Bab 63

11.4K 617 73
                                    

Ada scene The Last Survivor kat sini tapi author takkan dedahkan. Author takut benda tu tak special lagi. So, stay tuned with me.

****

Hujung minggu itu, Tengku Haikal dan Anneliese keluar bersiar-siar bersama si kecik Frender. Bosan katanya asyik terperap kat rumah. Tambahan lagi, Sharul yang semakin sibuk dengan kerjanya.

Jam susahpun menginjak pukul 4 petang. Ketiga-tiga mereka ingin balik semula ke rumah selepas puas menunaikan kehendak Frender. Ketika mereka tiba di kawasan parking, tiba-tiba mata Frender tertancap pada sebuah kedai aiskrim tak jauh daripada mereka.

Secara tak langsung hujung baju Tengku Haikal ditarik oleh Frender dengan rasa teruja.

"Abang! Abang! Nak aiskrim tu!!" pintanya, gembira.

Tengku Haikal dan Anneliese saling berpandangan buat seketika. Riak wajah Tengku Haikal bagaikan keberatan. Entah kenapa nalurinya mengatakan bahawa mereka sedang diperhati.

"Awak pergilah. Saya tunggu kat sini," cadang Anneliese, lembut.

"Nak aku tinggalkan kau kat sini? Memang taklah," bantah Tengku Haikal, dingin.

Terpacul gelak kecil pada bibir Anneliese.

"Eish, kedai tu bukannya jauh pun. Awak boleh nampak saya en," pujuk Anneliese.

Tengku Haikal terdiam. Difikir beberapa kali sehingga tangannya ditarik kuat oleh Frender.

"Abang, jomlah. Kang kedai tu tutup," desak Frender.

Tangan Tengku Haikal ditarik-tarik sehingga lelaki itu terpaksa mengikut rentaknya dalam keadaan yang tak berapa nak rela. Diperhati wajah si isteri yang hanya mampu tersenyum lebar ke arahnya.

Lembu sekor ni. Nak berenggang sesaat pun susah sangat!

Dari jauh Anneliese melihat Tengku Haikal sedang tekun melayan telatah Frender memilih aiskrim. Kadang lelaki itu mengerutkan dahi dan terkadang kepalanya digaru perlahan. Entah apa-apa yang budak tu minta sampai riak muka Tengku Haikal naik bingung dibuatnya.

"Seronok hidup bersama diorang?"

Anneliese tersentak. Dia segera menoleh ke belakang apabila dirinya ditegur tanpa salam. Sebaik sahaja tubuhnya berpaling, dia dikejutkan pula dengan figura seseorang yang sedang memakai hoodie hitam.

"Aw...awak ni siapa?" soal Anneliese, terketar-ketar.

"Aku? Kau tak patut tanya siapa aku. Kau hanya perlu tahu siapa diri kau sebenarnya," ujar suara tersebut.

Anneliese terdiam. Tajam anak matanya memandang gerangan yang bersuarakan perempuan itu. Sejak tadi wajahnya masih tidak kelihatan.

"Maaf, saya takde masa nak layan orang gila," Anneliese tersenyum sinis.

"Kau tak nak tahu siapa diri kau yang sebenarnya?" soal dia lagi.

Anneliese mengerutkan dahi. Sesekali anak mata ia memandang pada Tengku Haikal yang masih melayan karenah Frender.

"Siapa pun awak atau saya. Saya tak nak tahu! Tolong pergi sebelum saya telefon polis," halau Anneliese, berani.
Takde mood nak bersoal jawap. Lagi-lagi benda yang bukan-bukan.

"Aku tahu kau dilindung dengan baik, Anneliese. Begitu juga dengan anak yang kau kandungkan sekarang," kata si pelik itu lagi.

Anneliese benar-benar geram. Makin dilayan, makin melalut pula perempuan ni. Lepastu cakap pasal anak? Bila masa pula aku mengandung?

Disebabkan malas ingin melayan, Anneliese ingin beredar. Namun, baru sahaja tubuhnya ingin bergerak, tiba-tiba tangan ia ditarik kuat sehingga mata mereka bertentangan.

The Chosen OneOnde histórias criam vida. Descubra agora