Bab 30

11.6K 702 56
                                    

Tengku Haikal menghela nafas.  Kedinginan berada di Kundasang, Sabah sedikit sebanyak membuatkan dia berasa lega.  Buat seketika,  dia merasakan erti kebebasan.  Bukan selama ni tak bebas,  cuma..... Berada di empayar Xender membuatkan dia sedikit tertekan.

Okay,  tu dia tipu.  Stress banyak sebenarnya. Tu tak termasuk hal office dan hal bini lagi. Bercuti hastag menghilangkan diri selama sebulan lebih di negeri di bawah bayu ini,  sekurang-kurangnya membuatkan dia bahagia walaupun hanya seketika.

Lebih elok tinggal sorang-sorang.  Lek arh.  Mati pun bukan bawa kawan en.  Logik apa.
Pada masa yang sama,  Tengku Haikal memicingkan matanya melihat setiap lengkuk bahagian strawberi yang kini berwarna kemerahan.  Serentak itu, ingatan ia terimbas semula pada bibir Anneliese yang kelihatan merah bak strawberi. 

Memang padan budak tu dengan buah strawberi.  Tu tak termasuk lagi bila dia nak menipu.  Senang je nak detect sebenarnya.  Anneliese memang tak reti nak menipu. Muka tu mesti merah kalau dia cuba nak nafikan something di luar pengetahuan suaminya sendiri.

Sejenak,  Tengku Haikal menghirup panjang udara segar.  Tangan didepakan di atas udara sambil mata dipejamkan rapat. 

"Awak! Awak! "

Dahi Tengku Haikal berkerut seribu namun matanya masih dipejam rapat.

"Awak!!! "

Tengku Haikal berdecit geram.  Ada pula makhluk yang berani masuk dan kacau ketenangannya.  Tak silap dia,  tempat ni dah disewa untuk 2 jam tanpa pengunjung yang lain.  Habistu,  siapa yang duk terpekik terlolong macam setan kepanasan ni? Menganggu ketenangan beta.

"Awaaakkkkkkkkkkkkkk.... "

Kali ini,  Tengku Haikal benar-benar hilang sabar.  Sepantas kilat tubuh sasanya dipusing ke belakang. Apabila dia menghadap ke arah empunya suara tersebut, tiba-tiba sahaja tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang.

'Eh,  eh anak sape ni? Bila masa aku kahwin lagi?'

"Woi! Woi!  Woi! " marah Tengku Haikal sambil menolak tubuh gadis itu agar berjauhan sedikit daripadanya. Sebaik sahaja mata mereka bertentangan, Tengku Haikal terkedu lama.

Kelihatan mata Anneliese berkaca-kaca sambil si dia tersenyum manis.

"Jumpa pun awak," ucap dia, gembira. 

Tengku Haikal berdehem sebentar sambil tangannya dilepaskan daripada bahu Anneliese.

"Awak... "

"Kau buat apa kat sini?" potong Tengku Haikal, dingin.

Tanpa sengaja,  mata dia tertancap pada kedua-dua manusia yang sedang tersenyum sumbing ke arahnya.  Siapa lagi kalau bukan dua insan yang bercopkan otak ayam, Fakhrul dan Joshua. 

Tengku Haikal merenung tajam ke arah mereka.  Memang mampus diorang disunatkan untuk kali yang kedua!

"Awak... Jom balik, " ajak Anneliese lembut.  Sekali lagi, tubuh suaminya dipeluk erat.

"Stop. Aku nak kau blah.  Balik rumah lepastu kau boleh buat apa yang... "

"No! Saya nak awak!  Please, please, please!  Jommm lahhh!  Rindulah dengan awak!" rengek Anneliese manja seraya tangan kiri suaminya digoyang-goyangkan.

"Kau ingat dengan cara macam ni,  aku akan ikut cakap kau? Come on,  budak kecik.  Kau yang nak sangat dengan mamat Baden,  Caden entahlah apa nama mamat sangap tu,  aku tak kesah.  So, kau gi boleh berambus sekarang and teruskan bersama dia.  Elok juga korang bersama.  Dua-dua lurus bendul lepastu otak cap kaki ayam, " kutuk Tengku Haikal dalam senyum sinisnya.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now