Bab 34

11.3K 822 57
                                    

#Author perasaan lagi ramai baca bab 33 drpda bab 32. Yang belum baca, gi baca dulu sebab hari tu author double updated.  Author risau korang terskip bab 32 and trbca bab 33 terus.  Tulah, tak baca noti. Sape makan garam, dialah yang rasa masinnya.

Kebiasaan jawapan readers: Noti tak sampailah author. 

________________________________

5:46 pm, KUALA LUMPUR.

Setiba sahaja di halaman rumah agam, Tengku Haikal mematikan langkahnya.  Rumah sebesar istana itu diperhati lama tanpa sebarang perasaan. Kenangan lama mulai bermain di dalam kotak mindanya tanpa dipinta.

"I'm so fucked up with this all messy things!"

Tengku Haikal mengeluh berat.  Terasa ingin patah balik semula ke Sabah.  Lagi best.  Dalam sedar tak sedar, Anneliese mengukir senyuman tawarnya.

Tubuh sasa Tengku Haikal yang tegak berdiri membuatkan dia faham akan situasi yang dialami oleh lelaki itu.  Anneliese mendaratkan matanya ke arah tangan Tengku Haikal.  Niat ingin meraih tangan suaminya untuk memberikan semangat.  Namun, tiba-tiba Fakhrul datang lalu menepuk bahu si dia.

"Bro, Risha dah sedar.  Dia ada kat dalam, " beritahu Fakhrul lalu melangkah ke hadapan.  Tengku Haikal berdiam diri manakala Anneliese dengan perlahan-lahan menjatuhkan tangannya semula.

Ohh, lupa pula.  Dia balikkan sebab nak tengok pujaan hati pengarang jantung dia tu. Aku ni setakat parasit yang mengganggu life orang.  Tak patut pun masuk dalam cerita ni. Boleh tukar watak tak?

"Strawberry, kau dengar tak? "

Anneliese tersentak.  Rosak angan-angan Mat Jeninnya untuk menukar watak dalam cerita ni.  Uwargh, tak jadi.

"Erhhh,  apa awak cakap tadi? " Anneliese tersenyum palsu.

Tengku Haikal merengus sebal. Siang-siang macam ni pun, ada juga orang nak berangan erk.

"Kau masuk dulu, " arah dia.

"Awak pula? Takkan nak tunggu sini? Jomlah masuk sama-sama, " ajak Anneliese, naif.

"Aku... Hmmm.. "

Anneliese dan Tengku Haikal saling bertatapan lama.  Anak mata masing-masing menyimpan seribu satu perasaan terpendam.  Anneliese dapat merasakan Tengku Haikal masih belum bersedia untuk sepenuhnya.

"Awak... Tak ready lagi? Kalau awak tak ready, saya..."

"Aku dah ready.  Jom masuk, " potong Tengku Haikal lalu tanpa sebarang amaran, pinggang Anneliese ditarik rapat ke tubuhnya lantas mereka berdua beriringan masuk.

Anneliese pula sudah tergamam.  Nak terkejut pun,  dah terlambat.  Derap kaki mereka berdua kedengaran perlahan menuju ke ruangan tamu di mana mereka semua sedang berkumpul.

"Takyah tengok diorang.  Teruskan naik atas, " bisik Tengku Haikal saat hampir tiba di hadapan mereka semua.  Namun, belum sempat kaki ingin menjejak anak tangga pertama,  suara Tengku Nurfaiza terlebih dahulu memintas perbicaraan penting antara mereka semua.

"Angah!  Angah dah balik!  " jerit Tengku Nurfaiza teruja lantas tubuh abang keduanya dipeluk penuh kerinduan.

Tengku Haikal terdiam tanpa sebarang reaksi.  Matanya masih berusaha mengelak daripada memandang yang lain.

"Angah... " ujar Tengku Zamil dan Tengku Lily hampir serentak.

"Broooo!! " Turut disambuti jeritan daripada Akim, Zack dan Triple Ko.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now