganggukkan kepala tanda faham.  Tak lama kemudian,  kedengaran Tengku Nurfaiza tergelak kecil sehingga mengundang rasa pelik di hati Anneliese.

"Aikkk tengok bintang pun lawak ke? " usik dia.

"Taklah.  Kak ngah tahu tak.. Orang dulu-dulu suka tengok bintang. " Tengku Nurfaiza menoleh ke arah Anneliese.

"Sebab? "

"Sebab.... Diorang percaya selepas kematian orang yang diorang sayang tu pergi , orang tu menjadi bintang kat angkasa. Tugas orang-orang yang dah mati tu, menyinari malam-malam orang yang masih hidup supaya diorang tak rasa sunyi," jelas Tengku Nurfaiza,  panjang lebar.

Anneliese mengerutkan dahinya.  Betul ke?

"So, Faiza percaya ke? " teka Anneliese.

Tengku Nurfaiza tersenyum lebar.  Dia menganggukkan kepalanya secara perlahan lantas beredar pergi meninggalkan Anneliese yang masih tertanya-tanya.

Ketika itu juga,  dia melihat seekor lembaga yang merupakan nenek yang sering mengganggu hidupnya dari kecil, berada di tepi pokok.  Lembaga tersebut menangis mendayu-dayu sambil melihat bintang di angkasa. 

Patutlah setiap malam jumaat tak pernah nampak.  Kat sini pula nenek tu melepak ye.  Tak ajak pun.  Ehek.

Lama anak mata Anneliese memandang sekitar halaman belakang tersebut. Nampaknya, banyak juga hantu yang lepak kat sini.  Tapi tak pula menyerang. Ada yang menangis duduk bertenggek di atas pokok tengah cari anak dan ada juga yang tengah melompat -lompat.  Tak lain dan tak bukan,  puntianak dan pocong.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now